Héctor Moreno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Héctor Moreno
Maklumat peribadi
Nama penuh Héctor Alfredo Moreno Herrera[1]
Tarikh lahir (1988-01-17) 17 Januari 1988 (umur 36)
Tempat lahir Culiacán, Mexico
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Kerjaya remaja
2003–2006 UNAM
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 UNAM 44 (2)
2008–2011 AZ 80 (6)
2011–2015 Espanyol 118 (7)
2015–2017 PSV Eindhoven 61 (11)
2017– Roma 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2005 Mexico B17 6 (2)
2007 Mexico B20 4 (1)
2007– Mexico 79 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Mei 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2017

Héctor Alfredo Moreno Herrera (lahir 17 Januari 1988) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

UNAM[sunting | sunting sumber]

Héctor Moreno sertai kelab remaja UNAM pada 2003 ketika baru berusia 15 tahun dan beliau ke kelab pertama selepas menjuarai Piala Dunia B-17 FIFA bersama Mexico pada 2015.

Beliau membuat debut untuk UNAM ketika kejohanan Clausura 2006, pasukannya menang 1-0 ke atas Santos Laguna pada 22 Januari. Beliau membuat penampilan penuh pada 12 Februari, menang 2-0 ke atas Veracruz. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada minggu berikutnya tetapi pasukannya tewas 3-1 kepada Cruz Azul.

AZ Alkmaar[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2007, Moreno dilaporkan ke kelab Belanda, AZ Alkmaar sebanyak US$4.5 juta. Beliau membuat penampilan pertama bersama AZ pada 1 Mac 2008, seri 1–1 menentang Roda JC Kerkrade. Pada April 2009, Moreno memenangai gelaran pertama Eredivisie bersama AZ. Pada 22 April, Moreno dilaporkan telah melanjutkan kontrak bersama AZ Alkmaar, di mana beliau kekal bersama kelab Belanda itu sehingga 2014.

Pada 25 Julai, AZ memenangi Piala Super Belanda dengan membelasah SC Heerenveen 5–1 dalam perlawanan akhir. Moreno membuat debut di pentas Eropah dalam Liga Juara-Juara pada 16 September, tewas 1-0 kepada Olympiakos. Pada 7 Februari 2010, Moreno menjaringkan gol kemenangan Alkmaar apabila menanduk masuk dari sepakan penjuru pada minit ke-87 menetnang Feyenoord, AZ menang 2–1.

Espanyol[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2011, Moreno telah berpindah ke kelab Sepanyol, Espanyol dengan kontrak lima tahun dan bayaran yang tidak didedahkan.[2]

Pada 28 Ogos, Moreno membuat debut La Liga menentang Mallorca. Pada 26 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Espanyol ketika tewas 3-1 menentang Levante UD. Pada 4 Oktober 2012, Moreno dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Espanyol" pada musim 2011–12, iaitu musim debutnya dengan bermain 35 perlawanan liga dengan jumlahnya 3295 minit bermain dan menjaringkan tiga gol bersama satu hantaran.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Moreno membuat debut Piala Dunia dalam Piala Dunia 2010 menentang Perancis dalam peringkat kumpulan, Mexico menang 2-0.

Moreno sebahagian daripada skuad Mexico di Piala Emas CONCACAF 2011, di mana beliau bermain setiap perlawanan Mexico termasuk perlawanan akhir menentang Amerika Syarikat di mana Mexico menang 4-2. Beliau juga bermain setiap perlawanan Mexico di Piala Konfederasi FIFA 2013.

Pada 12 Jun 2012, Moreno menjaringkan gol pertamanya untuk Mexico ketika menang 2-1 ke atas El Salvador dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.

Jurulatih Miguel Herrera memasukkan beliau dalam senarai akhir 23 pemain yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
12 Jun 2012 San Salvador, El Salvador  El Salvador
2–1
2–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Disember 2014
Penampilan kelab Liga Piala Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gos Kmncln Gol Kmncln Gol
Mexico Liga Piala Amerika Utara Jumlah
200506 Mexico UNAM Primera División 6 1 4 0 10 1
200607 16 0 16 0
200708 22 1 22 1
Belanda Liga Piala Eropah Jumlah
2007–08 Belanda AZ Eredivisie 8 1 8 1
2008–09 15 0 1 1 16 1
2009–10 30 4 1 0 6 0 37 4
2010–11 27 1 8 0 35 1
Sepanyol Liga Copa del Rey Eropah Jumlah
2011–12 Sepanyol Espanyol La Liga 35 3 4 0 39 3
2012–13 32 2 1 0 33 2
2013–14 32 1 5 0 37 1
2014–15 1 0 1 0 2 0
Jumlah Mexico 44 2 4 0 48 2
Belanda 80 6 2 1 14 0 96 7
Sepanyol 100 6 11 0 111 6
Jumlah kerjaya 224 14 13 1 18 0 255 15

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

AZ Alkmaar

Antarabangas[sunting | sunting sumber]

Mexico B17
Mexico

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Player Profile". RCD Espanyol official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-11. Dicapai pada 2014-12-25.
  2. ^ "Hector Moreno completes switch to Espanyol". Goal.com. Dicapai pada 22 June 2011.