Gunung Irau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Irau
Gunung Irau is located in Bumi
Gunung Irau
Gunung Irau (Bumi)
Titik tertinggi
Ketinggian2,110 m (6,920 ka)
Geografi
LokasiDaerah Cameron Highlands, Pahang
Daerah Kinta, Perak
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki).[1] Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Tanah Tinggi Cameron. Terkenal dengan “Mossy Forest” seperti berada di alam hijau yang memukau

Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Ia terletak bersebelahan dengan gunung Brinchang.[2]

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Irau di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei
    By Richard Lim, David Leffman
  2. ^ The Malaysian Forester, Volumes 60-61
    Officers of the Forest Department, Malaysia., 1997 - Forests and forestry
  3. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]