Gunung Arafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Arafah
Dataran Arafah sewaktu musim Haji
Para haji merayu di Dataran Arafah

Koordinat: 21°22′0″U 40°0′10″T / 21.366667°U 40.00278°T / 21.366667; 40.00278

Gunung Arafah atau Gunung Arafat (Bahasa Arab: جبل عرفات‎; bahasa Arab Jabal ‘Arafāt) ialah sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Makkah al-Mukarramah. Ia juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal ar-Rahmah). Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan pesanan atau Khutbah Terakhir baginda kepada seluruh Muslim yang menunaikan ibadah Haji bersama baginda sebelum baginda meninggal dunia. Mengikut sejarah tradisi Islam juga dipuncak bukit inilah dimana Nabi Adam a.s. dan Hawa bertemu kembali di bumi selepas diperintah Allah turun ke bumi. Ketinggian bukit ini adalah kira-kira 70 meter.


Haji[sunting | sunting sumber]

Ketika musim Haji, umat Islam yang menunaikan Haji akan menghabiskan seluruh waktu siangnya pada 9 Zulhijjah di Arafah demi mencari ketenangan dan pengampunan dari Allah SWT serta memohon kekuatan secara bersendirian untuk mengharungi masa depan mereka didunia dan di akhirat. Di Padang Arafah juga ada para jamaah yang akan mengumpulakan bebebrapa butir batu untuk dilontarkan ke Jamrah. Anda akan mendapati ramai jamaah ketika berwukuf akan memanjat ke bukit dan beristirehat disana sambil berdoa kepada Allah. Ritual di Gunung Arafah akan berakhir apabila sahaja masuk waktu Maghrib (senja) menandakan 10 Zulhijjah, kemudian para jamaah akan bergerak meninggalkan Arafah dan menuju ke Muzdalifah untuk mengutip batu, berSolat Isyak dan tidur sebentar.

Aras muka bumi yang lebih rendah di Arafah dipanggil Padang Arafah. Namun Gunung Arafah juga turut dipanggil bagi merujuk kepada seluruh kawasan ini. Arafah sangat penting buat umat Islam yang menunaikan ibadah Haji. Ini kerana Nabi Muhammad S.A.W menyebut Haji adalah Arafah. Para jamaah Haji yang gagal berada Arafah sekurangnya beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (senja), boleh menyebabkan ibadah Haji yang dilakukan terbatal secara langsung. Kebanyakan para jamaah juga turut tinggal sementara di sini untuk tujuan berjaga-jaga sebelum fajar 9 Zulhijjah tiba supaya mereka tidak terlepas mendapat ibadah Haji itu sendiri.[1]

Perkembagan kota suci Makkah dan sekitarnya cukup memuncak dengan pembangunan moden dan kemajuan, pada akhir tahun 2010, Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan perkhidmatan tren Mecca Metro untuk memudahkan para jamaah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Karen Armstrong (2000,2002). Islam: A Short History. m/s. 11. ISBN 0-8129-6618-X.