Gunung Lambak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Lambak
Ketinggian 510 m (1,673 ka)
Lokasi
Lokasi Kluang, Johor, Semenanjung Malaysia

Gunung Lambak yang terletak di Kluang,, Johor dengan ketinggian setinggi 510 meter (1,673 kaki).

Gunung Lambak mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969 sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di sini mengikuti siaran Tv dari pemancar Gunung Pulai, Johor Bahru. Namun demikian operasi stesen pemancar TV gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding siaran TV Singapura. Untuk itu sebuah stesen pemancar TV RTM yang baru telah siap dibina di Gunung Ledang, dekat Tangkak yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu stesen pemancar TV di Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu, penonton di Kluang perlu menghalakan antena TV ke arah Gunung Ledang, secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Keadaan yang sama turut berlaku di Batu Pahat di mana Stesen Pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup. Sekarang ini stesen pemancar TV di Gunung Lambak dikawal selia pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.