Gunung Gagau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
'Gunung Gagau'
300px
Maklumat ringkas
Negara Malaysia
Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan
Daerah
Mukim
Kampung
Jenis gunung -Tidak berkenaan -
Taraf gunung -Tidak berkenaan -
Letupan terakhir -Tidak berkenaan -
Tinggi 1,376 meter meter
4,513 kaki kaki
Koordinat
'''''

Gunung Gagau 1376 meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi titik sempadan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Gunung Gagau mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Gagau boleh didaki melalui Taman Negara di Kuala Tahan. 8 jam menaiki bot di Sungai Tembeling dan 1 jam nelalui Sungai Sat di Kuala Klapor dan 1 jam lagi ke base kem di Gagau. Dari kem Gagau mendaki ke puncak Gunung Gagau mengambil masa sehari sahaja.

Keseluruhan perjalanan dari Kuala Tahan ke Gunung Gagau pergi dan balik mengambil masa 6-7 hari. Gunung ini lebih mudah didaki berbanding dengan Gunung Tahan.

Anda boleh lihat binatang liar yang dipanggil tapir. Sesetengah tempat memanggilnya cipan atau tenok.

Sebelum mendaki pastikan anda memndapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dan mestilah ada jurupandu ke puncak. Warden Taman Negara akan memberi nasihat tentang bot dan jurupandu.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Gunung Gagau merupakan salah satu kawasan paling lembap di Malaysia dengan rekod bacaan melebihi 6000mm purata hujan tahunan. Malah rekod mencatatkan hujan jauh lebih tinggi daripada 7000mm daripada purata hujan tahunan.

Perbandingan Purata Taburan Hujan Tahunan di Gunung Gagau dengan lokasi-lokasi lain di Malaysia boleh di lihat pada Purata Hujan Tahunan 2013 bagi Lokasi Di Seluruh Malaysia