HMS Nubian (F36)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS Nubian Dalam tahun 1944
HMS Nubian Membuat Asap Pelindung

HMS Nubian (F36) adalah sebuah kapal pembinasa dari kelas Tribal yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja British semasa Perang Dunia II. Kapal ini menggunakan nombor pennant L36, tetapi kemudiannya ditukarkan kepada F36 dalam bulan Januari 1938. kapal ini dinamakan sempena puak Nubian di Sudan.

HMS Nubian dibina di limbungan syarikat Thornycroft (Southampton, U.K.) dan lunasnya diletakkan pada 10 Ogos 1936. Pelancaran kapal ini dibuat pada 21 Disember 1937 dan ia ditauliahkan pada 6 Disember 1938.

HMS Nubian terlewat disiapkan kerana pihak Admiralti mencadangkan rangka kapal tersebut digunakan untuk ujian olengan air tenang. Tetapi ujian ini dibatalkan dan kerja penyiapan Nubian diteruskan. Dalam bulan Februari 1939, Nubian menyertai flotilla di Malta dan ditugaskan bersama-sama divisyen diketuai oleh HMS Cossack yang bersedia menghadapi perang semasa Krisis Albania. Nubian belayar di bahagian timur Laut Mediterranean, dan membuat latihan manuver flotilla dan laut lepas. Selepas Perang Dunia II meletus, Nubian dikerahkan mengiringi konvoi dan juga tugas-tugas pencegahan seludupan di kawasan berkenaan.

Nubian menghadapi masalah turbin dan kembali ke Southampton untuk pembaikan. Selepas pembaikan, ditugaskan membuat ujian belon di Spithead penghujung bulan Oktober 1939. Ujian mengheret belon daripada kapal ini diharapkan dapat mengelakkan serangan aras rendah oleh kapal terbang musuh. Ujian ini berjaya dan teknik ini digunakan bagi melindungi konvoi pesisir pantai.

Pada penghujung tahun 1939, Nubian ditugaskan ke Scapa Flow dan berpangkalan di Rosyth, Scotland. Nubian bertugas dalam kerja iringan konvoi ke Norway. Dalam bulan Mei 1940, Nubian ditugaskan ke Mesir bersama Flotilla Ke-14 Kapal Pembinasa . Perang dengan Itali meletus pada 10 Jun 1940 dan Tentera Laut Diraja British menjalankan operasi di kawasan timur Laut Mediterranean dan sepanjang pantai Afrika Utara

Semasa melindungi HMS Warspite berhampiran Itali, kumpulan tersebut diserang oleh kumpulan kapal Tentera Laut Itali. Selepas itu, Nubian bersama kumpulan kapal British memusnahkan satu konvoi musuh di Selat Otranto. Nubian melibatkan diri dalam beberapa kempen seperti Libya 1940, Konvoi Malta 1941, Tanjung Matapan 1941, Laut Mediterranean 1941, Greece 1941, Crete 1941, Laut Mediterranean 1943, Sicily 1943, Salerno 1943, Sicily 1943, Lautan Arctic 1944 dan sejurus sebelum tamat perang Burma 1945.

Alam bulan Januari 1945, Nubian meninggalkan Britain untuk ke Timur Jauh dan bertemu HMS Tartar and HMS Eskimo. Tiga kapal ini membantu tentera British mengusir tentera Jepun dari Burma. Selepas tamat perang, Nubian diletakkan dalam simpanan dan digunakan sebagai kapal penginapan anggota (accommodation ship) di Portsmouth. Nubian kemudiannya dijadikan kapal sasaran sebelum dijadikan sekerap tahun 1949.

Peristiwa melibatkan HMS Nubian termasuk :

Pada 8 Januari 1943, Nubian dan HMS Kelvin memintas tiga buah skuner dan menenggelamkan berhampiran Kuriat, Tunisia. Pada keesokan harinya, Nubian dan Kelvin memintas sebuah kapal lain di Kuriat dan menenggelamkan kapal itu. Pada 15 Januari 1943, Nubian dan Kelvin memintas kapal dagang Itali dan Perseo (sebuah kapal penyerang torpedo). D'Annuzio tenggelam tetapi Perseo melarikan diri. Pada 19 Januari 1943, Nubian, HMS Pakenham dan Vasilissa Olga (kapal pembinasa Greek) menenggelamkan kapal pengangkut Jerman Stromboli di pantai Libya.

Pada 30 April 1943, Nubian dan HMS Paladin memintas kapal Itali Fauna (575 BRT) di Sicily dan menenggelamkannya. Pad 4 Mei, Nubian, Paladin dan HMS Petard menenggelamkan kapal Itali Campobasso (3566 BRT) dan kapal pengiring Perseo (652 tons) di Kelibia, Tunisia. Pada 7 Mei, Nubian menenggelamkan kapal penyapu periuk api Jerman M 6616/Alba Eder (21 BRT) dan kapal tunda Itali Porto Cesareo (230 BRT).

Pada 12 Jun, 1945, HMS Tartar (Capt. B. Jones, DSO and Bar, DSC, RN), HMS Eskimo (Lt. Cdr. E.N. Sinclair, DSC, RN) dan HMS Nubian (Lt. Cdr. F.C. Brodrick, RN) memintas satu konvoi Jepun kira-kira 20 batu di utara Sumatera. Mereka menenggelamkan kapal anti kapal selam Ch 57 (420 tons) dan kapal pendarat Kuroshio Maru No.2 (950 tons) pada kedudukan 06.20N, 94.45E.


Nota :

Kapal HMS Nubian (F131) adalah sebuah frigat kelas Tribal yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja British.


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Tribal class destroyer (1936)
Royal Navy
Afridi | Ashanti | Bedouin | Cossack | Eskimo | Gurkha | Maori | Mashona | Matabele | Mohawk | Nubian | Punjabi | Sikh | Somali | Tartar | Zulu
Royal Canadian Navy
Athabaskan (i) | Athabaskan (ii) | Cayuga | Haida | Huron | Iroquois | Micmac | Nootka
Royal Australian Navy
Arunta | Bataan | Warramunga


Daftar kapal pembinasa Royal Navy
Daftar kapal perang kelas utama Tentera laut Diraja Australia