Gunung Che Tahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Che Tahir
Titik tertinggi
Ketinggian1,379–1,430 m (4,524–4,692 ka)
Geografi
LokasiKelantan, Malaysia

Gunung Che Tahir atau Gunung Chik Tahir ialah salah satu gunung daripada 10 puncak yang terletak di Taman Negeri Gunung Stong, Dabong, Kelantan, Malaysia. Ia berketinggian 1,379–1,430 m (4,524–4,692 ka)[1][2][3] dan merupakan penghujung denai gunung Ayam.[4] Ia menjadi kawasan untuk banyak flora yang mempunyai nilai perubatan.

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Ia mempunyai hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, dan hutan gunung. Di persekitarannya terdapat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk spesies yang tidak terdapat di mana-mana dan hanya ada di kawasan Hutan Jelawang sahaja. Antaranya ialah spesies buluh bernama Holttumochloa pubescens[5][6][7] dan begonia Begonia foxworthyi.[8] Selain itu, terdapat juga ratusan jenis orkid. Juga terdapat spesies enggang seperti enggang badak.

Gunung lain di kawasan sekelilingnya ialah Gunung Baha (1,450m), Gunung Ayam (1,500m), Gunung Saji (1,284m), Gunung Kopi (1,240m), Gunung Nyelit (1,345m), Gunung Beirut (1,380m), Gunung Tera (1,555m), Gunung Noring Timur (1,861m) dan Gunung Stong.[9]

Ia pernah menjadi lokasi pendakian bertujuan untuk berekreasi oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) yang berjaya mendaki sembilan puncak yang semuanya berjaya dilengkapkan oleh 16 pendaki yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang berpangkalan di Port Dickson. “Ini merupakan pertama kali diadakan aktiviti pendakian ke semua sembilan puncak yang ada di Taman Negeri Gunung Stong. Kesemua sembilan puncak itu berjaya ditawan dalam tempoh lima hari dan merupakan satu rekod baru dicipta dalam aktiviti pendakian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai kedudukan Gunung/Bukit di Malaysia berdasarkan ketinggian untuk rujukan pendaki-pendaki gunung". GitHub. 23 September 2015.
  2. ^ Malaysia Traveller (2 Januari 2019). "Gunung Stong State Park: Adventurers' paradise". Free Malaysia Today.
  3. ^ Ismail, Mohd Zahile (2 Mei 2021). "Waspada di laluan berliku". Harian Metro.
  4. ^ Gunung Stong State Park, Dabong, Kelantan
  5. ^ Jayaraj, Vijaya Kumaran; Ahmad Tahir, Nurul Farah Diyana; Udin, Noor Amirah; Kamarul Baharin, Noor Farahin; Ismail, Siti Katijah; Zakaria, Siti Noor Azwa (2012). "Species diversity of small mammals at Gunung Stong State Park, Kelantan, Malaysia" (PDF). Journal of Threatened Taxa. 4 (6): 2617–2628. doi:10.11609/JoTT.o3015.2617-28.
  6. ^ Hamzah, Amran; Ismail, Hairul Nizam (2008). "A Design of Nature-Culture-based Tourism Corridos: A Pilot Project at Kelantan Darul Naim" (PDF). Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository.
  7. ^ Chew, Ming Yee; Yao, Tze Leong; Kamarudin, S.; Kiew, Ruth (2009). "Exploration, vegetation and a survey of plant life of the Gunung Tera area, Kelantan, Peninsular Malaysia". Malayan Nature Journal. 61 (1): 67–120.
  8. ^ "Begonia foxworthyi". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai pada 14 Julai 2023.
  9. ^ "9 puncak ditawan dalam lima hari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-22.