Gunung Angsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi hutan rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan sepanjang 4.5 kilometer sepanjang sungai Batang Terachi. Dari gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti gunung Telapak Buruh, gunung Berembun, gunung Dato dan gunung Tampin.

Hutan Hulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok Meranti, pokok Keruing, pokok Damar Hitam, dan pokok Mersawa.


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan