HSUPA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

High-Speed Uplink Packet Access (HSUPA) adalah sebuah protokol telefoni bergerak 3G dalam keluarga HSPA dengan kelajuan laluan menaik sehingga 5.76 Mbit/s. Nama HSUPA dicipta oleh Nokia. 3GPP tidak menyokong nama 'HSUPA', tetapi malah menggunakan nama "Enhanced Uplink" (EUL).[1]

Spesifikasi HSUPA disertakan dalam piawaian Universal Mobile Telecommunications System Release 6 yang diterbitkan oleh 3GPP - "Matlamat teknikal ciri Enhanced Uplink ini adalah untuk meningkatkan prestasi saluran pengangkutan khusus laluan menaik, iaitu untuk meningkatkan keupayaan dan daya pemprosesan dan mengurangkan lengah."

Penerangan[sunting | sunting sumber]

HSUPA menggunakan saluran khusus dipertingkat (E-DCH) laluan menaik di mana ia akan menggunakan kaedah penyesuaian pautan serupa dengan yang digunakan oleh HSDPA, iaitu:

Serupa dengan HSDPA, HSUPA menggunakan penjadual paket, tetapi beroperasi pada prinsip permintaan-penuhi di mana UE meminta izin untuk menghantar data dan penjadual memutuskan bila dan berapa banyak UE akan dibenarkan untuk melakukannya. Permintaan untuk penghantaran mengandungi data mengenai keadaan penimbal penghantaran dan baris gilir di EU dan jidar kuasa yang tersedia. Namun, tidak seperti HSDPA, penghantaran laluan menaik tidak ortogonal satu sama lain.

Sebagai tammbahan kepada mod penghantaran berjadual ini, piawaian juga membenarkan mod penghantaran dorongan sendiri daripada UE, dipanggil tidak-dijadualkan. Mod tidak-dijadualkan boleh, misalnya, digunakan untuk perkhidmatan VoIP yang bahkan penjadual berasaskan TTI dan Node-B terturun tidak akan dapat memberikan masa lengah yang sangat pendek dan lebar jalur malar yang diperlukan.

Setiap aliran MAC-d (iaitu aliran QoS) dikonfigurasikan untuk menggunakan mod berjadual atau tidak-berjadual; UE menyesuaikan kadar data untuk berjadual dan tidak-berjadual secara mandiri. Kelajuan data maksimum setiap aliran tidak-berjadual dikonfigurasikan ketika dipanggil, dan biasanya tidak berubah dengan kerap. Kuasa yang digunakan oleh aliran dijadualkan dikawal secara dinamik oleh Node-B melalui pesanan pemberian mutlak (terdiri daripada nilai sebenar) dan pemberian relatif (terdiri daripada satu bit naik/turun).

Pada Lapisan 1, HSUPA memperkenalkan saluran fizikal baru E-AGCH (Absolute Grant Channel), E-RGCH (Relative Grant Channel), F-DPCH (Fractional-DPCH), E-HICH (E-DCH Hybrid ARQ Indicator Channel), E DPCCH (E-DCH Dedicated Physical Control Channel) dan E-DPDCH (E-DCH Dedicated Physical Data Channel).

E-DPDCH digunakan untuk membawa Saluran Pengangkutan E-DCH; dan E-DPCCH digunakan untuk membawa maklumat kawalan yang berkaitan E-DCH.

Versi[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut memberikan kelajuan laluan menaik untuk kategori HSUPA yang berbeza.

Kategori HSUPA Laju Menaik Maksimum Contoh
Kategori 1 0.73 Mbit/s
Kategori 2 1.46 Mbit/s
Kategori 3 1.46 Mbit/s
Kategori 4 2.93 Mbit/s Qualcomm 6290
Kategori 5 2.00 Mbit/s Nokia: E52, E72, E55, 6700 Classic, N900, 5630 XpressMusic; BlackBerry: Storm 9500, 9530; HTC: Dream; Sony Ericsson: C510, C903, W705, W995, T715
Kategori 6 5.76 Mbit/s BlackBerry Tour 9630, Nokia CS-15, Samsung i8910
Kategori 7 (3GPP Rel7) 11.5 Mbit/s

Rujukan[sunting | sunting sumber]