Chữ Hán

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hán tự)
Lompat ke: pandu arah, cari
chữ Hán/chữ Nho, Hán tự.

Chữ Hán atau chữ Nho ([cɨ̌ ɲɔ], 𡨸, secara harfiahnya "aksara cendekiawan Konfusianisme") ialah istilah bahasa Vietnam untuk tulisan Cina, yang digunakan untuk menulis bahasa Cina klasik dan perbendaharaan kata Sino-Vietnam dalam bahasa Vietnam, berbeza dengan chữ Nôm yang digunakan untuk menulis perbendaharaan kata asli bahasa Vietnam. Hán tự (sebutan Vietnam [hǎːn tɨ̂ˀ], , bermaksud "tulisan Cina") adalah istilah untuk kegunaan berhubung teks asing.

Pada zaman kerajaan klasik Vietnam, penulisan formal bahasa Vietnam biasanya dibuat dalam tulisan Cina klasik, sementara bahasa Vietnam cuma digunakan dalam penulisan sastera. Penulisan ini adalah sama dengan karya dalam tulisan Cina klasik yang dihasilkan di China, Korea atau Jepun.

Pembacaan Hán tự, sepertimana Kanji and Hanja, adalah mirip dengan gaya bahasa Cina Pertengahan, dan memberi data yang bernilai untuk pengkajian sejarah fonologi bahasa Cina.

Penggunaan bahasa Cina klasik dan bentuk penulisannya, Hán tự, telah pupus di Vietnam sejak kurun ke-20, selepas zaman penjajahan Perancis dan kemerdekaan Vietnam.

Sekurang-kurang pada kurun ke-13, satu sistem penulisan yang dimodel berdasarkan karakter Cina yang dipanggil chữ Nôm telah dicipta di Vietnam. Tidak seperti sistem Hán tự, sistem ini membenarkan pengungkapan perkataan-perkataan asli Vietnam. Walaupun direka cipta oleh penutur asli bahasa Vietnam, ia memerlukan penggunanya memiliki sedikit pemahaman tentang chữ Hán (tulisan Cina). Oleh kerana itu, chữ Nôm hanya diguna pakai oleh golongan sasterawan elit untuk menulis karya sastera (seperti puisi Nguyễn Du dan Hồ Xuân Hương), sementara hampir semua penulisan dan dokumen rasmi terus ditulis dalam Hán Văn (bahasa Cina klasik sehingga kurun ke-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]