Gunung Tampin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
'Gunung Tampin'
frames
Maklumat ringkas
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Daerah Daerah Tampin
Mukim Mukim Tampin Tengah
Kampung -
Jenis gunung hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Taraf gunung -
Letupan terakhir -
Tinggi 764 meter
2,507 kaki
Koordinat -
 

Gunung Tampin yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 764 meter (2,507 kaki).[1]

Gunung Tampin mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Di atas gunung ini terletak stesen pemancar TV RTM yang memberi liputan pancaran ke seluruh Negeri Melaka. Terdapat juga pemancar Radio dan TV 3 untuk kawasan liputan daerah Rembau, Tampin dan Pulau Sebang, Melaka. Pemancar TV 3 bagi Negeri Melaka terletak di Gunung Ledang. Umumnya stesen pemancar TV RTM di Bukit Tampin disebut untuk Negeri Melaka. Hal ini kerana talaan pancarannya ke arah Negeri Melaka. Memang dikhususkan kepada penonton-penonton TV di Negeri Melaka.Stesen Pemancar RTM untuk TV1 dan TV 2 memberi liputan bagi seluruh Negeri Melaka dan kawasan Bandar Tampin sahaja. Biasanya kakitangan RTM menyebut pemancar ini dipancarkan dari Melaka.

Gunung Tampin juga dari segi geografinya, merupakan penghujung bagi Banjaran Titiwangsa. Pihak Majlis Daerah Tampin telah membina beberapa kolam di atas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Selain itu terdapat juga laluan sepanjang kira-kira 5 km sehingga ke puncak gunung yang juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]