HMS Conqueror (S48)
| Karier | |
|---|---|
| Dibaringkan pada: | 5 Disember 1967 |
| Dilancarkan pada: | 18 Ogos 1969 |
| Ditauliahkan pada: | 9 November 1971 |
| Dilucut tauliah: | 2 Ogos 1990 |
| Nama gelaran: | "Conks"[1] |
| Penghormatan dan anugerah: |
Perang Falkland, 1982[2] |
| Ciri-ciri | |
| Sesaran: | 4,900 tan (menyelam) |
| Panjang: | 86.9 m |
| Lebar: | 10.1 m |
| Drauf: | 8.2 m |
| Pendorongan: | One Rolls-Royce PWR reaktor nuklear, satu aci |
| Kelajuan: | 28 Knot (menyelam) |
| Jarak: | Dihadkan oleh simpanan makanan di atas kapal |
| Kelengkapan: | 103 |
| Persenjataan: | 6 x 533 mm tiub yang boleh melepaskan: torpedo Mark 8 torpedo Tigerfish RN peluru berpandu Sub Harpoon |
HMS Conqueror ("Conks") merupakan sebuah kapal selam berkuasa nuklear Kelas Churchill yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain dari tahun 1971 sehingga 1990. Conqueror telah dibina oleh Cammell Laird di Birkenhead. Setakat tahun 2009, Conqueror merupakan satu-satunya kapal selam berkuasa nuklear yang pernah menyerang kapal musuh dengan torpedo dan menenggelamkan penjajap ARA General Belgrano dengan dua buah torpedo Mark 8. Conqueror juga merupakan salah satu dari dua kapal selam yang telah meneggelamkan kapal perang sejak berakhirnya Perang Dunia II, sebuah kapal selam yang satu lagi adalah PNS Hangor milik Tentera Laut Pakistan.
Conqueror merupakan kapal ketiga dari kelasnya, dua buah kapal lain adalah Churchill dan Courageous. Tujuan utama pembinaan kapal selam ini adalah bagi menentang ancaman Soviet di laut dengan menyerang kapal dan kapal selam lain, dan mengintip pergerakkan kapal selam bersenjata nuklear milik Soviet.
Rujukan[sunting]
- ↑ Hastings, Max; Simon Jenkins (1983). "Chapter 9". The Battle for the Falklands. Bungay, Suffolk: Book Club Associates. m/s. 147.
- ↑ "Falklands Campaign Battle Honours". Hansard. 1983-10-25. http://hansard.millbanksystems.com/written_answers/1983/oct/25/the-falklands-campaign-battle-honours#S5LV0444P0-01040. Capaian 2008-09-05.
Bacaan lanjut[sunting]
- Rossiter, Mike (2007). Sink the Belgrano. Bantam Press. ISBN 978-0-593-05842-8.
- Loss of the log books