HTMS Chakri Naruebet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HTMS Chakri Naruebet in 2001
HTMS Chakri Naruebet pada tahun 2001
Karier (Thailand) Panji Tentera Laut Diraja Thailand
Pengguna: Tentera Laut Diraja Thai
Dibaringkan pada: 12 Julai 1994
Dilancarkan pada: 20 Januari 1996
Ditauliahkan pada: 10 Ogos 1997
Moto: Occupy The Sky, Occupy The Sea, Chakri Naruebet. (ครองเวหา ครองนที จักรีนฤเบศร)
Nasib: Aktif
Badge: Logo kapal
Ciri-ciri
Sesaran: 10,000 tan standard
11,485 tan muatan
Panjang: 182.6 m (599.1 kaki)
Lebar: 30.5 m (100.1 kaki)
Drauf: 6.2 m (19.76 kaki)
Pendorongan: 2x enjin diesel, Templat:Auto bhp
2 Bazan GE LM2500 turbin gas, 2x aci, 44,250 hp
Kelajuan: 26.4 knot
Jarak: Est. 10,000 batu nautika pada 12 knot
Kelengkapan: 675 (maximum);
62 pegawai
146 krew udara
4 keluarga diraja
450 anggota (biasa)
Sistem penderia
dan pemprosesan:
Radar pencari udara jarak sederhanan Raytheon AN/SPS-52C 3-D, radar kawalan dan navigasi helikopter Kelvin Hughes, radar navigasi Kelvin Hughes band-I
Persenjataan: 3x pelancar peluru berpandu permukaan ke udara Mistral, 2x 12.7 mm mesingan
Pesawat dibawa: 174.6 m x 27.5 m dek penerbangan dengan lompatan ski bersudut 12°
6x AV-8S Harrier, 6x S-70B Seahawk

HTMS Chakri Naruebet (Thai จักรีนฤเบศร) merupakan kapal pengangkut pesawat pertama dan satu-satunya milik Thailand. Rekabentuknya berasal daripada kapal pengangkut pesawat Sepanyol Principe de Asturias. Chakri Naruebet telah dibina di Ferrol, Sepanyol oleh pembina kapal Sepanyol iaitu Izar (EN Bazan) di antara tahun 1994-1996. Ia kemudian diserahkan kepada Thailand pada tahun 1997. Kapal ini jarang digunakan disebabkan oleh kekurangan dana selepas krisis kewangan Asia pada tahun 1998. Walaubagaimanapun, kapal ini banyak melibatkan diri di dalam latihan dan bantuan bencana selepas tsunami pada tahun 2004. Peranan utama kapal ini adalah untuk mengawasi Zon Ekonomi Ekslusif dan tugas "Cari dan Selamat".

HTMS Chakri Naruebet adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat yang bersaiz paling kecil di dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Apabila Taufan Gay melanda Thailand pada tahun 1989, Tentera Laut Diraja Thailand sebagai sebuah unit utama yang dipertanggungjawabkan di dalam misi mencari dan menyelamat telah mendapati bahawa kapal dan pesawat sedia ada tidak dapat bertahan semasa cuaca buruk di laut. Lebih-lebih lagi, Tentera Laut Diraja Thailang juga memerlukan sebuah kapal baru dan berteknologi tinggi, selain untuk memodenkan angkatan lautnya.

Bagi mencapai tujuan ini, pihak tentera laut telah memilih firma Sepanyol iaitu EN Bazan, bagi membina sebuah kapal pengangkut helikopter dengan kos sebanyak Bath 7 juta (AS$175 juta).

Nama "Chakri Naruebet" telah diberikan oleh Raja Bhumibol Adulyadej. Ia bermaksud "raja dari Dinasti Chakri."

Generasi pertama kumpulan pesawat AV-8S Harrier yang dibekalkan bersama-sama dengan Chakri Naruebet telah berusia lebih daripada 30 tahun dan alat-alat ganti sukar untuk didapati dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan jarang diatur gerak. [1] Sistem peluru berpandu anti pesawat utama tidak pernah dipasang dan kapal ini juga jarang belayar ke laut lepas. Berdasarkan keadaannya sekarang, ramai pemerhati ketenteraan menyifatkan Chakri Naruebet sebagai lebih kepada menjadi kebanggaan negara daripada bertindak sebagai sebuah kapal pengangkut V/STOL amfibia.[2]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Masa aman[sunting | sunting sumber]

  • Bantuan semasa bencana.
  • Mencari dan menyelamat.
  • Mengeluarkan warganegara Thailand.
  • Pemuliharaan alam sekitar.

Masa perang[sunting | sunting sumber]

  • Kapal armada angkatan.
  • Misi-misi pertahanan udara.
  • Misi-misi pertahanan permukaan.
  • Peperangan anti kapal selam.
  • Sokongan operasi ketenteraan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]