Gyudon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gyūdon

Gyūdon (牛丼? lembu, mangkuk) atau beef bowl adalah makanan Jepun jenis Donburi berupa semangkuk nasi putih yang di atasnya diletakkan hirisan daging lembu bahagian perut dan bawang bombay yang sudah dimasak dengan kicap masin dan gula. Sebagai penyedap, di atasnya sering ditambahkan halia masin (benishōga), campuran rempah dan cili yang disebut shichimi, atau telur ayam mentah mengikut selera.

Gyūdon berasal dari makanan yang disebut Sukiyakidon (sukiyaki donburi), sehingga sering dijumpai gyudon yang memakai shirataki seperti juga sukiyaki.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Meiji, sudah dikenali bakal gyūdon yang disebut Gyumeshi berupa semangkuk nasi yang di atasnya diletakkan hirisan daging sisa Gyūnabe (daging lembu yang dimasak dengan kicap masin dan gula). Pada waktu itu, orang Jepun sering mendengar orang asing memanggil anjingnya, "Come (here)", tapi menurut pendengaran orang Jepun, "come" terdengar seperti "kame" dan orang asing tersebut disangka sedang memanggil anjing yang bernama Kame. Dari nama anjing bernama Kame konon lahir sebutan Kamechabu, chabu (makanan) untuk si Kame berupa nasi dicampur sisa-sisa Gyūnabe yang tidak habis dimakan.

Restoran segera Yoshinoya yang membuka cawangan dengan sistem cawangan mempopularkan gyūdon sebagai makanan rakyat pada penggal kedua tahun 1970-an. Makanan yang serupa juga dihidangkan dengan nama Gyūmeshi oleh restoran cawangan lain seperti Yōrōnotaki, Matsuya, Sukiya dan Kōbe Ranputei.

Pada 11 Februari 2004, Yoshinoya dan restoran gyūdon lain terpaksa menghentikan penjualan gyūdon akibat kerisauan daging lembu dari Amerika Syarikat yang tercemar dengan penyakit lembu gila. Parlimen Jepun berusaha mendapatkan kembali daging lembu dari Amerika sejak Mei 2005, tetapi baru berjaya mengimportnya pada bulan Januari 2006.

Pada 18 September 2006, Yoshinoya kembali menjual Gyūdon tapi hanya selama satu hari penuh saja, itu pun dengan jumlah yang terbatas (1 juta hidangan dengan lebih kurang 1,000 hidangan per restoran).

Serbaneka[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, penyajian gyūdon di restoran Yoshinoya terdapat dua istilah: Tsuyudaku dan Negidaku. Tsuyudaku bererti nasi diberi kuah daging yang banyak, sedangkan Negidaku bermaksud nasi diberi bawang yang banyak.