Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (Bahasa Sweden: Nobelpriset i litteratur, Bahasa Inggeris: Nobel Prize in Literature) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari mana-mana negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cermelang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel.[1][2] Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal bulan Oktober.[3]
Isi kandungan |
Tatacara pencalonan [sunting]
Setiap tahun, Akademi Sweden menghantar borang permintaan pencalonan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Kesemua ahli-ahli Akademi, ahli-ahli akademi dan persatuan kesusasteraan, profesor-profesor kesusasteraan dan bahasa, bekas pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan, dan presiden-presiden pertubuhan penulis dibenarkan menamakan seorang calon kecuali diri sendiri.[4]
Beribu-ribu borang permintaan dihantar setiap tahun, memulangkan kira-kira 50 usul. Usul-usul ini mesti diterima oleh Akademi sebelum 1 Februari, selepas itu dikaji oleh Jawatankuasa Nobel. Pada bulan April, senarai pencalonan dikurangkan kepada kira-kira 20 calon, dan pada musim panas dikurangkan kepada lima calon sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya, dijalankan usaha mengkaji karya-karya calon yang layak tersebut. Pada bulan Oktober, tiba masanya ahli-ahli Akademi mengundi, dan calon yang meraih lebih separuh undian dinamakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Proses pemilihan undian ini tak banyak bezanya dengan Hadiah-Hadiah Nobel yang lain.[5]
Sejak julung kali dianugerahkan, hadiah wang tunainya ini sering berubah-ubah dan kini berada pada nilai 10 juta kronor Sweden.[6] Pemenangnya juga menerima sebutir pingat emas dan diploma Nobel serta diundang untuk bersyarah di "Minggu Nobel" di Stockholm; acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan majlis jamuan pada 10 Disember.[7]
Senarai penerima [sunting]
| Tahun | Penerima | Negara | Sebab | |
|---|---|---|---|---|
| 1901 | Sully Prudhomme | Perancis | "pengiktirafan khas kepada karangan puisinya yang membuktikan keluhuran idealisme, kesempurnaan kesenian dan gabungan ciri-ciri nurani dan daya fikir yang jarang ditemui"[8] | |
| 1902 | Theodor Mommsen | Jerman | "seniman penulisan sejarah yang teragung di dunia, khususnya kerana karya agungnya yang berjudul Sejarah Rom"[9] | |
| 1903 | Bjørnstjerne Bjørnson | Norway | "sebagai penghormatan kepada puisinya yang indah, mengagumkan dan versatil, yang sentiasa ditonjolkan oleh kesegaran inspirasinya dan kesucian semangatnya yang jarang ditemui"[10] | |
| 1904 | Frédéric Mistral | Perancis | "pengiktirafan kepada keaslian segar dan inspirasi tulen yang ada pada hasil pusinya, yang benar-benar mencerminkan persekitaran semula jadi dan semangat asli bangsanya, ditambah lagi dengan karyanya yang penting sebagai ahli filologi dari Provence"[11] | |
| José Echegaray | Sepanyol | "pengiktirafan kepada berbilang karangan cemerlang yang membangkitkna semula tradisi-tradisi drama Sepanyol yang terhebat secara tersendiri dan aslinya"[11] | ||
| 1905 | Henryk Sienkiewicz | Poland | "kecemerlangannya sebagai pengarang epik"[12] | |
| 1906 | Giosuè Carducci | Itali | "bukan sahaja disebabkan penghayatan mendalam dan penyelidikan kritis , malah penting sekali sebagai penghormatan kepada tenaga kreatif, kesegaran gaya, dan kegahirahan yang mencirikan maha karya puisinya"[13] | |
| 1907 | Rudyard Kipling | United Kingdom | "disebabkan kuasa pemerhatian, keaslian imaginasi, kejantanan pemikiran dan bakat luar biasa bagi penceritaan yang mencirikan ciptaan pengarang temasyhur di dunia ini"[14] | |
| 1908 | Rudolf Christoph Eucken | Jerman | "pengiktirafan kepada pencarian kebenaran yang bersungguh-sungguh, daya pemikiran yang tajam, pemandangan yang luas, serta kemesraan dan kekuatan dalam penyampaian agar mewajarkan dan mengembangkan falsafah idealistik dalam kehidupan dalam karya-karyanya"[15] | |
| 1909 | Selma Lagerlöf | Sweden | "sebagai penghargaan kepada idealisme tinggi, imaginasi hidup dan persepsi rohani yang mencirikan penulisannya"[16] | |
| 1910 | Paul von Heyse | Jerman | "sebagai penghormatan kepada bakat kesenian handal yang dipengaruhi idealisme yang dibuktikan melalui karjayanya yang lama dan berhasil sebagai penyajak lirik, dramatis, novelis dan penulis cerpen yang terkenal di dunia"[17] | |
| 1911 | Maurice Maeterlinck | Belgium | "sebagai penghargaan kepada kegiatan kesusasteraannya yang pelbagai segi, terutamanya karya-karya dramatisnya yang unggul kerana kekeyaan imaginasi serta ragam puisinya yang memperlihatkan inspirasi mendalam walaupun sesekali berbentuk cerita dongeng, sambil menarik hati pembaca serta merangsang imaginasi mereka secara penuh misteri"[18] | |
| 1912 | Gerhart Hauptmann | Jerman | "terutamanya sebagai pengiktirafan kepada penerbitannya yang berhasil, beraneka dan cemerlang dalam bidang seni dramatis"[19] | |
| 1913 | Rabindranath Tagore | India | "kerana rangkapnya yang amat sensitif, segar dan indah, yang mana beliau dengan begitu mahirnya telah menghasilkan fikiran puisinya yang disampaikan sendiri dalam kata-kata berbahasa Inggeris sebagai sebahagian kesusasteraan Barat"[20] | |
| 1914 | Tiada penghadiahan | |||
| 1915 | Romain Rolland | Perancis | "sebagai penghormatan kepada idealisme tinggi dalam penerbitan sasteranya serta perasaan simpati dan cinta terhadap kebenaran yang disifatkan olehnya dalam pelbagai jenis manusia"[21] | |
| 1916 | Verner von Heidenstam | Sweden | "pengiktirafan kepada betapa pentingnya beliau sebagai pemimpin zaman baru bidang kesusasteraan kita"[22] | |
| 1917 | Karl Adolph Gjellerup | Denmark | "kerana puisinya yang beraneka dan kaya yang diilhamkan oleh buah fikiran yang tinggi mengawan"[23] | |
| Henrik Pontoppidan | Denmark | "kerana gambaran kehidupan masa kini di Denmark yang serba tulen"[23] | ||
| 1918 | Tiada penghadiahan | |||
| 1919 | Carl Spitteler | Switzerland | "sebagai pengiktirafan khas kepada karya epiknya, Olympian Spring"[24] | |
| 1920 | Knut Hamsun | Norway | "karya agungnya, Markens Grøde (Pertumbuhan Tanah)"[25] | |
| 1921 | 75px | Anatole Perancis | Perancis | "pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang dalam kesusasteraan, yang dicirikan sedemikian oleh kemuliaan gaya, setia kawan yang erat sesama manusia, keanggunan, dan pembawaan keperancisan yang sejati"[26] |
| 1922 | Jacinto Benavente | Sepanyol | "kerana keceriaan kesinambungan tradisi drama Sepanyol"[27] | |
| 1923 | William Butler Yeats | Ireland | "kerana puisinya yang sentiasa berilham, yang memerikan semangat seluruh bangsa melalui nilai kesenian yang tinggi"[28] | |
| 1924 | Władysław Reymont | Poland | "kerana karya epik kebangsaan agung, bertajuk Chłopi (Petani)"[29] | |
| 1925 | George Bernard Shaw | Ireland | "kerana karyanya yang terkenal kerana idealisme dan kemanusiaan, satira perangsang yang sering disemai dengan keindahan puisi luar biasa"[30] | |
| 1926 | Grazia Deledda | Itali | "kerana penulisan yang berilhamkan idealis yang jelas menggambarkan kehidupan di pulau asalnya dan membincangkan secara amnya masalah insani dengan mendalam dan rasa simpati"[31] | |
| 1927 | 75px | Henri Bergson | Perancis | "pengiktirafan kepada buah fikirannya yang kaya dan kukuh serta kebijaksanaan yang disampaikan olehnya"[32] |
| 1928 | Sigrid Undset | Norway | "terutamanya kerana keberkesanan gambaran kehidupan di rantau Utara pada Zaman Pertengahan"[33] | |
| 1929 | Thomas Mann | Jerman | "terutamanya kerana novel agungnya, Buddenbrooks, yang semakin meraih pengiktirafan sebagai salah satu karya kesusasteraan kontemporari yang klasik"[34] | |
| 1930 | 75px | Sinclair Lewis | Amerika Syarikat | "kerana seni pemerihalan yang bersemangat dan jelas serta kebolehannya mereka jenis watak yang baru dengan penuh jenaka dan kelucuan"[35] |
| 1931 | Erik Axel Karlfeldt | Sweden | "The poetry of Erik Axel Karlfeldt"[36] | |
| 1932 | John Galsworthy | United Kingdom | "kerana seni penceritaan yang unggul yang paling menonjol dalam karya berjudul The Forsyte Saga"[37] | |
| 1933 | Ivan Bunin | tanpa kewarganegaraan, bermastautin di Perancis | "kerana kesenian tegas yang dibawanya mengikut tradisi Rusia klasik dalam penulisan prosa"[38] | |
| 1934 | Luigi Pirandello | Itali | "kerana kebangkitan semula seni dramatis dan indah yang berani dan bijaksana"[39] | |
| 1935 | Tiada penghadiahan | |||
| 1936 | Eugene O'Neill | Amerika Syarikat | "kerana kuasa, kejujuran dan emosi mendalam dalam karya-karya dramatisnya yang terkandung dalam konsep tragedi yang asli"[40] | |
| 1937 | Roger Martin du Gard | Perancis | "kerana kuasa dan kebenaran kesenian ketika menggambarkan persengketaan sesama manusia serta ciri-ciri asas kehidupan masa kini dalam kitar novelnya Les Thibault"[41] | |
| 1938 | Pearl S. Buck | Amerika Syarikat | "kerana gambaran kehidupan para petani di China yang kaya dan benar-benar agung serta maha karya biografinya"[42] | |
| 1939 | Frans Eemil Sillanpää | Finland | "pemahamannya yang mendalam mengenai masyarakat petani di negaranya serta kehalusan seninya yang menggambarkan cara hidup para petani dan hubungan antara mereka dan alam semulajadi"[43] | |
| 1940 | Tiada penghadiahan | |||
| 1941 | Tiada penghadiahan | |||
| 1942 | Tiada penghadiahan | |||
| 1943 | Tiada penghadiahan | |||
| 1944 | Johannes Vilhelm Jensen | Denmark | "kerana kekuatan dan kesuburan imaginasi puisinya yang luar biasa yang menggabungkan sifat ingin tahu berintelek yang luas pemandangannya dan gaya yang berani dan segar kreatifnya"[44] | |
| 1945 | Gabriela Mistral | Chile | "kerana puisi lirinya yang diilhamkan oleh emosi kuat dan menjulang namanya sebagai lambang aspirasi idealistik seluruh dunia Amerika Latin"[45] | |
| 1946 | Hermann Hesse | Jerman/Switzerland | "kerana penulisan berilhamnya yang semakin berani dan mendalam, sambil memberikan contoh cita-cita kemanusiaan klasik serta gaya bermutu tinggi"[46] | |
| 1947 | André Gide | Perancis | "kerana karyanya yang menyeluruh dan penting dari segi kesenian, yang mana masalah dan keadaan insan disampaikan dengan rasa cinta tanpa ragu-ragu kepada kebenaran serta pandangan psikologi yang tajam"[47] | |
| 1948 | T. S. Eliot | United Kingdom | "kerana sumbangan perintisnya yang ulung kepada puisi masa kini"[48] | |
| 1949 | William Faulkner | Amerika Syarikat | "kerana sumbangannya yang berkesan dan unik dari segi kesenian kepada pengkaryaan novel moden Amerika Syarikat"[49] | |
| 1950 | Bertrand Russell | United Kingdom | "pengiktirafan kepada karyanya yang berbagai-bagai dan penting yang mana beliau memperjuangkan cita-cita kemanusiaan dan kebebasan berfikir"[50] | |
| 1951 | Pär Lagerkvist | Sweden | "kerana semangat kesenian dan kebebasan minda sejati yang diusahakannya dalam puisinya untuk mencari jawapan kepada persoalan abadi yang dihadapi manusia"[51] | |
| 1952 | François Mauriac | Perancis | "kerana wawasan rohanian mendalam serta kesenian penuh perasaan dalam novel-novelnya yang menembusi drama kehidupan insan"[52] | |
| 1953 | Winston Churchill | United Kingdom | "kerana kemahiran memerikan sejarah dan biografi serta bijak berpidato dalam mempertahankan nilai-nilai murni kemanusiaan"[53] | |
| 1954 | Ernest Hemingway | Amerika Syarikat | "kerana kemahiran seni naratif yang baru-baru ini dibuktikan dalam karya The Old Man and the Sea (Lelaki Tua dan Laut), serta pengaruh yang digunakannya pada gaya kontemporari"[54] | |
| 1955 | Halldór Laxness | Iceland | "kerana kuasa epiknya yang hidup, yang telah memperbaharui seni naratif terulung di Iceland"[55] | |
| 1956 | 75px | Juan Ramón Jiménez | Sepanyol | "kerana puisi liriknya yang membentuk contoh semangat tinggi dan ketulenan seni dalam bahasa Sepanyol"[56] |
| 1957 | Albert Camus | Perancis | "kerana hasil sastera terpentingnya yang bersungguh-sungguh menjelaskan masalah hati nurani insan pada masa kini"[57] | |
| 1958 | 75px | Boris Pasternak | Kesatuan Soviet | "kerana pencapaian pentingnya dalam puisi lirik kontemporari dan bidang tradisi epik terulung Rusia"[58] |
| 1959 | Salvatore Quasimodo | Itali | "kerana puisi liriknya yang menyampaikan pengalaman tragis dalam kehidupan masa kini dengan berkobar-kobarnya"[59] | |
| 1960 | Saint-John Perse | Perancis | "kerana ketinggian mengawan dan imejan kenangan dalam puisinya yang mencerminkan keadaan masa kini secara khayalan"[60] | |
| 1961 | Ivo Andrić | Yugoslavia | "kerana daya epiknya yang membantunya memerikan tema dan menggambarkan takdir manusia yang dibentuk dari sejarah negaranya"[61] | |
| 1962 | John Steinbeck | Amerika Syarikat | "kerana karyanya yang realistik dan berimaginasi, menggabungkan kelucuan yang menyenangkan hati dan persepsi sosial yang tajam"[62] | |
| 1963 | Giorgos Seferis | Greece | "kerana karya liriknya yang terkemuka yang diilhamkan oleh penghayatan mendalam dalam dunia kebudayaan Yunani"[63] | |
| 1964 | Jean-Paul Sartre | Perancis | "kerana karyanya yang diperkaya dengan idea dan dipenuhi semangat kebebasan dan pencarian kebenaran, serta telah meluaskan pengaruhnya pada masa kini"[64] | |
| 1965 | Mikhail Sholokhov | Kesatuan Soviet | "kerana kuasa dan integriti kesenian yang digunakannya dalam karya epik the Don, untuk memerikan satu detik bersejarah dalam kehidupan bangsa Rusia"[65] | |
| 1966 | Shmuel Yosef Agnon | Israel | "kerana seni naratifnya yang mendalam ciri-cirinya beserta motif-motif dari kehidupan bangsa Yahudi"[66] | |
| Nelly Sachs | Jerman | "kerana karya lirik dan dramatis ulungnya yang mentafsirkan takdir negara Israel dengan keteguhan yang mengharukan"[66] | ||
| 1967 | 75px | Miguel Ángel Asturias | Guatemala | "kerana pencapaian sastera hidupnya yang berakar-umbi dalam ciri-ciri dan tradisi kebangsaan kaum Indian di Amerika Latin"[67] |
| 1968 | Kawabata Yasunari | Jepun | "kerana penguasaan naratifnya yang menyampaikan intipati fikiran Jepun dengan penuh kepekaan"[68] | |
| 1969 | Samuel Beckett | Ireland | "kerana karyanya dalam bentuk baru novel dan drama yang mengisahkan kemelaratan manusia moden"[69] | |
| 1970 | Aleksandr Solzhenitsyn | Kesatuan Soviet | "kerana daya etika yang dimiliki beliau dalam mengejar tradisi kesusasteraan Rusia yang terpenting"[70] | |
| 1971 | Pablo Neruda | Chile | "kerana serangkap puisi yang mengisahkan tindakan sesebuah daya alamiah menghidupkan takdir dan impian sesebuah benua"[71] | |
| 1972 | Heinrich Böll | Jerman Barat | "kerana karyanya yang menggabungkan sudut pandangan luas dan kemahiran perwatakan yang sensitif menyumbang kepada pembaharuan kesusasteraan Jerman"[72] | |
| 1973 | Patrick White | Australia | "kerana seni naratif epik dan psikologinya yang memperkenalkan benua baru ke dalam bidang kesusateraan"[73] | |
| 1974 | Eyvind Johnson | Sweden | "kerana seni naratif berpandangan jauh merentas rantau dan zaman demi kebebasan"[74] | |
| Harry Martinson | Sweden | "kerana karyanya yang menangkap titisan embun dan mencerminkan alam semesta"[74] | ||
| 1975 | Eugenio Montale | Itali | "kerana puisi terulungnya yang telah mentafsirkan nilai-nilai kemanusiaan dengan penuh kepekaan kesenian mengikut pandangan kehidupan tanpa ilusi"[75] | |
| 1976 | Saul Bellow | Amerika Syarikat | "kerana pemahaman insan dan kupasan terperinci mengenai budaya kontemporari yang digabungkan dalam karyanya"[76] | |
| 1977 | Vicente Aleixandre | Sepanyol | "kerana karya puisi kreatifnya yang menjelaskan keadaan insan di alam semesta dan dalam masyarakat masa kini, sambil melambangkan pembaharuan besar dalam tradisi puisi Sepanyol antara zaman perang"[77] | |
| 1978 | Isaac Bashevis Singer | Amerika Syarikat | "kerana seni naratif penuh perasaan yang berakar umbi dalam tradisi Yahudi Poland, yang menghidupkan keadaan manusia sejagat"[78] | |
| 1979 | Odysseas Elytis | Greece | "kerana puisinya yang berlatarkan tradisi Greece, yang menggambarkan perjuangan manusia moden untuk mencapai kebebasan dan kreativiti dengan keteguhan membelai rasa dan kebijaksanaan daya fikir"[79] | |
| 1980 | Czesław Miłosz | Poland Amerika Syarikat |
"dengan penuh kebijaksanaan tanpa kompromi, beliau menyuarakan keadaan manusia yang terdedah kepada dunia yang dibelenggui persengeketaan teruk"[80] | |
| 1981 | Elias Canetti | United Kingdom | "kerana karyanya yang dikenali kerana pemandangan luas, kekayaan idea dan daya kesenian"[81] | |
| 1982 | Gabriel García Márquez | Colombia | "kerana novel-novel dan cerpen-cerpennya yang menggabungkan fantasi dan realiti dalam dunia imaginasi yang diolah dengan begitu kaya, mencerminkan kehidupan dan konflik sebuah benua"[82] | |
| 1983 | William Golding | United Kingdom | "kerana novel-novelnya yang menerangkan keadaan manusia di dunia masa kini dengan kebijaksanaan seni naratif realistik serta kepelbagaian dan kesejagatan mitos"[83] | |
| 1984 | Jaroslav Seifert | Czechoslovakia | "kerana puisinya yang dikurniai kesegaran dan kekayaan daya cipta memberikan imej pembebasan semangat waja dan keserbabolehan manusia"[84] | |
| 1985 | Claude Simon | Perancis | "menggabungkan daya kreatif penyajak dan pelukis dalam novelnya dengan kesedaran masa yang mendalam ketika menggambarkan keadaan manusia"[85] | |
| 1986 | Wole Soyinka | Nigeria | "membentuk drama kewujudan dalam sudut pandangan kebudayaan yang luas dan berbau puisi"[86] | |
| 1987 | Joseph Brodsky | Amerika Syarikat | "kerana pengarangan menyeluruh yang penuh dengan kejelasan pemikiran dan puisi penuh perasaan"[87] | |
| 1988 | Naguib Mahfouz | Mesir | "membentuk seni naratif Arab yang berkenaan dengan semua manusia melalui karya-karyanya yang kaya dengan nuansa"[88] | |
| 1989 | Camilo José Cela | Sepanyol | "kerana prosa yang kaya dan intensif yang mencabar dengan membentuk bayangan kepincangan manusia dengan perasaan belas kasihan yang terkawal"[89] | |
| 1990 | Octavio Paz | Mexico | "kerana karya penuh perasaan yang berpandangan luas, dicirikan oleh kepintaran membelai rasa dan integriti kemanusiaan"[90] | |
| 1991 | Nadine Gordimer | South Africa | "yang banyak memanfaatkan kaum manusia dengan karya epiknya yang mengagumkan"[91] | |
| 1992 | Derek Walcott | Saint Lucia | "kerana karya puisi yang amat berkilauan, disokong oleh bayangan sejarah, hasil komitmen berbilang budaya"[92] | |
| 1993 | Toni Morrison | Amerika Syarikat | "menghidupkan satu aspek terpenting dalam realiti Amerika Syarikat melalui novel-novel yang bercirikan daya wawasan dan erti puitis"[93] | |
| 1994 | Ōe Kenzaburō | Jepun | "dengan daya puitisnya mencipta sebuah alam khayalan di mana kehidupan dan mitos bergabung untuk membentuk gambaran kurang menyenangkan mengenai kesusahan manusia masa kini"[94] | |
| 1995 | Seamus Heaney | Ireland | "kerana karya-karya dipenuhi keindahan lirik dan kedalaman etika, yang menyanjung tinggi keajaiban seharian dan zaman silam"[95] | |
| 1996 | Wisława Szymborska | Poland | "kerana puisi berironi persis yang membolehkan konteks sejarah dan biologi akhirnya diketahui dalam cebis-cebisan realiti manusia"[96] | |
| 1997 | Dario Fo | Itali | "mencontohi badut-badut Zaman Pertengahan untuk menakut-nakutkan golongan berkuasa serta meluhurkan martabat bangsa yang tertindas"[97] | |
| 1998 | José Saramago | Portugal | "terus membolehkan kita untuk sekali lagi memahami realiti yang sukar, dengan cerita-cerita ibarat yang ditampung oleh imaginasi, rasa belas kasihan dan ironi"[98] | |
| 1999 | Günter Grass | Jerman | "cerita-cerita hitamnya yang suka bermain-main menggambarkan air muka sejarah yang dilupakan"[99] | |
| 2000 | Gao Xingjian | Perancis/China | "kerana karya yang diisi keesahan sejagat, pandangan pahit dan kepintaran lingusitik, telah membuka ruang baru untuk pengkaryaan novel dan drama Cina"[100] | |
| 2001 | V. S. Naipaul | United Kingdom/Trinidad | "kerana telah menyatukan naratif perseptif dan penelitian tegas dalam karya-karya yang menarik kita untuk melihat kewujudan sejarah yang tersembunyi"[101] | |
| 2002 | Imre Kertész | Hungary | "kerana karya yang mendukung pengalaman individu yang rapuh menentang kekejaman sejarah"[102] | |
| 2003 | J. M. Coetzee | Afrika Selatan | "dalam berbanyak-banyak samarannya menggambarkan penglibatan pihak luar yang tidak dijangka"[103] | |
| 2004 | Elfriede Jelinek | Austria | "kerana curahan hujah-menghujah dalam novel-novel dan pementasan yang memperlihatkan ketidakmunasabahan dan penguasaan klise-klise masyarakat dengan semangat bahasa yang luar biasa"[104] | |
| 2005 | Harold Pinter | United Kingdom | "yang mendedahkan jurang di bawah perbualan seharian yang tidak tentu biji butir serta memaksa kita masuk ke dalam bilik-bilik yang ditutupi penindasan, melalui persembahan dramanya"[105] | |
| 2006 | Orhan Pamuk | Turki | "yang telah mencari lambang-lambang baru untuk pertembungan dan jalinan antara budaya dalam pencarian semangat menung hiba di bandar raya asalnya"[106] | |
| 2007 | Doris Lessing | Zimbabwe/United Kingdom | "pengkarya epik pengalaman wanita yang meneliti sebuah tamadun yang berbelah bagi dengan keraguan, semangat berkobar-kobar dan daya berwawasan"[107] | |
| 2008 | J. M. G. Le Clézio | Perancis | "pengarang kisah-kisah baru, pengembaraan puitis dan keghairahan penuh nafsu, penjelajah kemanusiaan di luar dan dalam tamadun yang memerintah"[108] | |
| 2009 | Herta Müller | Jerman/Romania | "menggambarkan keadaan orang-orang yang dirampas hartanya dengan penumpuan puisi dan keterusterangan prosa"[109] | |
| 2010 | Mario Vargas Llosa | Peru | "mengkartografi struktur-struktur kuasa dan gambaran tajamnya mengenai tentangan, pemberontakan dan kekalahan individu".[110] | |
| 2011 | Tomas Tranströmer | Sweden | "membuka laluan yang segar kepada alam nyata menerusi gambaran yang ringkas dan telus".[111] | |
Rujukan [sunting]
- "All Nobel Laureates in Literature". Nobel Foundation. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/. Capaian 2008-10-16.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/. Capaian 2007-10-13.
- ↑ John Sutherland. "Ink and Spit", Guardian Unlimited Books, The Guardian, October 13, 2007. Dicapai pada 2007-10-13.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature". Swedish Academy. http://www.swedishacademy.org/Templates/Article0.aspx?PageID=f6b62c21-7e52-408c-86f7-7eacd9144a13. Capaian 2007-10-13.
- ↑ "Nomination for the Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nomination/literature/. Capaian 2007-10-13.
- ↑ "Nomination and Selection of the Nobel Laureates in Literature". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nomination/literature/process.html. Capaian 2007-10-13.
- ↑ "The Nobel Prize Amount". nobelprize.org. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/amount.html. Capaian 2007-10-13.
- ↑ "The Nobel Prize Award Ceremonies". nobelprize.org. http://nobelprize.org/award_ceremonies/. Capaian 2007-10-13.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1901". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1901/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1902". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1902/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1903". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1903/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ 11.0 11.1 "Nobel Prize in Literature 1904". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1904/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1905". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1905/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1906". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1906/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1907". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1907/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1908". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1908/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1909". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1909/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1910". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1910/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1911". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1911/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1912". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1912/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1913". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1913/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1915". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1915/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1916". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1916/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ 23.0 23.1 "Nobel Prize in Literature 1917". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1917/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1919". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1919/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1920". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1920/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1921". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1921/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1922". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1922/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1923". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1923/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1924". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1924/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1925". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1925/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1926". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1926/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1927". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1927/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1928". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1928/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1929". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1929/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1930". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1930/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1931". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1931/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1932". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1932/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1933". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1933/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1934". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1934/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1936". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1936/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1937". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1937/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1938". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1938/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1939". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1939/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1944". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1944/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1945". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1945/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1946". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1946/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1947". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1947/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1948". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1948/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1949". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1949/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1950". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1950/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1951". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1951/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1952". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1952/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1953". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1953/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1954". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1954/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1955". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1955/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1956". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1956/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1957". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1957/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1958". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1958/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1959". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1959/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1960". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1960/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1961". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1961/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1962". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1962/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1963". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1963/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1964". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1964/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1965". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1965/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ 66.0 66.1 "Nobel Prize in Literature 1966". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1966/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1967". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1967/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1968". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1968/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1969". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1969/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1970". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1970/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1971". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1971/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1972". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1972/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1973". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1973/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ 74.0 74.1 "Nobel Prize in Literature 1974". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1974/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1975". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1975/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1976". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1976/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1977". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1977/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1978". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1978/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1979". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1979/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1980". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1980/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1981". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1981/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1982". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1982/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1983". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1983/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1984". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1984/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1985". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1985/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1986". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1986/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1987". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1987/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1988". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1988/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1989". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1989/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1990". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1990/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1991". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1991/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1992". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1992/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1993". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1993/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1994". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1994/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1995". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1995/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1996". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1996/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1997". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1997/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1998". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1998/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 1999". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/1999/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2000". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2000/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2001". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2001/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2002". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2002/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2003". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2003/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2004". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2004/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2005". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2005/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2006". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2006/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "Nobel Prize in Literature 2007". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2007/index.html. Capaian 2008-10-17.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature 2008". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2008/index.html. Capaian 2008-10-14.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature 2009". Yayasan Nobel. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2009/index.html. Capaian 2009-10-08.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature 2010". Nobel Foundation. http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2010/index.html. Capaian 2010-10-07.
- ↑ "The Nobel Prize in Literature 2011". Yayasan Nobel. http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/literature/laureates/2011/. Capaian 2011-10-06.
Pautan luar [sunting]
| Hadiah Nobel |
|---|
| Fisiologi atau Perubatan • Fizik • Keamanan • Kesusasteraan • Kimia |
|
Hadiah untuk peringatan Alfred Nobel : Ekonomi |