HAL/S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

HAL/S adalah bahasa pengaturcaraan aeroangkasa masa benar real time, yang paling dikenali kerana kegunaannya bagi program pesawat ulang-alik Angkasa (Space Shuttle). Ia direka oleh Intermetrics pada 1970-an bagi NASA. HAL/S ditulis menggunakan XPL, dialek bagi PL/I.

Tiga faktor utama dalam menulis bahasa adalah boleh diharap, berkesan, dan bebas mesin. Bahasa ini direka bagi membenarkan tugasan berkait aeroangkasa (seperti aritmetik vektor/matrix) dalap dilaksanakan dalam cara yang mudah difahami bagi mereka dengan pengetahuan penerbangan angkasa (dan tidak semestinya mahir dalam memprogram komputer.)

HAL/S direka tanpa fungsi tertentu (seperti "GOTO" dalam BASIC) yang diketahui sebagai punca kebanyakan pepijat komputer. Tidak terdapat ringkasan bagi kata kunci, dan kata kunci kesemuanya ditempah agar ia juga tidak dapat digunakan sebagai pembolehubah. Langkah sedemikian direka bagi mengurangkan kemungkinan kesilapan berlaku, dan juga menjadikan ia mudah bagi orang lain membaca dan memahami aturcara yang dihasilkan (kod jelas diri (self-documenting)).

HAL secara rasminya mewakili High-order Assembly Language, sungguhpun komputer HAL 9000 rekaan yang terdapat dalam 2001: A Space Odyssey mungkin turut merupakan inspirasi.

Satu ciri menarik mengenai HAL adalah ia menyokong format tiga baris input di mana tiga baris kod sumber digunakan bagi setiap kenyataan, di mana baris pertama dan ketiga boleh digunakan sebagai superscripts (exponents) dan subscripts (indices). Ini direka agar serupa dengan catatan mathematik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]