Gunung Vesuvius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Vesuvius
Gunung Vesuvius dilihat dari puing Pompeii, yang musnah dalam letusan 79 M.
Ketinggian 1,281 meter (4,203 ka)
Lokasi
Lokasi Provinsi Naples, Itali
Koordinat 40°49′0″N 14°26′0″E / 40.81667°U 14.43333°T / 40.81667; 14.43333Koordinat: 40°49′0″N 14°26′0″E / 40.81667°U 14.43333°T / 40.81667; 14.43333
Geologi
Jenis Stratovolcano
Umur batu 25,000 tahun
Lengkung/jaluran gunung berapi Lengkok gunung berapi Campania
Letusan terakhir 1944
Mendaki
Laluan termudah jalan

Gunung Vesuvius (dalam Itali Monte Vesuvio dan dalam Latin Mons Vesuvius) merupakan gunung berapi strato di timur Naples, Itali. Ia merupakan satu-satunya gunung berapi di tanah besar Eropah pernah meletus dalam tempoh seratus tahun lalu, walaupun ia tidak lagi meletus ketika ini. Dua lagi gunung berapi di Itali, (Etna dan Stromboli) terletak di pulau.

Gunung Vesuvius terletak di perairan Teluk Naples, lebih kurang sembilan kilometer (enam batu) dari timur Naples dan tidak jauh dari pantai. Ia kelihatan menonjol dalam persekitaran teluk yang cantik, apabila dilihat dari Laut Mediterranean, dengan berlatarkan Naples.

Gunung Vesuvius terkenal kerana meletus pada 79 Masihi yang mengakibatkan kemusnahan bandar-bandar Rom Kuno Pompeii dan Herculaneum dan kematian 10,000 ke 25,000 nyawa. Ia meletus banyak kali sejak itu dan hari ini dianggap sebagai salah satu gunung berapi yang berbahaya di dunia kerana bilangan penduduk sebanyak 3,000,000 orang yang tinggal berdekatan dan kecenderungannya untuk meletus (Plinian). Ia merupakan kawasan gunung berapi di dunia yang paling padat penduduk. Gunung Vesuvius dianggap oleh Greek dan Rom sebagai suci bagi dewa Heracles/Hercules, dan pekan Herculaneum yang dibina di atasnya dinamakan sempena namanya.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Beberapa teori mengenai asal-usul nama Vesuvius termasuk:

  • Heracles merupakan anak tuhan Greek, tuhan Zeus dan permaisuri Alcmene dari Thebes. Zeus juga dikenali sebagai Huēs (Ὓης) sebagai tuhan hujan dan embun. Dengan demikian, Heracles juga dikenali sebagai Huēsou huios (Ὓησου υἱός), "Anak kepada Hues." Mentransliterasikan "ου" sebagai "V" (seperti yang biasa dilakukan), dan huruf upsilon yang lainnya (dengan nafas yang kasar) juga dengan V (berbanding kebiasaan "HY") dan ditukarkan kepada akhiran nominatif "us", menjadikan VESVVIVSVesuvius.
  • Daripada perkataan Oscan festf yang bermaksud "asap".
  • Daripada Proto-Indo-Eropah kata akar ves- = "perdiangan"

[perlu rujukan]

Penampilan fizikal[sunting | sunting sumber]

Pemandangan dinding kawah Vesuvius, dengan berlatarbelakangkan Torre del Greco

Vesuvius merupakan gunung "berbonggol" yang tersendiri, terdiri dari sebuah kon yang besar (Gran Cono), separuhnya dikelilingi oleh puncak kaldera yang berbibir curam disebabkan oleh runtuhan struktur terdahulu yang pada asalnya lebih tinggi [1] dipanggil Monte Somma. Gran Cono tersebut terjadi sewaktu letusan pada 79. Untuk sebab ini juga, gunung berapi tersebut turut digelar Somma-Vesuvius atau Somma-Vesuvio.

Kaldera tersebut mula terbentuk dalam satu letusan pada 17,000 (atau 18,300[2]) tahun lalu[3][4] dan menjadi besar berikutan oleh letusan yang tidak terkawal [5] yang berakhir dengan letusan pada 79. Struktur ini telah memberikan namanya kepada istilah "somma volcano", yang menggambarkan mana-mana gunung berapi dengan kaldera berpuncak mengelilingi satu kon yang lebih baru.[6]

Ketinggian kon utama sentiasa bertukar oleh letusan-letusan yang berlaku tetapi pada masa ini berketinggian 1,281 m (4,202 kaki). Tinggi Monte Somma ialah 1,149 m (3,770 kaki), dipisahkan dari kon utama oleh lembah Atrio di Cavallo, yang panjangnya lebih kurang 3 batu (5 km). Cerun-cerun gunung tersebut tercalar oleh aliran lava tetapi sarat dilitupi tumbuh-tumbuhan, dengan belukar di altitud lebih tinggi dan ladang anggur di bahagian lebih rendah. Vesuvius masih dianggap sebagai gunung berapi yang aktif, walaupun aktivitinya yang terkini menghasilkan tidak lebih dari stim daripada lohongnya di bahagian bawah kawah. Vesuvius merupakan gunung berapi strato pada convergent boundary di mana Plat Afrika dibenam di bawah Plat Eurasia. Lavanya terdiri dari andesit yang likat. Lapisan-lapisan lava, serpihan, abu gunung berapi, dan pumis membentuk gunung tersebut.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Somma-Vesuvius, dari biara di Sorrento Peninsula

Vesuvius terbentuk hasil dari pelanggaran dua plat tektonik, iaitu African dan Eurasian. Plat African ditolak lebih rendah, jauh ke dalam bumi oleh plat Eurasian. Kerak bumi menjadi semakin panas sehingga ia mencair, membentuk magma, sejenis cecair batu. Oleh kerana magma kurang padat berbanding batuan pejal di sekelilingnya, maka ia ditolak ke atas. Apabila ia menjumpai permukaan Bumi yang tidak kuat, ia merempuh keluar lalu menghasilkan gunung berapi.

Vesuvius merupakan salah satu gunung berapi yang membentuk lengkung gunung berapi Campanian. Lain-lain lengkung termasuklah Campi Flegrei, sebuah kaldera besar beberapa kilometer ke barat laut, Gunung Epomeo, 20 kilometer (12 bt) di barat pulau Ischia, dan beberapa gunung berapi bawah laut di selatan. Lengkung tersebut membentuk rantaian besar gunung berapi di penghujung selatan, terhasil oleh proses benam diterangkan di atas, yang memanjang hingga ke barat laut sepanjang Itali hingga ke Monte Amiata di Selatan Tuscany. Vesuvius satu-satunya yang pernah meletus dalam sejarah kebelakangan ini, walaupun ada beberapa lagi gunung berapi yang lain pernah meletus dalam beberapa ratus tahun lepas. Banyak gunung berapi lain samada pupus atau tidak pernah meletus untuk berpuluh ribu tahun.

Letusan[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Vesuvius dari udara

Gunung Vesuvius telah meletus banyak kali sebelum ini. Letusan yang terkenal pada 79 Masihi didahului oleh beberapa letusan lain pada masa prasejarah, termasuk sekurang-kurangnya tiga letusan yang nyata sekali lebih besar, yang paling diketahui adalah letusan Avellino lebih kurang pada 1800 SM yang menelan beberapa penempatan Zaman Gangsa. Sejak 79, gunung berapi tersebut juga pernah meletus berulang-ulang, pada 172, 203, 222, kemungkinan pada 303, 379, 472, 512, 536, 685, 787, lebihkurang 860, lebihkurang 900, 968, 991, 999, 1006, 1037, 1049, lebihkurang 1073, 1139, 1150, dan boleh jadi juga terjadi letusan pada 1270, 1347, dan 1500.[5] Gunung berapi tersebut meletus lagi pada 1631, enam kali pada abad ke-18, lapan kali pada abad ke-19 (terutamanya pada 1872), dan pada 1906, 1929, dan 1944. Tidak terdapat letusan sejak 1944, dan tiada letusan yang sebesar atau memusnahkan pernah berlaku sejak letusan pada 79.

Letusan-letusan tersebut berbeza-beza dari segi kedahsyatannya tetapi dicirikan oleh ledakan-ledakannya yang digelar Plinian sempena Pliny the Younger, seorang penulis Rom yang merekodkan gambaran terperinci mengenai letusan pada 79 tersebut, termasuk kematian pakciknya.[7] Ada masanya, letusan-letusan dari Vesuvius sangat besar hinggakan seluruh selatan Eropah diselimuti oleh abu; pada 472 dan 1631, abu Vesuvius gugur di Constantinople (Istanbul), lebih 1,200 kilometer (750 bt) jauhnya. Beberapa kali sejak 1944, tanah runtuh di dalam kawah menimbulkan awan-awan dari debu abu, menimbulkan amaran palsu mengenai satu letupan gunung berapi.

Sebelum 79 Masihi[sunting | sunting sumber]

Gunung tersebut mula membentuk 25,000 tahun lalu. Walaupun kawasan tersebut tertakluk kepada aktiviti gunung berapi untuk sekurang-kurangnya 400,000 tahun, lapisan paling bawah dari bahan letusan dari gunung Somma terletak di atas Campanian Ignimbrite yang berusia 34,000 tahun terhasil oleh kompleks Campi Flegrei, dan merupakan hasil dari letusan plinian Cordola lebih 25,000 tahun lalu.[8]

Ia terbentuk oleh satu siri aliran lava pada masa lalu, dengan beberapa ledakan lebih kecil dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, corak ledakan itu berubah kira-kira 19,000 tahun lalu kepada urutan ledakan plinian yang lebih besar, yang mana berakhir dengan letusan pada 79. Letusan-letusan itu dinamakan sempena curahan tephra yang dihasilkan oleh letusan-letusan berikut:[1][9]

  • Letusan Basal Pumice (Pomici di Base), 18,300 tahun lalu, VEI 6, kemungkinannya letusan yang paling ganas dan menjadi saksi kepada pembentukan asal kaldera Somma. Letusan itu dituruti oleh satu tempoh letusan-letusan yang kurang ganas dan berlava.
  • Letusan Green Pumice (Pomici Verdoline), 16,000 tahun lalu, VEI 5.
  • Letusan Mercato juga dikenali sebagai Pomici Gemelle atau Ottaviano 8,000 tahun lalu, VEI 6, yang didahului oleh satu letusan yang lebih kecil sekitar 11,000 tahun lalu (dipanggil letusan Lagno Amendolare).
  • Letusan Avellino (Pomici di Avellino), 1660 SM ± 43 tahun, VEI 6, didahului oleh dua letupan lebih kecil sekitar 5,000 tahun lalu. Lohong letusan Avellino jelas sekali terletak 2 km di barat kawah ketika itu, dan letusan tersebut memusnahkan beberapa penempatan Zaman Gangsa. Tinggalan luar biasa kejadian itu yang masih terpelihara dijumpai pada May 2001 berdekatan Nola oleh arkeologi Italy, dengan pondok-pondok, periuk-periuk, ternakan malahan tapak kaki haiwan dan manusia, dan juga rangka-rangka. Penduduk di situ telah tergesa-gesa meninggalkan kampung, membiarkannya tertanam di bawah pumis dan abu, terpelihara, sama seperti keadaan di Pompeii.[10] Letusan itu lebih besar daripada yang berlaku pada 79 (VEI 5) dan 1631 (VEI 4) dengan mendapan luapan pyroclastic bertaburan hingga ke barat laut lohong, luapan tersebut bergerak sejauh 15 km daripadanya, dan terbaring jauh ke dalam di kawasan yang sekarang diduduki Naples.[11]

Gunung berapi tersebut kemudian memasuki tahap di mana letusannya lebih kerap tetapi kurang kuat hingga letusan Pliniannya yang terkini yang memusnahkan Pompeii.

Letusan yang terakhir mungkin berlaku pada 217 SM.[5] Berlaku gempa bumi di Italy pada tahun berlakunya letusan tersebut dan matahari dilaporkan kelihatan kabur-kabur disebabkan oleh jerebu atau kabus kering. Plutarch menulis mengenai langit terbakar berdekatan Naples dan Silius Italicus menyebut di dalam pusi epiknya Punica[12] yang Vesuvius bergemuruh dan mengeluarkan api selayaknya Gunung Etna pada tahun itu, walaupun kedua-dua penulis menulis kira-kira 250 tahun kemudian. Sampel teras ais Greenland daripada sekitar tempoh tersebut menunjukkan keasidan yang agak tinggi, yang diandaikan disebabkan oleh kandungan hidrogen sulfida dalam atmosfera.[13]

Fresco menunjukkan Bacchus dan Agathodaimon dan Gunung Vesuvius, seperti dilihat dari House of the Centenary, Pompeii.

Gunung itu kemudian senyap selama beratus tahun dan digambarkan oleh penulis-penulis Rom dilitupi oleh kebun-kebun dan ladang anggur, kecuali di puncaknya yang berceracak. Dalam satu bulatan besar cenuram yang tegak terdapat satu ruang rata yang cukup besar untuk memuatkan perkhemahan tentera pemberontak Spartacus pada 73 SM. Ruang ini tidak syak lagi merupakan kawah gunung berapi. Gunung tersebut mungkin cuma mempunyai satu puncak pada masa itu, berdasarkan pada satu lukisan dinding "Bacchus and Vesuvius", dijumpai dalam sebuah rumah penduduk Pompeii, House of the Centenary (Casa del Centenario).

Beberapa hasil kerja yang terselamat ditulis lebih 200 tahun mendahului letusan pada 79 itu menggambarkan gunung tersebut mempunyai unsur-unser gunung berapi, walaupun Pliny the Elder tidak menggambarkan gunung tersebut seperti itu dalam tulisannya Naturalis Historia:[14]

  • Ahli sejarah Greek, Strabo (ca 63 BC–AD 24) menggambarkan gunung tersebut dalam Book V, Chapter 4 dalam tulisannya Geographica[15] sebagai mempunyai puncak yang rata dan gersang dilitupi dengan batuan berwarna abu yang berjelaga, dan mencadangkan yang mungkin gunung itu pernah mempunyai "kawan berapi". Beliau juga turut bertanggapan yang kesuburan lereng gunung tersebut mungkin disebabkan oleh aktiviti gunung berapi, sepertimana Gunung Etna.
  • Dalam Book II, De Architectura,[16] arkitek Vitruvius (ca 80-70 BC -?) melaporkan bahawa api pernah wujud dengan banyaknya di bawah gunung itu dan ia pernah menyemburkan api ke padang-padang di sekelilingnya. Beliau turut menyatakan yang Pumis Pompeiian terbakar daripada sejenis spesies batu lain.
  • Diodorus Siculus (ca 90 BC–ca 30 BC), seorang lagi penulis Greek, menulis dalam Book IV dalam tulisannya Bibliotheca Historica bahawa dataran Campanian dipanggil berapi (Phlegrean) disebabkan gunung Vesuvius, yang pernah menyemburkan api seperti Etna dan menunjukkan tanda-tanda api yang pernah membakar dalam sejarah purba.[9]

Menjelang 79 kawasan tersebut, seperti sekarang, padat dengan kampung-kampung, pekan-pekan dan bandar-bandar kecil seperti Pompeii, dan lereng-lerengnya dilitupi dengan ladang-ladang anggur dan kebun-kebun.

Letusan pada 79[sunting | sunting sumber]

Menjelang abad pertama, Pompeii hanya salah satu daripada sebilangan besar pekan-pekan yang terletak di sekeliling kaki Gunung Vesuvius. Kawasan tersebut mempunyai populasi yang cukup banyak yang berkembang makmur hasil daripada kawasannya yang terkenal dengan kesuburan hasil pertanian. Banyak komuniti kejiranan Pompeii, yang paling terkenal Herculaneum, turut menderita kehilangan atau kemusnahan semasa letusan pada 79 tersebut. Letusan pada 79 itu, yang dijangka berlaku selama kira-kira 19 jam, melepaskan kira-kira 1 batu persegi (4 kilometer persegi) abu dan batu di atas kawasan yang luas ke selatan dan tenggara kawahnya, dengan kira-kira 3 m (10 batu) tephra jatuh ke atas Pompeii. Abu putih yang dihasilkan oleh letusan ini sebahagian besarnya mengandungi leucite dan phonolite.

Gegaran awal[sunting | sunting sumber]

Outbreak of the Vesuvius. Lukisan oleh pelukis Norwegian painter I.C. Dahl (1826)

Letusan pada 79 didahului oleh gempa bumi yang kuat tujuh belas tahun terdahulu pada 5 Februari, 62,[17] yang menyebabkan kemusnahan meluas sekitar Teluk Naples, dan terutama sekali kepada Pompeii. Sesetengah dari kerosakan tersebut belum pun sempat dibaiki ketika gunung berapi itu meletup.[18] Bagaimanapun, ini mungkin disebabkan oleh kejadian tektonik bukannya yang berkaitan dengan kebangkitan semula gunung berapi tersebut.[19]

Satu lagi gempa bumi yang lebih kecil berlaku pada 64 M; ia direkodkan oleh Suetonius di dalam biografinya Nero,[20] dalam De Vita Caesarum, dan oleh Tacitus dalam Book XV, Annales[21] kerana ia berlaku ketika Nero berada di Naples mengadakan persembahan pertama kalinya di teater awam.

Suetonius merekodkan bahawa maharaja itu meneruskan nyanyiannya sepanjang gempa bumi itu berlaku sehingga lagu baginda tamat, sementara Tacitus menulis bahawa teater tersebut runtuh tidak lama selepas dipindahkan.

Orang-orang Rom menjadi sudah biasa dengan gegaran kecil di kawasan itu; penulis Pliny the Younger malahan menulis yang mereka "tidak merasa cemas kerana perkara itu biasa di Campania". Pada awal Ogos tahun 79, mata air dan perigi mengering.[22] Gempa bumi kecil mula berlaku pada 20 Ogos, 79[18] menjadi lebih kerap empat hari berikutnya, tetapi amaran-amaran tersebut tidak disedari (dinyatakan di sini orang-orang Rom tidak mengetahui tentang gunung berapi, dan hanyalah konsep berjerebu yang sama dengan gunung-gunung lain seperti Gunung Etna, kediaman Vulcan), dan pada tengah hari 24 Ogos, bencana gunung berapi pun bermula. Letusan tersebut mebinasakan kawasan itu, menenggelamkan Pompeii dan penempatan lain. Secara kebetulan pula hari itu adalah sehari selepas Vulcanalia, suatu perayaan tuhan api Rom.[23][24]

Sifat letusan[sunting | sunting sumber]

Letusan Vesuvius pada 24 dan 25 Ogos tahun 79, terungkai pada dua fasa:[25] letusan Plinian yang berlangsung selama lapan belas hingga dua puluh jam dan menghasilkan hujan pumis ke arah selatan kon gunung tersebut yang membentuk setebal 2.8 meter di Pompeii, diikuti oleh aliran pyroclastic atau nuée ardente dalam fasa kedua, fasa Peléan yang mencapai hingga ke Misenum tetapi tertumpu ke barat dan barat laut. Dua aliran pyroclastic menelan Pompeii, membakar dan melemaskan mereka yang ketinggalan di belakang. Oplontis dan Herculaneum menerima bahagian yang paling hebat daripada aliran itu dan ditenggelamkan oleh abu dan mendapan pyroclastic.[26]

Kedua-dua Pliny[sunting | sunting sumber]

Pliny the Younger[sunting | sunting sumber]

Satu-satunya saksi kejadian itu yang boleh dipercayai dirakamkan oleh Pliny the Younger, yang berusia 17 tahun pada masa letusan itu berlaku,[27] dalam dua surat kepada ahli sejarah Tacitus.[28] Beliau menyaksikan kejadian itu dari Misenum (berseberang teluk, kira-kira 35 kilometer (22 bt) daripada gunung berapi) sementara pakciknya belayar lebih dekat, beliau menyaksikan awan luar biasa yang tebal dan naik dengan pantas di atas gunung tersebut:

Saya tidak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kemunculannya kecuali dengan membandingkannya dengan pokok pine; kerana ketinggiannya naik dengan mendadak seperti batang pokok yang tinggi, yang berpecah-pecah di atasnya seolah-olah dahan-dahan pokok. ... Kadang-kadang ia lebih cerah, kadang-kadang juga lebih gelap dan bertompok-tompok, sepertinya ia berisi dengan samada lebih atau kurang tanah dan bara. (Buku Surat-surat keenam, Surat 16.)

Ini merupakan gumpalan letusan, sekarang ini dianggarkan lebih tinggi dari 32 km (20 batu).[perlu rujukan]

Selepas beberapa ketika beliau menggambarkan awan itu meluru menuruni lereng bukit dan meliputi segala-gala di sekelilingnya, termasuk laut di sekitarnya. Ini dikenali hari ini sebagai aliran pyroclastic, iaitu awan yang mengandungi gas yang amat panas, abu dan batu yang meledak dari gunung berapi. Ahli geologi telah menggunakan ciri-ciri magnetik daripada lebih 200 batu gunung berapi dan serpihan-serpihan (cth atap genting) yang ditemui di Pompeii untuk menganggarkan suhu aliran pyroclastic ini. (Apabila batu yang lebur membeku, mineral magnetik dalam batu tersebut menunjukkan arah medan magnet Bumi. Jika bahan tersebut dipanaskan melebihi suhu tertentu, dikenali sebagai suhu Curie, medan magent batu tersebut boleh diubahsuai atau dilaraskan semula sama sekali.) Kebanyakan bahan yang dianalisa mencapai suhu antara 240 °C (464 °F) dan 340 °C (644 °F) (dengan hanya sedikit bahagian menunjukkan suhu lebih rendah 180 °C (356 °F)). Ini menunjukkan bahawa suhu awan abu tersebut adalah 850 °C (1,560 °F) ketika timbul dari mulut Vesuvius dan menyejuk ke bawah suhu 350 °C (662 °F) apabila ia sampai ke bandar. Secara teori, gelora mungkin menyebabkan air yang sejuk termasuk ke dalam awan abu tersebut. (Cioni, et al., 2004). Ini dipanggil letusan tahap Plinian, dinamakan sempena kedua-dua Pliny muda dan tua.

Pliny menyatakan yang beberapa gegaran bumi dirasakan ketika letusan itu berlaku dan diikuti oleh satu goncangan tanah yang sangat. Beliau juga menyatakan bahawa abu yang sangat tebal luruh dan kampung di mana beliau berada terpaksa dipindahkan, dan matahari terlindung oleh letusan tersebut dan sepanjang waktu siang itu tenggelam dalam kegelapan. Juga, laut disedut pergi dan datang semula oleh satu "gempa bumi", suatu fenomena yang sekarang ini dikenali sebagai tsunami.

Pliny the Elder[sunting | sunting sumber]

Bapa saudara Pliny Pliny the Elder merupakan pegawai armada Rom di Misenum, pada masa itu memutuskan untuk menyiasat fenomena tersebut dengan lebih dekat. Armada tersebut turut cuba menyelamatkan mereka di kaki gunung berapi tersebut apabila, ketika kapalnya bersedia untuk meninggalkan kawasan tersebut, seorang utusan tiba dari sabahat Pliny yang tinggal di pantai berdekatan kaki gunung berapi memohon beliau datang menyelamatkannya. Beliau bertolak merentasi teluk tersebut tetapi berhadapan dengan bara panas yang menghujan tebal, ketulan pumis dan kepingan batu yang turut mengubah pinggir laut dan kedalaman air, menutup laluan beliau ke pantai dan menghalang beliau untuk mendarat di sana. Angin dari selatan turut menghalang beliau dari mendarat, tetapi beliau teruskan juga ke selatan ke Stabiae (kira-kira 4.5 km daripada Pompeii) di mana beliau mendarat dan berlindung bersama seorang rakannya Pomponianus. Pomponianus sudah pun memuatkan kapalnya dengan muatan dan bersedia untuk belayar keluar, tetapi angin menghalangnya dari berbuat demikian.

Pliny dan kumpulannya melihat api keluar dari beberapa bahagian gunung tersebut (kemungkinan aliran pyroclastic dan surge, yang kemudiannya memusnahkan Pompeii dan Herculaneum). Selepas semalaman, kumpulan tersebut memutuskan untuk berpindah sekalipun terdapat hujan ''tephra'' kerana keadaan mengganas yang berterusan boleh meruntuhkan bangunan. Pliny, Pomponianus dan teman-teman mereka berjaya berjalan balik ke pantai dengan mengikat bantal ke kepala mereka sebagai perlindungan dari batu-batu yang jatuh. Pada masa ini, terdapat terlalu banyak abu dalam udara menyebabkan kumpulan tersebut sukar untuk melihat dalam gelap dan memerlukan obor dan tanglung untuk mencari jalan. Mereka berjaya sampai ke pantai tetapi mendapati airnya telah teruk terganggu akibat dari gempa bumi yang berterusan, lalu gagal untuk melepaskan diri melalui laut.

Pliny the Elder rebah dan meninggal, dan dalam surat pertama kepada Tacitus, anak saudaranya mengagak ini kerana pakciknya telah menyedut gas sulfurik beracun. Bagaimanapun, Stabiae terletak 16 km daripada lohong (secara kasarnya di mana pekan moden Castellammare di Stabia terletak) dan teman-teman beliau tidak terjejas oleh asap itu, jadi lebih berkemungkinan Pliny yang gemuk gedempol itu mati disebabkan sesuatu yang lain, contohnya strok atau serangan jantung.[29] Mayat beliau ditemui tanpa sebarang kecederaan pada 26 Ogos, selepas kepulan asap memencar cukup untuk cahaya matahari kembali kelihatan.

Nahas letupan[sunting | sunting sumber]

Rangka yang dipanggil "Ring Lady" dibongkar di Herculaneum

Bersama-sama Pliny the Elder, antara bangsawan yang terkorban dari letusan tersebut adalah Agrippa (anak lelaki kepada puteri Yahudi Drusilla dan peguam cara Antonius Felix) dan isteri beliau.[30]

Anggaran populasi Pompeii dari 10,000[31] hingga 25,000,[24] dan Herculaneum dianggarkan mempunyai populasi kira-kira 5,000.[32] Tidak diketahui jumlah kematian yang disebabkan oleh letusan itu, walaupun lebih kurang 1,150 mayat – atau acuan yang terbentuk dalam mendapan abu – telah ditemui di dalam dan sekitar Pompeii.[33] Lebih kurang 350 jasad ditemui di Herculaneum (300 dalam kubah ditemui pada 1980).[34] Bagaimanapun angka ini semestinya mewakili anggaran kurang daripada jumlah sebenar kematian merentasi kawasan yang terjejas oleh letusan tersebut.

Tiga puluh lapan peratus mangsa di Pompeii ditemui dalam jatuhan mendapan abu, sebahagian besar di dalam bangunan. Mereka ini dianggap terbunuh disebabkan oleh runtuhan bumbung, dengan sejumlah kecil mangsa ditemui di luar bangunan kemungkinan terbunuh oleh atap genting atau oleh batu-batu besar yang dilontar keluar oleh gunung berapi tersebut. Ini berbeza daripada apa yang dialami sekarang, di mana sejak lebih empat ratus tahun lalu hanya sekitar 4% mangsa yang terbunuh oleh jatuhan abu semasa letusan berlaku. Baki 62% jasad ditemui di Pompeii dalam mendapan pyroclastic surge,[33] dan besar kemungkinan terbunuh disebabkannya – berkemungkinan juga daripada kombinasi lemas kerana abu, letupan dan serpihan yang berterbangan. Berbeza daripada mangsa yang ditemui di Herculaneum, pemeriksaan pakaian, fresco dan rangka menunjukkan suhu yang tinggi bukannya penyebab utama.

Herculaneum, yang lebih dekat dengan kawah, terselamat dari jatuhan tephra oleh arah tiupan angin, tetapi tertanam 23 meter (75 batu) ke dalam mendapan disebabkan pertambahan pyroclastic. Boleh dikatakan kebanyakan, atau semua, mangsa dalam pekan ini terbunuh disebabkan oleh pertambahan ini, lebih-lebih lagi dengan bukti suhu tinggi yang ditemui pada rangka mangsa-mangsa yang ditemui dalam kubah, dan kewujudan kayu berkarbon dalam kebanyakan bangunan.

Pompeii dan Herculaneum tidak pernah dibangunkan semula, walaupun mereka yang terselamat dan juga penjarah pernah menjalankan usaha menyelamat secara meluas selepas kemusnahan tersebut. Letusan itu mengubah haluan Sungai Sarno dan meninggikan pantai, jadi sekarang Pompeii tidak lagi wujud samada di atas sungai tersebut atau bersebelahan dengan pantai.

Lokasi pekan-pekan tersebut akhirnya dilupakan sehinggalah pada abad ke-18 ditemui semula secara tidak sengaja. Vesuvius sendiri mengalami beberapa perubahan besar – cerun-cerunnya digondolkan oleh tumbuhan dan puncaknya telah banyak berubah akibat dari kuasa letupan tersebut.[35]

Tarikh letusan[sunting | sunting sumber]

Letusan pada 79 didokumenkan sejarawan sezaman dan diterima umum sebagai bermula pada 24 Ogos. Bagaimanapun penggalian arkeologi di Pompeii menunjukkan bahawa pekan tersebut ditenggelami beberapa bulan kemudian.[36] Sebagai contoh, mereka yang tertimbus dalam abu kelihatannya memakai pakaian yang lebih panas berbanding pakaian nipis musim panas yang dijangka tiba pada Ogos. Buahan dan sayuran segar dalam gerai-gerai adalah perkara biasa dalam Oktober, sebaliknya buah musim panas yang biasa terdapat semasa Ogos telah pun dijual dalam bentuk jem atau buah kering. Balang penapai arak telah dikedapkan, dan ini semua hanya berlaku sekitar penghujung Oktober. Syiling yang ditemui dalam dompet seorang wanita tertanam dalam abu termasuk syiling kenangan yang sepatutnya ditempa pada penghujung September. Sehingga kini tiada teori sahih mengapa terdapatnya percanggahan sebegini.

Letusan seterusnya dalam abad ke-3 dan 19[sunting | sunting sumber]

Letusan Vesuvius dilihat dari Portici, oleh Joseph Wright (ca. 1774-6)

Sejak letusan pada 79, Vesuvius telah meletus lebih kurang 36 kali. Ia meletus lagi pada 203, semasa hayat sejarawan Cassius Dio. Dalam 472, ia memancutkan berkepul-kepul abu yang dilaporkan tersebar sehingga ke Constantinople. Letusan pada 512 adalah sangat teruk hinggakan mereka yang mendiami lereng-lereng Vesuvius dikecualikan daripada cukai oleh Theodoric the Great, raja Gothic Italy. Letusan seterusnya direkodkan pada 787, 968, 991, 999, 1007 dan 1036 dengan yang pertama kali direkodkan dengan aliran lava. Gunung berapi tersebut menjadi tidak aktif pada penghujung abad ke-13 dan dalam tahun berikutnya sekali lagi ia dilitupi dengan kebun-kebun dan ladang anggur seperti masa lalu. Malahan bahagian dalam kawah juga dipenuhi dengan rumpun pokok renek.

Vesuvius memasuki fasa baru dan begitu membinasakan pada Disember 1631, apabila satu letusan yang besar menenggelamkan banyak perkampungan di bawah aliran lava, membunuh kira-kira 3,000 nyawa. Curahan air panas juga dipancutkan, menambahkan lagi kemusnahan. Aktiviti sesudah itu menjadi hampir berterusan, dengan letusan yang agak teruk berlaku pada 1660, 1682, 1694, 1698, 1707, 1737, 1760, 1767, 1779, 1794, 1822, 1834, 1839, 1850, 1855, 1861, 1868, 1872, 1906, 1926, 1929, dan 1944.

Letusan dalam abad ke-20[sunting | sunting sumber]

Letusan pada 1906 sangat membinasakan, membunuh lebih 100 orang dan memancutkan lava paling banyak pernah direkodkan daripada letusan Vesuvian.

Letusan besar yang terakhir berlaku pada Mac 1944 dan ia memusnahkan perkampungan San Sebastiano al Vesuvio, Massa di Somma, Ottaviano, dan sebahagian San Giorgio a Cremano[37]. Pada ketika letusan itu berlaku, United States Army Air Force (USAAF) 340th Bombardment Group berpengkalan di Pompeii Airfield berdekatan Terzigno, Italy, hanya beberapa kilometer daripada dasar timur gunung tersebut. Tephra dan abu panas terutamanya memusnahkan permukaan kawalan fabrik, enjin dan cermin depan Plexiglass dan menara kecil pengebom sederhana B-25 Mitchell 340th Bombardment Group. Walaupun ditaksirkan antara 75 hingga 88 pesawat udara musnah[38], tiada kakitangan USAAF terbunuh atau cedera teruk akibat letusan tersebut[39] ketika Perang Dunia II terus sengit di Italy.

Daripada 6 Januari hingga 23 Februari 1944, aliran lava kelihatan di bibir gunung malah turut mengalir keluar. Aktiviti itu terhenti seketika pada 23 Februari dan bersambung pada 13 Mac. Letupan-letupan kecil berlaku yang membawa kepada letupan besar pada 18 Mac 1944.[40] Letusan itu boleh dilihat daripada Naples dan beberapa foto diambil.[41] Beberapa kumpulan USAAF lain yang berpengkalan berdekatan gunung berapi tersebut jadi beberapa perspektif berlainan mengenai letusan dan kemusnahan yang berlaku pada perkampungan tempatan direkodkan oleh jurugambar dan kakitangan USAAF[42].

Gunung berapi tersebut menjadi tidak aktif sejak itu. Selama berabad-abad, tahap senyap itu berbeza-beza dari 18 bulan kepada 7½ tahun, menjadikan keadaan reda dari aktiviti terkini yang paling panjang dalam hampir 500 tahun. Walaupun Vesuvius dianggap tidak akan meletus dalam masa terdekat, bahaya yang ditimbulkan dari letusan masa depan dilihat sebagai sangat tinggi berdasarkan kecenderungan gunung berapi tersebut untuk meletup secara tiba-tiba dan sangat ganas, dan kepadatan penduduk di sekeliling gunung tersebut.

Masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Letusan pada 1822 merupakan salah satu dari lima letupan subplinian yang pernah berlaku sejak letusan pada 1631. Gumpalan letusan itu naik sehingga kira-kira 14 kilometer (8.7 bt).

Letusan plinian yang besar yang menghamburkan magma dalam kuantiti kira-kira 1 km padu (0.24 batu padu), yang terkini sehingga menenggelamkan Pompeii, telah berlaku selepas tempoh tidak aktif selama beberapa ribu tahun. Letusan subplinian menghasilkan kira-kira 0.1 km padu (0.024 batu padu), seperti yang berlaku pada 472 dan 1631, telah menjadi lebih kerap dalam beberapa ratus tahun antaranya dua tahun tersebut. Berikutan letusan pada 1631 hingga 1944, selang beberapa tahun menyaksikan satu letusan yang agak kecil yang mengeluarkan 0.001-0.01 km³ magma. Nampaknya bagi Vesuvius, jumlah magma yang dikeluarkan dalam satu-satu letusan meningkat secara sangat kasar secara linear berselang dengan letusan yang sebelumnya, dan pada kadar kira-kira 0.001 km padu (0.00024 batu padu) bagi setiap tahun. Ini memberikan anggaran sebanyak 0.06 km padu (0.014 batu padu) bagi setiap letusan selepas 60 tahun tidak aktiviti.[43]

Magma yang terperap dalam ruang bawah tanah bertahun-tahun lamanya akan mula melihat unsur takat lebur lebih tinggi seperti pembentukan hablur olivine. Pelaksanaannya adalah dengan meningkatkan penumpuan gas-gas terlarut (kebanyakannya stim dan karbon dioksida) dalam cairan magma yang masih tinggal, menjadikan letusan berikutnya lebih ganas.[13] Ketika magma yang kaya dengan gas menghampiri permukaan semasa letusan, penurunan suhu yang banyak dalam tekanan disebabkan oleh pengurangan berat batu yang bertindih (yang jatuh ke kosong di permukaan) menyebabkan gas untuk keluar dari larutan, sejumlah gas yang menambah secara mendadak daripada tiada apa-apa kepada mungkin lebih banyak daripada magma yang mengiringinya. Di samping itu, penyingkiran bahan takat lebur lebih rendah akan meningkatkan penumpuan komponen felsic seperti silikat berpotensi menjadikan magma tersebut lebih likat, menambahkan lagi kepada sifat semulajadi sesuatu letusan.

Oleh itu pelan kecemasan jika suatu letusan berlaku mengandaikan kes paling buruk adalah letusan sama saiz dan jenis seperti pada 1631 VEI 4[44]. Dalam senario ini, lereng-lereng gunung yang memanjang sejauh lebih kurang 7 kilometer (4.3 bt) daripada lohong, mungkin terdedah kepada aliran pyroclastic yang membersih semua di bawahnya, sementara kawasan sekelilingnya mungkin mengalami jatuhan tephra. Kerana angin yang lazim bertiup, pekan-pekan di selatan dan timur gunung berapi merupakan yang paling berisiko, dan dijangkakan pengumpulan tephra melebihi 100 kg/m² – yang pada ketika ini orang ramai akan menghadapi risiko bumbung runtuh - mungkin mencapai sejauh Avellino hingga ke timur atau Salerno hingga ke tenggara. Menuju Naples, ke barat daya, bahaya jatuhan tephra ini diandaikan akan hampir-hampir menjangkau melewati lereng-lereng gunung berapi tersebut.[43] Kawasan tertentu yang akan terjejas oleh awan abu akan bergantung kepada keadaan tertentu sekitar letusan itu. [45]

Kawasan sekeliling gunung berapi itu kini padat dengan penduduk.

Pelan tersebut mengandaikan antara dua minggu dan 20 hari [46][47] notis mengenai satu-satu letusan dan meramalkan pemindahan kecemasan ke atas kira-kira 600,000 orang, hampir kesemuanya terdiri dari mereka yang tinggal dalam zona rossa ("zon merah"). Pemindahan menggunakan keretapi, feri, kereta, dan bas dijangka akan mengambil masa selama tujuh hari, dan mereka yang dipindahkan kebanyakannya akan dihantar ke daerah lain negara itu bukannya ke kawasan selamat dalam kawasan tempatan Campania, dan mungkin tidak akan pulang untuk beberapa bulan. Bagaimanapun, dilema yang akan dihadapi mereka yang melaksanakan pelan ini adalah bila untuk memulakan pemindahan besar-besaran ini, kerana jika dimulakan terlalu lambat banyak nyawa yang akan terkorban, manakala jika dimulakan terlalu cepat sedangkan petanda-petanda letusan itu mungkin hanya amaran palsu. Pada 1984, 40,000 orang dipindahkan daripada kawasan Campi Flegrei, satu lagi kompleks gunung berapi dekat Naples, tetapi tiada letusan yang berlaku.[47]

Usaha berterusan sedang dilakukan untuk mengurangkan populasi yang tinggal dalam zon merah, dengan merobohkan bangunan yang didirikan secara tidak sah, mewujudkan satu taman negara di sekeliling lereng gunung yang lebih tinggi untuk mengelakkan lebih banyak pembangunan[47] dan dengan menawarkan insentif kewangan kepada mereka yang berpindah dari situ. Sasaran dasarnya adalah untuk mengurangkan masa yang diambil untuk berpindah dari kawasan tersebut kepada dua atau tiga hari, dalam tempoh lebih 20 atau 30 tahun.[48]

Gunung berapi tersebut dipantau secara ketat oleh Osservatorio Vesuvio di Naples dengan jaringan luas seismik dan stesen gravimetric, satu kombinasi geodetic array berasas-GPS dan synthetic aperture radar berasas-satelit[49] untuk mengukur pergerakan tanah, dan dengan tinjauan geofizik tempatan dan analisis kimia terhadap gas yang dikeluarkan daripada fumarole. Semua ini dilakukan demi mengesan kenaikan magma di bawah gunung berapi. Setakat ini, tiada magma yang dikesan dalam 10 km dari permukaan, dan gunung berapi tersebut pada 2001, paling buruk hanya berada pada peringkat awal persediaan untuk meletus.[43] This status has apparently not changed much to date.[50]

Vesuvius hari ini[sunting | sunting sumber]

Kawasan di sekeliling Vesuvius secara rasminya diwartakan sebagai satu taman negara pada 5 Jun 1995.[51] Puncak Vesuvius dibuka kepada pelawat dan terdapat satu rangkaian kecil laluan di sekeliling gunung tersebut yang diselenggara oleh pihak berkuasa taman tersebut setiap hujung minggu.

Terdapat laluan melalui jalan raya 200 meter daripada puncak (diukur secara menegak), tetapi selepas itu hanya terdapat laluan untuk pejalan kaki. Terdapat satu laluan berpilin di sekeliling gunung tersebut daripada jalan raya hingga ke kawah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Summary of the eruptive history of Mt. Vesuvius". Osservatorio Vesuviano, Italian National Institute of Geophysics and Volcanology. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  2. "The Pomici Di Base Eruption". Osservatorio Vesuviano, Italian National Institute of Geophysics and Volcanology. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  3. Vesuvius, Italy, Volcano World
  4. The world's top volcanoes, Scentia
  5. 5.0 5.1 5.2 "Vesuvius". Global Volcanism Program, Smithsonian Institution. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0101-02=. Diperolehi 2006-12-08.
  6. "Definition of somma volcano". Volcano Live. Diperoleh pada 2006-12-11. 
  7. Pliny the Younger, Letters 6.16.
  8. Garrett, Roger A. (April 2005). "Vesuvius’ next eruption". Geotimes. doi:10.1002/9780470750865. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  9. 9.0 9.1 "Somma-Vesuvius". Department of Physics, University of Rome. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  10. "An ancient Bronze Age village (3500 bp) destroyed by the pumice eruption in Avellino (Nola-Campania)". Diperoleh pada 2006-12-08. 
    "Vesuvius' Next Eruption May Put Metro Naples at Risk - Lesson from Katrina is need to focus on "maximum probable hazard"". State University of New York. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  11. "Pomici di Avellino eruption". Osservatorio Vesuviano, Italian National Institute of Geophysics and Volcanology. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  12. Stothers, R.B. (2002). "The case for an eruption of Vesuvius in 217 BC (abstract)". Ancient Hist. Bull. 16: 182–185. doi:10.1002/9780470750865. 
  13. 13.0 13.1 de Boer, Jelle Zeilinga & Sanders, Donald Theodore (2002). Volcanoes in Human History. Princeton University Press. ISBN 0-691-05081-3. 
  14. Pliny the Elder, The Natural History (eds. John Bostock, M.D., F.R.S., H.T. Riley, Esq., B.A.) (translation)
  15. Strabo: Geography Book V Chapter 4 (translation)
  16. Marcus Vitruvius Pollio: de Architectura, Book II (translation)
  17. Patterns of Reconstruction at Pompeii
  18. 18.0 18.1 "Visiting Pompeii - AD 79 - Vesuvius explodes". Current Archeology. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  19. "Three Decades of Seismic Activity at Mt. Vesuvius: 1972–2000". 
  20. The Life of Nero, Suetonius, The Lives of the Caesars
  21. The Annals by Publius Cornelius Tacitus - Book 15
  22. Pompeii at the Minnesota State University E-museum
  23. Area Vesuvio (in Italian) Retrieved on 18 August 2007
    Account of 1785 eruption by Hester Thrale
    Stromboli Online - Vesuvius & Campi Flegrei
    Visiting Pompeii Retrieved on 18 August 2007
    Wall painting of Vesuvius found in Pompeii
  24. 24.0 24.1 "The Destruction of Pompeii, 79 AD". Eyewitness to History. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  25. Haraldur Sigurdsson, Stanford Cashdollar and Stephen R. J. Sparks, "The eruption The Eruption of Vesuvius in A. D. 79: Reconstruction from Historical and Volcanological Evidence" American Journal of Archaeology '86.1 (January 1982), pp. 39-51.
  26. 52 Minute MP3 Audio Discussion on the Theological significance of AD79
    Erupt Project - Vesuvius
    Herculaneum: Destruction and Re-discovery
    Live Mount Vesuvius Webcams: from Casalnuovo, from Sorrento
    Official Vesuvius National Park website (in Italian) Retrieved on 18 August 2007
  27. Pliny the Younger: eruption of Mt. Vesuvius, AD 79
  28. The Destruction of Pompeii, 79 AD, Translation of Pliny's letters. Original.
  29. Jules Janick, Purdue University (2002). "Greek, Carthaginian, and Roman Agricultural Writers". History of Horticulture. Diperoleh pada 2006-12-08. 
    "Derivation of the name "Plinian"". The Volcano Information Center. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  30. Mentioned in Josephus, Jewish Antiquities, xx.7.2, and in a lost section of the work.
  31. Doug Criner. "Engineering of Pompeii". Diperoleh pada 2006-12-08. 
  32. "Vesuvius, Italy". Volcano World. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  33. 33.0 33.1 Lisetta Giacomelli, Annamaria Perrotta, Roberto Scandone, Claudio Scarpati (September 2003). "The eruption of Vesuvius of 79 AD and its impact on human environment in Pompei" (PDF). Episodes 26. doi:10.1002/9780470750865. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  34. "Pompeii, Stories from an eruption". The Field Museum of Natural History, Chicago. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  35. Vesuvius National Park brochure (Adobe PDF)
    Vesuvius National Park
    Disaster preparedness page for the US Naval Support Actitivy Naples
    Guardian Newspaper article "Italy ready to pay to clear slopes of volcano"
    Tango Diva article - "Mount Vesuvius, the sleeping giant"
    Explore Italian Volcanoes, at Dipartimento di Fisica "E. Amaldi" Universita' Roma Tre, Italy
    Image of Vesuvius at Volcano World
    Top volcanoes worldwide (i.e. Famous and recent eruptions)
    BBC article discussing potential danger to modern inhabitants.
  36. Grete Stefani (October 2006). "La vera data dell'eruzione" ([pautan putus]Scholar search). Archeo (260): 10–14. doi:10.1002/9780470750865. Diperoleh pada 2007-12-02.  (in Italian)
    Gabi Laske. "The A.D. 79 Eruption at Mt. Vesuvius". Lecture notes for UCSD-ERTH15: "Natural Disasters". Diperoleh pada 2007-07-20. 
  37. Aviation and the effects of Volcano Ash, Federal Aviation Authority
  38. Aviation and the effects of Volcano Ash, Federal Aviation Authority
  39. Casper, Jack A. and Ver Keljik, Eds., 489th Bomb Squadron Book, 1947.
  40. The eruption of Vesuvius of 1944
  41. Mt. Vesuvius eruption, as seen from Naples, 1944
  42. http://www.warwingsart.com/12thAirForce/Vesuvius.html
  43. 43.0 43.1 43.2 Kilburn, Chris & McGuire, Bill (2001). Italian Volcanoes. Terra Publishing. ISBN 1-903544-04-1. 
  44. "Activity of Vesuvio between 1631 and 1799". Explore Italian Volcanoes. Diperoleh pada 2006-12-09. 
  45. "Emergency plan (Italian)". Diperoleh pada 2006-12-09. 
  46. In the shadow of the volcano, UK Guardian newspaper, 16 October 2003
  47. 47.0 47.1 47.2 "Italians trying to prevent a modern Pompeii". USA Today. 21 October 2003. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  48. "Early Warning of Volcanic eruptions and Earthquakes in the neapolitan area, Campania Region, South Italy" (pdf). Second International Conference on Early Warning, Bonn, Germany, 16-18 October 2003. http://www.ewc2.org/upload/downloads/Gasparini2003AbstractEWC2.pdf. Diperolehi 2007-01-26.
  49. "ESA press release on satellite monitoring of Vesuvius". Diperoleh pada 2007-01-26. 
  50. "Monitoring of Mount Vesuvius". Osservatorio Vesuviano, Italian National Institute of Geophysics and Volcanology. Diperoleh pada 2006-12-08. 
    "Present level of alert on Vesuvius". Osservatorio Vesuviano, Italian National Institute of Geophysics and Volcanology. Diperoleh pada 2006-12-08. 
  51. Vesuvius portal website