HMCS Haida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerjaya>
Dilancarkan:25 Ogos, 1942
Ditauliah:30 Ogos, 1943
Ditauliah lagi:15 Mac, 1952 seperti DDE-215
Nasib:Muzium di Hamilton, Ontario
Ciri-ciri Umum
Sesaran:2,000 tan
Panjang:377 kaki (115 m)
Luas:37 kaki 6 inci (11.4 m)
Dalam:9 kaki 6 inci (2.9 m)
Persenjataan:meriam 4 x 4 in (102 mm); 2 x 3 inci (76 mm) / 50 caliber guns, 4 x 40 mm Bofors guns, 2 x twin Oerlikon 20 mm guns, 2 x mortar antikapal selam Squid, 4 x 21 inci (533 mm) pelancar torpedo;
Motto:

HMCS Haida (G63) adalah kapal perang yang paling masyhur did alam Tentera Laut Diraja Kanada. Kapal ini telah menenggelamkan lebih banyak kapal musuh (dari segi berat kapal tang ditenggelamkan) berbanding dengan lain-lain kapal Tentera Laut Diraja Kanada. HMCS Haida adalah sebuah kapal pemusnah dari kelas Tribal dan kini merupakan satu-satunya kapal dari 27 buah kapal kelas ini yang dibina yang kini masih ada. Kapal ini kini dijadikan satu kesan sejarah Kanada.

HMCS Haida menjadi kebanggaan Kanada
Jata HMCS Haida
Meriam Mark 33 3-inci di atas HMCS Haida

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari 1944, Haida ditugaskan dengan Flotilla Ke-10 Kapal Pembinasa berpangkalan di Plymouth, England. Dalam rondaan yang dijalankan oleh kapal di Selat Inggeris dan di Teluk Biscay, Haida menenggelamkan 14 buah kapal musuh. Sebaik tiba di Plymouth, Haida menjalankan rondaan dalam sapuan “Operasi Tunnel” yang bertujuan mencari dan memusnahkan kapal-kapal Kriegsmarine yang berpangkalan di pelabuhan-pelabuhan sekitar Teluk Biscay. Pada 25 dan 26 April, Haida mengalami kerosakan dalam pertembungan dengan kapal Jerman T-29 Elbing. Walaupun mengalami kerosakan, Haida terus menyerang dan berjaya menenggelamkan kapal tersebut.

“Operasi Hostile” dijalankan bermula 28 April 1944 bersama-sama kapal pembinasa HMCS Athabaskan, juga sebuah kapal kelas Tribal. Flotilla Ke-10 bertembung dengan satu kumpulan kapal Jerman dan dengan pantas berpecah-pecah menjadi kumpulan-kumpulan kapal yang mengejar kapal-kapal Jerman secara individu. Semasa HMCS Athabaskan bersedia untuk memintas kapal Elbing, HMCS Athabaskan terkena tembakan torpedo dan terbakar. Api merebak dengan cepat walaupun pasukan kawalan kebakaran cuba mengawal kebakaran. HMCS Athabaskan ditinggalkan oleh anak-anak kapal dan tenggelam. Hanya 44 orang terselamat, 128 yang lain hilang (83 menjadi tawanan perang). Haida membalas dendam dengan menembak Elbing bertubi-tubi sehingga terbakar dengan teruk. Keesokan harinya, Elbing diserang oleh kapal terbang Beaufighter dan dimusnahkan.

Haida dan HMCS Huron meneruskan “Operasi Hostile” sehinggalah penaklukan Normandy pada 6 Jun 1944. Pada 8 Jun, Haida kembali meronda di kawasan Teluk Biscay dan menenggelamkan kapal pembinasa Jerman ZH1 dan Z32. pada 24 Jun, kapal selam U-971 pula menjadi mangsa Haida.

Pada 15 Julai, Haida dan sekumpulan kapal pembinasa lain memintas satu kumpulan kapal Jerman di muara Sungai Lorient. Dalam pertempuran yang berikutan, Haida memusnahkan dua buah kapal penunda antikapal selam UJ1420 and UJ1421, bersama-sama sebuah kapal dagang. Dua buah kapal yang lain terbakar dan sedang tenggelam.

Pada 5 Ogos, Haida bertembung dengan kumpulan kapal Jerman yang lain. Haida terkena tembakan menyebabkan “Y” turet terbakar. 2 orang anak kapal terbunuh dan 8 yang lain cedera. Turet “A” juga rosak akibat terkena tembakan musuh. Pada 22 September, selepas dibaiki, Haida belayar menuju Halifax untuk ditugaskan semula di perairan Kanada.

Pada pertengahan bukan Januari 1945, Haida kembali ke Scapa Flow dengan kelengkapan radar yang baru. Sehingga bulan Mac 1945, Haida bergegas mentauliahkan penggunaan radar barunya. Selepas itu Haida bersama-sama memasang periuk api di Norway dan pada 28 Mac menyerang perkapalan musuh di kawasan Trondheim. Pada 7 April 1945, Haida bersama-sama 6 buah kapal antikapal selam yang lain belayar menuju Rusia dan bersama-sama mengiringi konvoi JW66. Semasa di Rusia, Jerman menyerah kalah. Haida kembali ke Kanada untuk persiapan penugasan di medan perang di Pasifik. Semasa pengubahsuaian dibuat, Jepun pula menyerah kalah, dan kerja-kerja pengubahsuaian dihentikan.

Selepas Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Haida dilucutkan tauliah pada 20 Mac 1946 sebagai sebahagian daripada usaha pengecilan tentera laut selepas perang.

Dalam tahun 1947, Haida disediakan untuk perkhidmatan semula, dan dalam bulan Mei 1947 Haida kembali bertugas dengan tentera laut. Selama 3 tahun yang berikutnya, Haida bersama-sama HMCS Nootka membuat latihan bersama-sama kapal Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal Tentera Laut Diraja British. Semasa Perang Korea Haida ditugaskan ke Sasebo di Jepun untuk perkhidmatan di perairan Korea. Haida menggantikan HMCS Nootka sebagai kapal penyelamat dan kapal pengawal di pantai Korea.

Dalam bulan Disember 1953, Haida belayar semula untuk tugasan kali kedua di Korea sehingga bulan November 1954. Selepas Perang Korea, Haida dikerahkan kepada tugasan antikapal selam. Dalam bulan Januari 1958, Haida mula menunjukkan kerosakan besar. Dalam bulan Disember 1958, Haida mengalami kerosakan kemudi semasa dalam perjalanan pulang dari Eropah. Haida dimasukkan ke dermaga kering untuk pembaikan yang selesai dijalankan Januari 1960. pada akhir tahun 1960, Haida sekali lagi dimasukkan ke dermaga kering, tetapi kerosakan yang dialami tidak dapat dibetulkan dengan sempurna. Dalam bulan Mac 1962 Haida sekali lagi diberikan pembaikan berat termasuk pembaikan bearing enjin dan bilik dandang.

Selepas pembaikan, Haida diberikan status Simpanan “C” dan dalam tahun 1964, Kanada mengumumkan bahawa Haida akan dijual untuk sekerap.

Muzium[sunting | sunting sumber]

HMCS Haida kini sebuah muzum di Hamilton, Ontario

Selepas persaraan Haida, kapal tersebut di serahkan kepada sebuah badan awam yang mahu menjadikannya sebuah Muzium. Haida dibersarakan dalam bulan September 1963 dan dibawa ke Toronto ke tambatan di kaki Jalan York. Dalam tahun 1970, kerajaan negeri mengambil alih milikan kapal tersebut dan membawanya ke lokasi baru di Ontario Place dan dibuka semula untuk orang ramai dalam tahun 1971. Haida menjadi bahan pameran sehingga tahun 2002 apabila kapal tersebut dibeli oleh Taman Negara Kanada dan membaiki badan kapal dan superstruktur kapal tersebut.

Pada ulang tahun ke-60 pentauliahannya, Haida dipindahkan ke Ontario dan menjadi bahan tarikan di Hamilton, Ontario.

Dalam bulan Julai 2006, Haida dikembarkan dengan kapal pembinasa Poland ORP Błyskawica dalam satu upacara di Gdynia, Poland. Kedua-dua kapal berkhidmat dalam Flotilla Ke-10 Kapal Pembinasa semasa Perang Dunia II

Maklumat Teknikal[sunting | sunting sumber]

  • Kelas : Kapal Pembinasa Kelas Tribal
  • Dibina Oleh : Vickers-Armstrong, Newcastle-on-Tyne, England
  • Dilancarkan : Ogos 25, 1942
  • Ditauliahkan : Ogos 30, 1943
  • Pemodenan: 1950-52
  • Ditauliahkan Semula : Mac 15, 1952 dengan nombor pennant DDE-215
  • Panjang : 377 kaki (115 m)
  • Lebar : 37 kaki 6 in (11.4 m)
  • Dalam : 9 kaki 6 in (2.9 m)
  • Berat : 2,000 tan dengan 2,744 tan (muatan penuh)
  • Bahan api  : 520 tan of Bunker 'C' memebrikan jarak rondaan 5,200 batu nautika pada kelajuan 15 knot atau 1,700 batu nautika pada kelajuan 20 knot.
  • Enjin : Two turbin wap Parsons ; 22,000 shp setiap satu.
  • Kelajuan : 36.5 knots maximum.
  • Persenjataan :
    - 4 laras meriam 4 inci (102 mm);
    - 2 laras meriam 3 inci (76 mm) /50 caliber;
    - 4 laras meriam 40 mm Bofors antikapal terbang;
    - 2 laras meriam berkembar Oerlikon 20 mm
    - 2 pelancar mortar antikapal selam Squid;
    - 4 pelancar torpedo 21 inci (533 mm)
  • Anak kapal : 20 pegawai; 230 lain-lain pangkat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]