Gunung Sinabung
| Gunung Sinabung | |
|---|---|
Sinabung pada 1987 |
|
| Ketinggian | 2,460 m (8,071 ka) [1] |
| Senarai | Ribu |
| Lokasi | |
| Lokasi | Sumatera, |
| Koordinat | 3°10′12″U 98°23′31″T / 3.17°U 98.392°TKoordinat: 3°10′12″U 98°23′31″T / 3.17°U 98.392°T |
| Geologi | |
| Jenis | Stratovolkano |
| Umur batu | Pleistosen |
| Letusan terakhir | 29 Ogos 2010 |
Gunung Sinabung ialah sebuah gunung stratovolkano yang terdapat di Kabupaten Karo, pulau Sumatera, Indonesia. Gunung Sinabung mempunyai ketinggian 2,451 meter. Gunung Sinabung mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Geologi [sunting]
Kebanyakan gunung berapi di Indonesia berpunca di Lingkaran Sunda, dicipta oleh subduksi Plat India di bawah Plat Indo-Australia. :Lingkaran ini bersempadan pada utara-timur-laut Kepulauan Andaman, satu rantaian gunung berapi basalt, dan di timur oleh Lingkaran Banda, juga dicipta oleh subduksi.[2]
Sinabung merupakan satu stratovolkano andesitik-dasitik yang panjang dengan sejumlah empat kawah gunung berapi, hanya satu sahaja yang aktif.[3]
Letusan 2010 [sunting]
Gunung berapi ini telah lama tidak aktif dengan letusan terakhir berlaku pada 1600.[4] Namun pada awal pagi 29 Ogos 2010, gunung ini meluahkan abu ke atmosfera sehingga 1.5 kilometer (0.93 bt) tinggi dan lava dilihat melimpahi kawah.
Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan telah memindahkan "sekurang-kurangnya 18,000 orang" daripada kawasan sekitar gunung. Walaupun dilaporkan aktiviti gunung berapi ini makin lemah, ketua pusat vulkanologi Indonesia menyatakan tahap amaran gunung berapi itu akan kekal berada di tahap tertinggi atas sebab para ahli sains tidak memiliki data tentang pola letusan gunung tersebut.
Kawasan penempatan terdekat ialah Kabanjahe dan Berastagi; setakat ini tiada gangguan dialaporkan terhadap perkhidmatan udara di lapangan terbang kawasan itu, di Polonia, Medan.[5]
Hanya seorang diketahui maut setakat ini, akibat masalah pernafasan semasa berpindah dari rumahnya.[6]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Sinabung". Global Volcanism Program, Smithsonian Institution. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0601-08=. Capaian 2006-12-18.
- ↑ "Volcanoes of Indonesia: Highlights". Global Volcanism Program. Smithsonian Institution. http://www.volcano.si.edu/world/region.cfm?rnum=06&rpage=highlights. Capaian August 29, 2010.
- ↑ "Sinabung". Global Volcanism Program. Smithsonian Institution. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0601-08=. Capaian August 29, 2010.
- ↑ "Volcano quiet for 400 years erupts in Indonesia". Associated Press. 2010. http://www.msnbc.msn.com/id/38900122/ns/world_news/. Capaian 2010-08-28.
- ↑ "Volcano erupts on Indonesia's Sumatra after 400 years". Reuters. 2010. http://www.reuters.com/article/idUSTRE67S06O20100829. Capaian 2010-08-29.
- ↑ "One dies in Mount Sinabung eruption". The Jakarta Post. 2010. http://www.thejakartapost.com/news/2010/08/29/one-dies-mount-sinabung-eruption.html. Capaian 2010-08-29.