Hadiah Keamanan Nobel
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Hadiah Keamanan Nobel (bahasa Sweden dan Norway: Nobels fredspris) ialah nama bagi salah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diturunkan oleh Alfred Nobel, seorang industrialis dan pencipta berbangsa Sweden. Menurut wasiat Nobel, Hadiah Keamanan sewajarnya dianugerahkan kepada "tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan tentera-tentera yang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan".
Hadiah Keamanan ini dianugerahkan setiap tahun di Oslo, ibu negara Norway. hadiah sebenarnya sentiasa dianugerahkan pada 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel. Raja Norway sentiasa menghadirinya. Selama sedekad yang berlalu, Upacara Hadiah Keamanan Nobel di Dewan Bandaraya Oslo sentiasa disusuli pada hari kemudian oleh Konsert Hadiah Keamanan Nobel yang disiarkan di lebih 150 negara dan lebih 450 juta rumahtangga di seluruh dunia. Pemilihan penerima Hadiah Keamanan Nobel kadang-kadang menimbulkan kontroversi, kerana senarai pemenangnya merangkumi tokoh-tokoh yang pernah menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah, tetapi kemudiannya melakukan konsesi luar biasa tanpa kekerasan dalam cubaan mencapai keamanan.
Senarai kandungan |
[sunting] Senarai penghormatan
Senarai penerima-penerima Hadiah Nobel dalam Keamanan dari tahun 1901 hingga hari ini.
| Tahun | Penerima | Negara | Nota |
|---|---|---|---|
| 1901 | Jean Henri Dunant | Pengasas, Palang Merah; Konvensyen Geneva, Hak asasi manusia. | |
| Frédéric Passy | Pengasas dan Presiden, Société d'arbitrage entre les Nations. | ||
| 1902 | Élie Ducommun Charles Albert Gobat |
Setiausaha Kehormat, Biro Keamanan Antarabangsa Berkekalan di Berne. | |
| 1903 | William Randal Cremer | Setiasuaha, Liga Timbangtara Antarabangsa. | |
| 1904 | Institut de Droit International | ||
| 1905 | Bertha Sophie Felicitas Baronin von Suttner | Imej:Austria-Hungary flag 1869-1918.svg Austria-Hungary | Presiden Kehormat, Biro Keamanan Antarabangsa Berkekalan. |
| 1906 | Theodore Roosevelt | Presiden Amerika Syarikat; kerjasama perjanjian damai (broker Perjanjian Portsmouth yang menamatkan Perang Rusia-Jepun) | |
| 1907 | Ernesto Teodoro Moneta | Presiden, Liga Keamanan Lombard | |
| Louis Renault | Profesor Undang-Undang Antarabangsa | ||
| 1908 | Klas Pontus Arnoldson | Pengasas, Persatuan Keamanan dan Penimbangtaraan Sweden | |
| Fredrik Bajer | Presiden Kehormat, Biro Keamanan Antarabangsa Berkekalan | ||
| 1909 | Auguste Marie François Beernaert | Ahli Cour Internationale d'Arbitrage. | |
| Paul-Henri-Benjamin d'Estournelles de Constant | founder and president of the French parliamentary group for international arbitration. Founder of the Comité de défense des intérets nationaux et de conciliation internationale | ||
| 1910 | Biro Keamanan Antarabangsa | Berne | |
| 1911 | Tobias Michael Carel Asser | Pemula Persidangan Antarabangsa Undang-undang Swasta di Hague. | |
| Alfred Hermann Fried | Imej:Austria-Hungary flag 1869-1918.svg Austria-Hungary | Pengasas, Die Waffen Nieder. | |
| 1912 | Elihu Root | kerana memulakan pelbagai persetujuan timbang tara. | |
| 1913 | Henri La Fontaine | Presiden, Biro Keamanan Antarabangsa Berkekalan. | |
| 1914 | tiada | Perang Dunia I | |
| 1915 | |||
| 1916 | |||
| 1917 | Suruhanjaya Antarabangsa Palang Merah | ||
| 1918 | tiada | Perang Dunia I | |
| 1919 | Woodrow Wilson | Presiden Amerika Syarikat, selaku penganjur pertama Liga Bangsa-bangsa. | |
| 1920 | Léon Victor Auguste Bourgeois | Presiden, Majlis Liga Bangsa-bangsa. | |
| 1921 | Hjalmar Branting | Perdana Menteri, Wakil Sweden ke Majlis Liga Bangsa-bangsa. | |
| Christian Lous Lange | Setiausaha Agung, Kesatuan Antara Parlimen | ||
| 1922 | Fridtjof Nansen | Wakil Norway ke Liga Bangsa-bangsa, pemula paspot Nansen untuk pelarian. | |
| 1923 | tiada | ||
| 1924 | tiada | ||
| 1925 | Austen Chamberlain | kerana Perjanjian Locarno. | |
| Charles Gates Dawes | Pengerusi, Suruhanjaya Ganti Rugi Bersekutu dan pemula Rancangan Dawes. | ||
| 1926 | Aristide Briand | kerana Perjanjian Locarno. | |
| Gustav Stresemann | kerana Perjanjian Locarno. | ||
| 1927 | Ferdinand Buisson | Pengasas dan Presiden, Liga untuk Hak Asasi Manusia. | |
| Ludwig Quidde | wakil kepada pelbagai persidangan keamanan. | ||
| 1928 | tiada | ||
| 1929 | Frank B. Kellogg | untuk Pakatan Kellogg-Briand. | |
| 1930 | Nathan Söderblom | Ketua gerakan gereja. | |
| 1931 | Jane Addams | Presiden antarabangsa, Liga Antarabangsa Wanita untuk Keamanan dan Kebebasan | |
| Nicholas Murray Butler | kerana menganjur Pakatan Kellogg-Briand. | ||
| 1932 | tiada | ||
| 1933 | Sir Norman Angell | Pengarang, ahli Suruhanjaya Eksekutif Liga Bangsa-bangsa dan Majlis Keamanan Negara. | |
| 1934 | Arthur Henderson | Pengerusi, Persidangan Pelucutan Senjata Liga Bangsa-bangsa | |
| 1935 | Carl von Ossietzky | Wartawan pasifisme. | |
| 1936 | Carlos Saavedra Lamas | Presiden Liga Bangsa-bangsa dan perantara dalam Perang Chaco antara Paraguay dan Bolivia. | |
| 1937 | Robert Cecil | Pengasas dan Presiden, Kempen Keamanan Antarabangsa | |
| 1938 | Pejabat Antarabangsa Nansen Untuk Pelarian | ||
| 1939 | tiada | Perang Dunia II | |
| 1940 | |||
| 1941 | |||
| 1942 | |||
| 1943 | |||
| 1944 | Suruhanjaya Antarabangsa Palang Merah | dikurniakan secara retroaktif pada tahun 1945 | |
| 1945 | Cordell Hull | Pengasas bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | |
| 1946 | Emily Greene Balch | Presiden antarabangsa kehormat Liga Antarabangsa Wanita untuk Keamanan dan Kebebasan | |
| John R. Mott | Pengerusi, Majlis Mubaligh Antarabangsa dan Presiden, Perikatan Sedunia Persatuan Pemuda Kristian | ||
| 1947 | Majlis Khidmat Sahabat Jawatankuasa Khidmat Sahabat Amerika |
bagi pihak Persatuan Sahabat Keagamaan, lebih dikenali sebagai Quaker. | |
| 1948 | tiada | Kelihatan bahawa Mahatma Gandhi mungkin menerimanya seandainya beliau tidak dibunuh.[1] | |
| 1949 | Lord Boyd Orr | Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Presiden Majlis Keamanan Negara, Presiden Kesatuan Pertubuhan Keamanan Sedunia. | |
| 1950 | Ralph Bunche | kerana mengantara di Palestin (1948) | |
| 1951 | Léon Jouhaux | Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Majlis Eropah, Naib Presiden Gabungan Kesatuan Perdagangan Bebas Antarabangsa, Naib Presiden Persekutuan Kesatuan Sekerja Sedunia, ahli Majlis ILO, wakil ke PBB. | |
| 1952 | Albert Schweitzer | kerana falsafah "Junjungan Seumur Hidup" beliau yang pelbagai ekspresinya, tetapi paling dikenali dalam penubuhan Hospital Lambaréné di Gabon | |
| 1953 | George Catlett Marshall | untuk Rancangan Marshall | |
| 1954 | Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian | ||
| 1955 | tiada | ||
| 1956 | tiada | ||
| 1957 | Lester Bowles Pearson | Presiden sesi ke-7 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memperkenalkan angkatan pengaman untuk menyelesaikan Krisis Suez. | |
| 1958 | Georges Pire | Ketua L'Europe du Coeur au Service du Monde, sebuah pertubuhan bantuan pelarian. | |
| 1959 | Philip Noel-Baker | kerana kerja sepanjang hayat beliau demi keamanan dan kerjasama antarabangsa. | |
| 1960 | Albert Lutuli | Presiden, Kongres Kebangsaan Afrika | |
| 1961 | Dag Hammarskjöld | Setiausaha Jeneral, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (pascamati) | |
| 1962 | Linus Carl Pauling | untuk kempen beliau menentang ujian senjata nuklear. | |
| 1963 | Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah Liga persatuan-persatuan Palang Merah |
||
| 1964 | Dr. Martin Luther King Jr. | Ketua Persidangan Kepimpinan Kristian Selatan, berkempen untuk hak awam. | |
| 1965 | Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) | ||
| 1966 | tiada | ||
| 1967 | tiada | ||
| 1968 | René Cassin | Presiden, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. | |
| 1969 | Pertubuhan Buruh Antarabangsa | ||
| 1970 | Norman Borlaug | kerana penyelidikan beliau di Pusat Kemajuan Jagung Dan Gandum Antarabangsa. | |
| 1971 | Willy Brandt | kerana Ostpolitik Jerman Barat, yang mewujudkan sikap baru terhadap Eropah Timur dan Jerman Timur. | |
| 1972 | tiada | ||
| 1973 | Henry A. Kissinger Lê Ðức Thọ (menolak penghormatan) |
Perjanjian damai Vietnam | |
| 1974 | Seán MacBride Eisaku Sato |
Presiden Biro Keamanan Antarabangsa Suruhanjaya Namibia di PBB. | |
| 1975 | Andrei Dmitrievich Sakharov | Berkempen untuk hak asasi manusia | |
| 1976 | Betty Williams Mairead Corrigan |
Pengasas-pengasas Pergerakan Keamanan Ireland Utara (kini Komuniti Pencinta Keamanan). | |
| 1977 | Amnesty International | Berkempen menentang penyeksaan | |
| 1978 | Mohamed Anwar Al-Sadat Menachem Begin |
kerana berunding untuk keamanan Mesir dan Israel | |
| 1979 | Mother Teresa | Berkempen untuk kesedaran kemiskinan | |
| 1980 | Adolfo Pérez Esquivel | Penyokong hak asasi manusia | |
| 1981 | Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian | ||
| 1982 | Alva Myrdal Alfonso García Robles |
Wakil-wakil ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perlucutan Senjata | |
| 1983 | Lech Wałęsa | Pengasas Solidarność; berkempen untuk hak asasi manusia | |
| 1984 | Desmond Mpilo Tutu | Anti-apartheid | |
| 1985 | Ahli Fizik Antarabangsa Untuk Pencegahan Peperangan Nuklear | kerana menyebarkan maklumat sahih dan dengan mencetuskan kesedaran akibat perang atom yang membawa malapetaka.
|
|
| 1986 | Elie Wiesel | pengarang, terselamat dari Holokus | |
| 1987 | Óscar Arias Sánchez | kerana memulakan rundingan damai di Amerika Tengah. | |
| 1988 | Angkatan Pengamanan PBB | Kerana menyertai berbagai-bagai konflik sejak tahun 1956. Pada masa penganugerahan ini, 736 orang dari pelbagai bangsa kehilangan nyawa mereka dalam usaha pengamanan. | |
| 1989 | Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14 | kerana sentiasa menentang penggunaan kekerasan dalam perjuangan rakyat beliau untuk mendapatkan kembali kebebasan mereka. | |
| 1990 | Mikhail Sergeyevich Gorbachev (Михаи́л Серге́евич Горбачёв) |
"kerana peranan utama beliau dalam proses damai yang mencirikan bahagian-bahagian penting dalam masyarakat antarabangsa hari ini" | |
| 1991 | Aung San Suu Kyi | "kerana perjuangan beliau tanpa kekerasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia" | |
| 1992 | Rigoberta Menchú | "sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau untuk keadilan sosial dan etno-kebudayaan perdamaian berasaskan rasa hormat kepada hak kaum-kaum pribumi" | |
| 1993 | Nelson Mandela Frederik Willem de Klerk |
"kerana usaha mereka untuk pemansuhan rejim apartheid secara aman, serta menyediakan asas untuk Afrika Selatan yang baru dan demokratik" | |
| 1994 | Yasser Arafat (ياسر عرفات) Shimon Peres (שמעון פרס) Yitzhak Rabin (יצחק רבין) |
"kerana usaha mereka untuk membawa keamanan ke Timur Tengah" | |
| 1995 | Joseph Rotblat Persidangan Pugwash mengenai Sains dan Hal Ehwal Sedunia |
"kerana usaha mereka untuk mengurangkan peranan yang dimainkan senjata nuklear dalam politik antarabangsa dan, dalam jangka masa panjang, menghapuskan semua senjata sedemikian" | |
| 1996 | Carlos Filipe Ximenes Belo José Ramos-Horta |
"kerana usaha mereka ke arah penyelesaian yang adil dan damai kepada konflik di Timor Timur" | |
| 1997 | Kempen Antarabangsa untuk Pengharaman Periuk Api Jody Williams |
"kerana usaha mereka untuk mengharamkan dan membuang periuk api" | |
| 1998 | John Hume David Trimble |
"kerana usaha mereka untuk mencari penyelesaian yang damai kepada konflik di Ireland Utara" | |
| 1999 | Médecins Sans Frontières | "sebagai pegniktirafan kepada usaha kemanusiaan yang dirintis pertubuhan tersebut di beberapa benua" | |
| 2000 | Kim Dae Jung (김대중) | "kerana usaha beliau untuk demokrasi dan hak asasi manusia di Korea Selatan dan di Asia Timur secara amnya, serta khususnya demi keamanan dan perdamaian dengan Korea Utara" | |
| 2001 | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan |
"kerana usaha mereka demi dunia yang lebih teratur dan damai" | |
| 2002 | James Earl (Jimmy) Carter, Jr. | "kerana usaha beliau tanpa putus-putus selama berdekad-dekad untuk mencari penyelesaian damai kepada konflik antarabangsa, memajukan demokrasi dan hak asasi manusia, serta memupuk pembangunan ekonomi dan sosial" | |
| 2003 | Shirin Ebadi (شيرين عبادي) | "kerana usaha beliau demi demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau telah memberi tumpuan khususnya kepada perjuangan hak wanita dan kanak-kanak." | |
| 2004 | Wangari Maathai | "kerana sumbangan beliau kepada pembangunan mapan, demokrasi dan keamanan" | |
| 2005 | Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed ElBaradei (محمد البرادعي) |
"kerana usaha mereka untuk mencegah tenaga nuklear daripada digunakan untuk tujuan ketenteraan dan untuk memastikan bahawa tenaga nuklear untuk kegunaan aman digunakan dalam cara yang paling selamat yang mampu" | |
| 2006 | Muhammad Yunus (মুহাম্মদ ইউনুস) Bank Grameen |
"kerana meningkatkan peluang ekonomi dan sosial untuk golongan miskin, terutamanya wanita, melalui hasil mikrokredit peloporan mereka" | |
| 2007 | Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca Albert Arnold (Al) Gore, Jr. |
"kerana usaha mereka untuk membina dan menyebarkan pengetahuan penting mengenai perubahan iklim buatan manusia, serta menyediakan asas untuk langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan perubahan sedemikian" | |
[sunting] Rujukan
- ↑ Mahatma Gandhi, the Missing Laureate, Nobelprize.org
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- The Nobel Peace Prize
- Norwegian Nobel Committee
- The Nomination Database for the Nobel Prize in Peace, 1901-1955
| Hadiah Nobel |
|---|
| Fisiologi atau Perubatan • Fizik • Keamanan • Kesusasteraan • Kimia |
|
Hadiah untuk peringatan Alfred Nobel : Ekonomi |

