HMS Irresistible (1898)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS Irresistible (1898) in 1908.jpg
HMS Irresistible pada tahun 1908
Karier (United Kingdom) RN Ensign
Nama: HMS Irresistible
Pesanan: Program 1897
Pembina: Limbungan Chatham
Cost: £1,112,636
Dibaringkan pada: 11 April 1898
Dilancarkan pada: 15 Disember 1898
Disiapkan pada: Oktober 1901
Ditauliahkan pada: 4 Februari 1902
Nasib: Tenggelam oleh periuk api, 18 Mac 1915, di Dardanelles
Ciri-ciri
Kelas dan jenis: Kelas-Formidable kapal perang pra-dreadnought
Sesaran: Templat:Convert/LonAonDbSoffNa (standard)
15,805 tan panjang (16,059 t) (deep load)
Panjang: 411 kaki (125.3 m) w/l
431 kaki 9 inci (131.6 m) o/a
Lebar: 75 kaki (22.9 m)
Drauf: 26 kaki 9 inci (8.2 m)
Kuasa dipasang: Templat:Convert/ihp
Pendorongan: 2 × vertical triple expansion enjin stim
dandang tiub air
2 × aci
Kelajuan: 18 knot (33 km/j; 21 bsj)
Jarak: 5,500 nmi (10,200 km; 6,300 batu) at 10 kn (19 km/j; 12 bsj)
Kelengkapan: 780
Persenjataan: 4 × meriam BL 12-inch Mk IXs

12 × meriam BL 6-inch Mk VIIs
16 × meriam QF 12 pounder
6 × meriam QF 3 pounder
2 × .303 in (7.7 mm) mesingan

4 × 18-inch (450 mm) tenggelam tiub torpedo
Perisai: Belt: 9 in (230 mm)

Bulkheads: 9–12 in (230–300 mm)
Barbettes: 12 in (300 mm)
Turet: 8–10 in (200–250 mm)
Casemate: 6 in (150 mm)
Conning tower: 14 in (360 mm)

Dek: 1–3 in (25–76 mm)

HMS Irresistible adalah kapal perang milik Tentera Laut Diraja ke empat yang berkongsi nama yang sama. Ia merupakan sebuah kapal Kelas-Formidable sebelum dreadnought.

Ciri-ciri teknikal[sunting | sunting sumber]

HMS Irresistible mula dibina di Limbungan Chatham pada 11 April 1898 dan dilancarkan pada 15 Disember 1898 dalam keadaan tidak siap bagi memberi laluan bagi pembinaan kapal perang Venerable. Irresistible disiapkan pada Oktober 1901.[1]

Irresistible memiliki kaliber persenjataan yang sama dan serupa dengan Majestic- dan Canopus- class yang sebelumnya. Ia dan kapal saudaranya sering kali digambarkan sebagai Majestic yang dipertingkatkan, tetapi dari segi reka bentuk, mereka sebenarnya Canopus diperbesarkan. Kapal kelas Canopus menggunakan perisai Krupp dalam pembinaannya; ia memiliki lebih kekuatan menurut berat berbanding kapal Majestics perisai Harvey, membenarkan kapal kelas Canopus lebih ringan dan pantas tanpa mengurangkan perlindungan; bagaimanapun, bagi Irresistible, perisai Krupp digunakan bagi meningkatkan perlindungan tanpa mengurangkan saiz kapal.[2] Irresistible dengan itu adalah lebih besar berbanding dua kelas kapal perang sebelumnya, dan memiliki perlindungan lebih baik berbanding kapal kelas Majestic dan lebih pantas berbanding kapal kelasCanopus. Skim perisai Irresistible serupa dengan Canopus sungguhpun perisai keliling ("Belt armor") yang menjalar keseluruh bahagian belakang di tukar sepanjang 215 ka (66 m), sedalam 15 ka (4.6 m) dan setebal 9 in (23 cm). Ia meruncing pada bahagian belakang kepada setebal 3 in (7.6 cm) dan sedalam 12 ka (3.7 m), dan pada bahagian tengah setebal 1.5 in (3.8 cm) dan sedalam 8 ka (2.4 m). Turet bedil utama memiliki perisai Krupp setebal 10 in (25 cm) pada bahagian sisi dan 8 in (20 cm) pada bahagian belakang.[3]

Irresistible meningkatkan persenjataan utama dan kedua kelas sebelumnya, meriam ditambah dari meriam 35- to 40-kaliber 12 in (300 mm) dan meriam 40- to 45-kaliber 6 in (150 mm). Meriam 12 in (300 mm) boleh diisi pada sebarang arah dan dongakan, dan memiliki pengangkut berasingan dengan kamar kerja di bawah turet untuk mengurangkan peluang api kordite ("cordite") merebak dari turet kepada bilik pengendalian peluru dan serbuk bedil dan kepada bilik kebuk peluru.[3]

Irresistible memiliki badan yang dipertingkat yang menberikan pengendalian lebih baik pada kelajuan tinggi berbanding kapal-kapal Majestic dan kipas berputar ke sebelah dalam yang mengurangkan penggunaan minyak dan kelajuan tinggi sedikit berbanding kelas sebelumnya, tetapi mengorbankan pengendalian tangkas pada kelajuan rendah.[3]

Dengan kemunculan kapal perang jenis dreadnought yang baru dan penjajap tempur pada permulaan 1906, predreadnought seperti Irresistible ketinggalan; bagaimanapun, mereka masih melaksanakan tugasan barisan hadapan semasa awal Perang Dunia Pertama.

Sejarah Operasi[sunting | sunting sumber]

Sebelum Perang Dunia Pertama[sunting | sunting sumber]

Irresistible ditempatkan di Limbungan Chatham pada 4 Februari 1902 bagi perkhidmatan Armada Mediterranean dan menggantikan kapal kubah Devastation sebagai kapal pengawal di Gibraltar. Ia mengalami dua kemalangan semasa bertugas di Mediterranean, berlanggar dengan kapal dagang Norway SS Clive ketika berlayar dalam kabus pada 3 March 1902, mengalami kerosakan kepingan sisi agak teruk, dan terkandas di Malta pada 5 Oktober 1905. Ia melalui pembaikian di Malta selepas terkandas, dan pembaikian kedua di situ dari Oktober 1907-Januari 1908.[1]

Pada bulan April 1908, Irresistible dipindahkan ke Armada Channel, di mana ia berlanggar dengan skuner ketika berlayar dalam kabus pada 4 May 1908, tanpa sebarang kerosakan.[4] Dia ditugaskan di bawah Panglima Agung, Division Nore pada tahun 1909, dan dikurangkan kepada krew teras pada May 1910.[5] Perkhidmatan Armada Channelnya tamat pada 1 Jun 1910, apabila ia singgah di Limbungan Chatham untuk pembaikian.[1]

Selesai pembaikian, Irresistible ditugaskan di Chatham pada 28 Februari 1911 untuk berkhidmat dengan Division ke-3, "Home Fleet", di Nore.[1] Pada tahun 1912, ia ditugaskan kepada Skuardon Tempur ke-5, British.[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Burt, p. 173
  2. Conway's All the World's Fighting Ships 1860–1905, p. 36
  3. 3.0 3.1 3.2 Conway's All the World's Fighting Ships 1860-1905, p. 36
  4. Burt, p. 174
  5. 5.0 5.1 Conway's All the World's Fighting Ships 1906-1921, p. 8

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Burt, R. A. British Battleships 1889-1904. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, 1988. ISBN 0870210610.
  • Chesneau, Roger, and Eugene M. Kolesnik, eds. Conway's All The Worlds Fighting Ships, 1860-1905. Londo: Conway Maritime Press, 1979. ISBN 0-85177-133-5.
  • Dittmar, F. J., & J.J. Colledge. "British Warships 1914-1919". London: Ian Allen, 1972. ISBN 0-7110-0380-7.
  • Gibbons, Tony. The Complete Encyclopedia of Battleships and Battlecruisers: A Technical Directory of All the World's Capital Ships From 1860 to the Present Day. London: Salamander Books Ltd., 1983.
  • Gray, Randal, Ed. Conway's All The World's Fighting Ships 1906-1921. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, 1985. ISBN 0870219073.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Formidable class battleship