Had (matematik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam matematik, had merupakan nilai yang sesuatu fungsi atau jujukan menghampiri sewaktu input ke dalam fungsi itu menghampiri suatu nilai tertentu. Ia penting dalam bidang kalkulus dan digunakan untuk mentakrifkan keselanjaran, terbitan dan kamiran.

Dalam formula, had biasanya disingkat sebagai lim, seperti pada lim(an) = a, atau diwakili oleh anak panah kanan (→) seperti dalam ana.