Gunung Benom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Benom
Gunung Benom sewaktu waktu keemasan terlihat dari Genting Highlands
Titik tertinggi
Ketinggian2,107 m (6,913 ka)
Koordinat3°50′N, 102°6′E
Geografi
LokasiDi antara sempadan Daerah Temerloh, Daerah Jerantut dan Daerah Raub, Pahang
Induk banjaranBanjaran Benom
Peta topoJUPEM Kampung Genuai (MY502A)

Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter[1], [2] atau 6913 kaki dari aras laut. Terletak di Latitude/Longitude (WGS84) 3° 50' N 102° 6' E. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Rezab Hidupan Liar Krau di mana terletaknya Gunung Benom merupakan kawasan perlindungan yang tertua di Malaysia.[3]

Gunung Benom merupakan gunung ke sepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2107 meter (6916 kaki) dari paras laut dan ia merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan. Banjaran Gunung Benom terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.

Terdapat dua trek hutan yang boleh dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Benom yang berketinggian 2,107 meter (6,914 kaki) dari paras laut ini.

Laluan pertama adalah dari Lata Berembun di Raub, Pahang dan laluan kedua dari Pos Perlok di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Laluan kedua diselenggara oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dalam perjalanan, pendaki boleh melalui Bukit 800, Bukit Damar, dan Gunung Lilin.

Pendakian[sunting | sunting sumber]

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia . Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.

Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.

  • Jadual pendakian melalui Kampung Ulu Cheka Jerantut.
Lokasi Latitude (degrees N) Longitude (degrees) Ketinggian (meter)
Kampong Damak 3.94936 102.21532 60
Kampong Tengah 3.88356 102.18259 120
Gunung Benom 3.82310 102.09425 2107

Gunung lain yang terdapat di Pahang[sunting | sunting sumber]


Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Benom di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Raub sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore, By Allen Jeyarajasingam
  2. ^ "NOA takluk Gunung Benom". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-11-17.
  3. ^ "Gunung Benum - Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-29. Dicapai pada 2017-11-17.
  4. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]