Hat Yai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Haadyai)
Hat Yai
หาดใหญ่
Hat Yai
Hat Yai
Mohor rasmi Hat Yai
Negara Thailand
WilayahSongkhla
Keluasan
 • Jumlah21.00 km2 (8.20 batu persegi)
 • Tanah20.50 km2 (8.00 batu persegi)
 • Air0.50 km2 (0.20 batu persegi)  2.38%
Penduduk
 (2008)
 • Jumlah157,359
 • Kepadatan7,676.05/km2 (18,297.55/batu persegi)
 Registered residents only
Zon waktuUTC+7 (Thailand)
Laman sesawanghttp://www.hatyaicity.go.th/

Hat Yai (Bahasa Thai: หาดใหญ่; juga Haad Yai / Had Yai) merupakan sebuah bandar raya di selatan Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Lokasi geografi ialah 7°1′N 100°28′E / 7.017°N 100.467°E / 7.017; 100.467. Dengan bilangan penduduk 157,359 orang (2008) di pusat bandaraya dan kira-kira 800,000 orang di Hat Yai Besar, Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai, oleh itu selalu disalah sangka sebagai ibu kota bagi wilayah tersebut. Namun Songkhla ialah ibu kotanya, tidak seperti wilayah lain di mana bandaraya terbesar merupakan ibu kotanya. Bandaraya ini meliputi seluruh Hat Yai tambon bagi daerah Hat Yai. Kedua-dua bandaraya ini merupakan sebahagian daripada Kawasan Metropolis Hatyai-Songkhla Besar.

Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat (Bahasa Thai: มะหาด) besar.

Universiti Putera Songkla mempunyai kampus yang terbesar di Hat Yai.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandaraya ini dikhidmati oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Dulu terdapat penerbangan antarabangsa ke Hat Yai yang kini diberhentikan.

Stesen Keretapi Hat Yai, stesen yang terbesar ini merupakan sebuah stesen antarabangsa di Selatan Thai. Stesen ini menangani 28 buah keretapi penumpang setiap hari (26 buah oleh State Railway of Thailand dan 2 buah (Ekspres Langkawi) oleh KTMB dari Malaysia. Stesen ini juga merupakan hab bagi keretapi tempatan di Selatan Thai.

Yang selari dengan jalan keretapi ialah Lebuhraya Asia 2. Lebuhraya Asia 18 bermula di Hat Yai dan berjalan ke arah selatan ke pantai timur Semenanjung Melayu.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Hat Yai terkenal pada peratus yang lebih besar untuk rakyat beragama Islam dan rakyat berbangsa Cina, berbanding dengan bandaraya hampir sama saiz yang lain di kawasan utara Negara Thai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]