Gunung Ulu Kali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gunung Ulu Kali yang terletak di Ulu Yam Baru, Selangor mempunyai ketinggian setinggi 1,774 meter (5,814 kaki).[1]

Gunung Ulu Kali mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Di atas gunung itu juga terletak stesen pemancar televisyen dan radio, di sini dikhususkan bagi penduduk di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak Selatan dan bahagian utara Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ulu Kali dikhususkan kepada penduduk di Pahang Barat, Selangor dan Perak Selatan. Bagi Kuala Lumpur siaran TV dan radio RTM menerima pancaran dari Menara Kuala Lumpur. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Barat, Perak Selatan dan bahagian utara Negeri Sembilan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]