Habibah Zon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato’ Habibah Binti Zon adalah bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Dato' Habibah Binti Zon (DPMP) dilahirkan di Tanjung Tualang, Perak, keturunan Melayu. Suaminya Yahaya Bin Salim , berkahwin pada 1974 dan mempunyai 4 orang anak iaitu Yanti , Yazmin Hafiz dan Hazlan.

Ayahnya bernama Zon Bin Abdul Shukur ( persara Polis) dan ibunya bernama Awiah Binti Batu. Beliau bertujuh beradik dan merupakan yang bongsu. Adik beradiknya adalah Hasnah, Mohd Zain, Norsiah, Hasmah, Zainal Abidin dan Khadijah.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kebangsaan, Batu Gajah, Sekolah Menengah Convent St. Bernadette, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh ( dibawah program Asrama khas anak-anak Perak). Pada 1971 mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Universiti Malaya dan Diploma dalam Pentadbiran Arkib (India).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam arkib sejak awal kerjaya. Antaranya beliau telah sertai perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Arkib (03/02/1972) ; Penolong Pengarah, Arkib Negara (01/01/1980) ; Pengarah Pengurusan Rekod, Arkib Negara (01/01/1988) dan Nov 1995 menjadi Ketua Pengarah, Arkib Negara.

Pada 12/06/1997 beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara.

Beliau telah bersara pada 19 Jun 2003.

Pada Ogos 2003 beliau telah dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sehingga Ogos 2008.

Beliau kemudiannya menjadi Konsultan dan Pelatih (Trainer) bebas.

Pingat[sunting | sunting sumber]

Pada 20 April 1998 beliau menerima Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran " Dato' " dari Sultan Perak. Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Di Pertuan Agung.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 24 Mac 2021 pukul 2.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jenazah Habibah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Selangor pada 25 Mac 2021.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dato' Habibah Binti Zon". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2012-05-08.
  2. ^ Aziz, Ilah Hafiz (27 March 2021). "Datuk Habibah Zon meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 27 March 2021.