Gunung Tambuyukon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Tambuyukon
Puncak Gunung Tambuyukon
Titik tertinggi
Ketinggian2,579 m (8,461 ka)
Geografi
LokasiSabah, Borneo
Induk banjaranBanjaran Crocker

Gunung Tambuyukon adalah merupakan salah satu diantara gunung-gunung yang terbentuk diatas banjaran crocer yang merupakan gugusan tanah tinggi yang menjadi tulang belakang keseluruhan tanah besar di negeri Sabah dan mempunyai puncak purata ketinggian kira-kira 2,579 meter bersamaan dengan (8,462 kaki) daripada paras laut.[1] Jika kita dapat melihat kedudukan gunung ini dari sudut geografinya, kita akan mendapati, banjaran crocer yang berpunca daripada Gunung Kinabalu dan kemudian mengunjur kearah timur laut di bahagian pendalaman utara, menjadikan puncak Gunung Tambayukan ini terletak berhampiran dengan penjuru pertembungan sempadan tiga buah daerah iaitu Daerah Ranau, Kota Marudu dan Kota Belud. Walau bagaimanapun, keseluruhan kawasan dan puncak tertinggi bagi Gunung Tambuyukon ini berada dalam kawasan Daerah Ranau sekaligus terkandung dalam gazet kawasan hutan simpan Taman Negara Kinabalu.

Gunung Tambuyukon mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung yang mana sebahagian besarnya tergolong dalam spesis Herba yang mempunyai nilai tinggi dari sudut perubatan tradisional juga berpotensi sebagai penyumbang yang tinggi dalam dunia kajian perubatan moden.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gunung Tambuyukon pada asalnya mempunyai pelbagai nama panggilan mengikut Loghat sebutan bahasa tempatan disekitar kawasan berpandukan kepada bahasa kaum masing-masing. Walau bagaimanapun, ketepatan sebutan untuk satu nama panggilan khas bagi Gunung ini, maka tidak menjadi keraguan untuk mengambil kira lokasi kampung yang dapat melihat dan mengenali Gunung ini dengan nama panggilan Gunung Nombuyukung sebagaimana nama yang merujuk kepada beberapa kampung daripada lokasi tiga buah daerah iaitu; Kg. Lampaki, kg.Monggis ( Manggis ), Kg.pinawantai, Kg.Pahu dan Kg.Togop di Daerah Ranau . Nama ini juga turut popular di Kg.Marak-parak, Kg. Molangkap, Kg.Pomoitan dan Kg.Tangkol di sebelah daerah Kota Marudu . Selain daripada itu, sebahagian kawasan yang dapat melihat dan mengenali Gunung ini di daerah Kota Belud juga turut memberi nama panggilan yang sama.

Semasa kedatangan pemerintahan koloni British, nama Gunung ini telah mengalami sedikit perubahan ketika berlakunya satu naratif kebangkitan penantangan kaum pribumi yang dipimpin oleh Sobunting juga dikenali sebagai Sigunting daripada suku kaum Dusun, yang banyak mengiksploitasi kawasan Gunung Nombuyukung sebagai pertahanan daripada serangan tenteraa British yang terdiri daripada askar upahan Gurkha . Fakta sebutan dan loghat askar Gurkha India semasa memberi info daftar lokasi, maka pihak British telah meletakkan nama pengenalan bagi gunung ini sebagai Gunung Tembayukan dan bukan Gunung Tambuyukon sebagaimana sekarang. Persoalannya tidak menolak kemungkinan berlaku kesilapan semasa pengeditan ejaan oleh pengkaji-pengkaji mutakhir berpandukan kepelbagaian loghat daripada info, baik daripada masyarakat setempat ataupun pengkaji itu sendiri yang datang dari pelbagai tempat yang tidak dapat menguasai sebutan dengan tepat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]