HMS Orwell (G98)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari HMS Orwell)
Career RN Ensign
Ditempah: 3 September 1939
Dibina: 20 May 1940
Dilancarkan: 2 April 1942
Ditauliah: 17 Oktober 1942
Nasib: Dipecah, 1965
Ciri-ciri Umum
Sesaran: 1,540 tan
Panjang: 345 kaki o/a
Luas: 35 kaki
Dalam: 13.5 kaki
Tujahan: 2 dandang 3 dram Admiralty, turbin stim bergear Parsons, 40,000 shp, 2 shafts
Laju: 37 knot
Jarak: 472 tan minyak, 3,850 nm at 20 kt
Anak kapal: 176+
Persenjataan: 4 x single 4 in guns QF Mark V on mounting HA Mk.III

2 x quad tubes for 21 in torpedoes Mk.IX
Sehingga 60 periuk api (where fitted for)
1 x quad 2 pdr "pom-pom" mount Mk.VII
Up to 6 x single 20 mm meriam Oerlikon
4 x pelancar dan 2 x rak bagi 70 depth charge

Moto:
HMS Orwell

G 98 HMS Orwell adalah sebuah kapal pembinasa kelas “O” yang dibina di bawah program darurat dan berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain. HMS Orwell mula berkhidmat dalam tahun 1942 dan terlibat dalam Pertempuran Laut Barents. HMS Orwell juga terlibat dengan tugas mengiring konvoi semasa Pertempuran North Cape.

HMS Orwell berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Britain dan menggunakan nombor pennant G98. HMS Orwell dibina oleh syarikat Thorneycroft (sekarang ini dipanggil Vosper Thorneycroft) di Southampton, England. Arahan pembinaan diberikan pada 3 September 1939 dan kerja pembinaan bermula pada 20 Mei 1940. HMS Orwell dilancarkan pada 2 April 1942 dan ditauliahkan pada 17 Oktober 1942.

HMS Orwell ditugaskan sebagai kapal pengiring konvoi, khususnya pengiringan konvoi dari Britain ke Rusia. HMS Orwell adalah salah sebuah kapal pengiring yang mengiringi konvoi PQ 17 yang mengalami bilangan banyak kapal yang menjadi korban serangan Jerman. HMS Orwell juga menjalankan kerja-kerja rondaan di Selat Denmark di sebelah utara Iceland.

Pada 4 Ogos 1943, HMS Orwell dan HMS Castleton menyelamatkan anak-anak kapal sebuah kapal terbang Shorts Sunderland dari No. 423 Skuadron Tentera Udara Diraja Kanada yang berjaya menenggelamkan kapal selam U-489.

Pada 20 Mac, 1945 HMS Orwell menyelamatkan 65 yang terselamat daripada kapal Horace Bushnell yang tenggelam akibat ditembak dengan torpedo oleh kapal selam Jerman U-995 di kedudukan 69.23N, 35.17E.

Dalam tahun 1952, HMS Orwell diubah suai kepada sebuah frigat Type 16.

Kapal ini dijadikan besi sekerap dalam bulan Jun 1965.