HB Jassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
H.B. Jassin
HB Jassin.jpg
Kelahiran Hans Bague Jassin
13 Juli 1917
Warganegara Bendera Indonesia Indonesia
Pekerjaan Pengarang, penyunting, kritikus sastra

Hans Bague Jassin (31 Julai 1917 – 11 Mac 2000), lebih dikenali dengan panggilan HB Jassin, ialah seorang pengkritik sastera Indonesia, pengumpul dokumen, dan profesor. Beliau dilahirkan di bandar Gorontalo, Sulawesi, Indonesia, anak sebuah keluarga yang mencintai buku. Jassin mula membaca semasa masih di sekolah.

Beliau pernah mengetuai majalah Sastra magazine. Horison, sebuah majalah sastera, diasaskan pada bulan Julai 1966 oleh Jassin dan Mochtar Lubis sebagai pengganti Sastra, dan disunting oleh Taufiq Ismail, Ds. Muljanto, Zaini, Su Hok Djin, dan Goenawan Mohamad.Pada tahun 1971, Jassin dipenjarakan selama setahun dan dikenakan tempoh pengawasan selama dua tahun semasa bertugas sebagai penyunting sastera kerana beliau enggan memberi nama penulis sebenar yang menulis cerita yang dianggap kufur oleh mahkamah. [1] [2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

H.B. Jassin belajar di HIS Balikpapan. Kemudian ikut ayahnya pindah ke Pangkalan Brandan, Sumatera Utara dan belajar pula di sana. Beliau sempat belajar di memasuki Universiti Indonesia dan kemudian Yale University. Sekembali ke Indonesia, beliau berkhidmat sebagai seorang guru.

Beliau pernah bekerja si pejabat pembantu Residen Gorontalo selama beberapa laa. Kemudian Sutan Takdir Alisyahbana menjemputnya bekerja di Balai Pustaka (1940). H.B. Jassin menjadi sidang redaksi dan kritikus sastra pada berbagai majalah budaya dan sastera di Indonesia. Antara majalah tersebut ialah Pandji Poestaka, Mimbar Indonesia, Zenith, Sastra, Bahasa dan Budaya, Horison, dan lain-lain.

Kritikan sastera[sunting | sunting sumber]

Kritikan sastera hasil tulisan beliau bersifat edukatif dan apresiatif. Gaya tulisannya lebih mementingkan kepekaan dan perasaan daripada teori ilmiah sastra. Beliau digelar "Pendita Sastra Indonesia".Sekitar 1970-an, faya sastera beliau bersifat konvensional berbanding gaya eksperimental saat itu.

Pada tahun 1956, HB Jassin membela Chairil Anwar yang dituduh sebagai plagiat menerusi buku "Chairil Anwar Penyair Angkatan 45".Dia juga turut menandatangani 'Manifesto Kebudayaan' (Manikebu) tahun 1963 dan dianggap sebagai anti-Soekarno oleh kalangan Lekra dan didipecat dari Lembaga Bahasa Departemen P & K dan staf pengajar UI. Cerpen "Langit Makin Mendung" karya Ki Panji Kusmin dalam Majalah Sastra tahun 1971 ditafsir sebagai "menghina Tuhan" .Akhirnya H.B. Jassin dilarang kritikan berbau sastra selama satu tahun.

Pusat Dokumentasi Sastera HB Jassin[sunting | sunting sumber]

H.B. Jassin amat tekun mendokumentasikan perkembangan sastera Indonesia sejak 1932. Semua kritikan dan hasil tulisan beliau tersimpan di Pusat Dokumentasi Sastra H.B. Jassin di Taman Ismail Marzuki, Jakarta mulai 28 Jun 1976. Pusat Dokumentasi ini hanya mendapat peruntukan Rupiah 50 juta (RM17, 400) setahun dari kerajaan Indonesia.Pusat ini menyimpan 20,000 buku fiksyen, 12,000 buku bukan fiksyen selain 600 buku rujukan, 800 naskhah drama, 16,000 keratan kesusasteraan dan koleksi-koleksi berharga lain seperti rakaman suara, naskhah-naskhah tulisan tangan serta surat-surat peribadi.

Antara yang menarik di dalamnya ialah koleksi buku Prof. Dr Damais, koleksi Haji Agus Salim, koleksi Mochtar Lubis yang terdiri daripada akhbar Indonesia Raya yang dijilid dari tahun 1968 hingga 1974, koleksi Wiratmo Soekito dalam bentuk naskhah keratan akhbar dan majalah dan koleksi Dr Boen Soemarjati. Begitu juga tulisan tangan sasterawan WS Rendra ketika menulis konsep puisinya, tulisan tangan Chairil Anwar, Sutan Takdir Alisyahbana, Sitor Situmorang, naskhah novel Ziarah milik Iwan Simatupang dan lain-lain .[3]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

H.B. Jassin meninggal dunia pada hari Sabtu, 11 Mac 2000 di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo dalam usia 83 tahun. Dia meninggalkan empat anaknya yaitu Hannibal Jassin,Mastinah Jassin,Julius Firdaus Jassin,Helena Magdalena Jassin, 10 orang cucu dan 1 orang cicit. Jenazahnya dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Nasional Kalibata, Jakarta.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Teeuw, A. (1967). Modern Indonesian literature. The Hague: Martinus Nijhoff. ms. 253–254. OCLC 462738753. 
  2. "HB Jassin dies of stroke". The Jakarta Post (Jakarta). 12 March 2000. Diperoleh pada 23 November 2011. 
  3. Koleksi sastera di ambang kehancuran?