Habbatus sawda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Habbatus sawda
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
Order: Ranunculales
Famili: Ranunculaceae
Genus: Nigella
Spesies: N. sativa
Nama binomial
Nigella sativa
L.
Sinonim[1]
  • Nigella cretica Mill.

Habbatus sawda (tulisan Jawi: الحبة السوداء), juga dikenali sebagai Jintan hitam. Nama saintifik: Nigella sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga (magnoliphyta atau angiosperm) secara tahunan yang tumbuh secara asliya di bahagian selatan dan barat daya benua Asia. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–12 in), manakala struktur daunnya yang halus, lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya pula berstruktur halus, biasanya berwarna putih dan biru pucat dengan 5 hingga 10 kelopak. Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan.

Bijirin Habbatus sawda juga diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyaknya dan diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda yang meluas digunakan untuk merawat kencing manis secara tradisional dan terdapat juga dimasukkan ke dalam kapsul.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Use British English