Gunung Magdalena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Magdelena)
Gunung Magdalena
Titik tertinggi
Ketinggian1,331 m (4,367 ka)
Geografi
LokasiSabah, Malaysia

Gunung Magdalena merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Magdalena mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter. [1]

Gunung Magdalena terkelompok berhampiran dengan Gunung Lucia, dan Gunung Maria yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah. Selain Gunung Magdalena, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ""A Sanctuary Within Plantations"". Bukit Tawau. Sabah Parks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-14. Dicapai pada 2011-09-26.
  2. ^ Negara Miliki Gunung Berapi PraSejarah, Pelihara khazanah Gunung Maria tak akan meletus

Pautan luar[sunting | sunting sumber]