Hafiz Suip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hafiz AF (penyanyi))
Hafiz Suip

JBK, ABK (Sarawak)
Hafiz (kanan) bersama Cakra Khan semasa sidang media Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert.
Kelahiran
Mohd Hafiz bin Mohd Suip[1]

(1990-02-27) 27 Februari 1990 (umur 34)
Nama lainHafiz AF
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganNureffy Jesreel Abdullah (k. 2016)
Anak-anakMuhammad Riyadh Zafri
Kerjaya muzik
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Nova Music Malaysia
Pengkarya berkait
Akim
Aril
Adira
Dato' Sri Siti Nurhaliza
Misha Omar

Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia. Hafiz telah memenangi 23 anugerah dalam industri seni.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Hafiz ialah anak sulung daripada tiga adik-beradik yang berasal dari Kuching, Sarawak. Setelah menghabiskan pelajaran di SMK St Joseph, beliau menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009 setelah lulus dalam uji bakat di Kuching. Pada bulan Mei, Hafiz yang ketika itu berusia 19 tahun merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini.[2] Sebagai berkongsi kenangan dengan para peminat, Hafiz turut mengacarakan rancangan istimewa Menuju Puncak di Astro Ria tidak lama kemudian.[3]

Ketika beraksi di konsert akhir AF7, Hafiz memperkenalkan single pertamanya, "Masih Jelas", yang turut menerima sambutan hangat di radio. Bagaimanapun, lain ceritanya bagi video muzik lagu ini apabila pernah dikhabarkan terpaksa dibuat penggambaran semula kerana didapati video asalnya "kurang sesuai ditonton oleh peminat muda".[4] Apapun, lagu ini layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 anjuran TV3 pada awal tahun 2010.[5]

Pada tahun yang sama, Hafiz menjadi selebriti pertama yang menyumbangkan suaranya kepada projek alih suara Bahasa Malaysia di Cartoon Network, dengan menyuarakan watak Ben Tennyson dalam telefilem Ben 10: Alien Swarm, sekaligus mengikut jejak langkah bekas pelajar AF terdahulu dan personaliti Astro lain yang pernah menyumbangkan suara mereka kepada versi BM filem-filem seumpamanya.[4] Selepas itu, beliau mengikuti rakan-rakan semusim AFnya, Aril dan Akim, serta Black dan Choo Hou Ren untuk menjayakan kempen Brand's Generasi Hebat yang menyaksikan kelima-lima mereka ini menyanyikan lagu temanya, "Juara".[6]

Hafiz juga terlibat dalam dunia teater pada Jun 2010 dengan teater berjudul KITA The Musical, melakonkan watak utama, Rahman, yang telah dipentaskan di Istana Budaya dan mendapat sambutan hangat. Produksi tersebut yang diinspirasikan oleh gagasan 1 Malaysia juga turut menampilkan Eric Lin, Michael Rao dan Adila AF sebagai teraju utama.

Single kedua dari Hafiz, ciptaan komposer ternama, Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam, berjudul Noktah Cinta semakin melonjakkan nama Hafiz dalam industri muzik Malaysia. Kejayaan terbesar beliau setakat ini adalah merangkul gelaran Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat Tempat Ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-25 pada Januari 2011.

Baru-baru ini pula, Hafiz telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Keseniaan sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 18 Mac 2011.

Hafiz yang menikahi Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016,baru sahaja menimang cahaya mata pertama ,bayi lelaki pada 31 Disember 2017 yang bernama Muhammad Riyadh Zafri.[7]

Akademi Fantasia 7[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Minggu 1 "Lagu Kita" (Aizat Amdan) 1
Minggu 2 "Cinta Ini Membunuhku" (d'Masiv) / "Toyol"(Sudirman) 1
Minggu 3 "Mat Disko" (Sudirman) 2
Minggu 4 "Cinta Ini" (Siti Nurhaliza) 2
Minggu 5 "Terlanjur Cinta" (Rossa & Pasha Ungu) 2
Minggu 6 "Nujum Pak Belalang" (Kristal) 1
Minggu 7 "Kau Yang Punya" (Najwa Mahiaddin & Malique) 1
Minggu 8 "Di Manakan Ku Cari Ganti" (P. Ramlee) 2
Minggu 9 "I Believe I Can Fly" (R. Kelly) 1
"Laskar Pelangi" (Nidji)
Minggu 10 "Kau Bunga Cintaku" (Anuar Zain) Juara
"Masih Jelas" (Hafiz)
(Lagu: Aidit Alfian / Lirik: Ad Samad)

Mania![sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Minggu 2 "Permintaan Hati" (Letto) Empayar Hijau
Minggu 4 "Someone Like You" (Adele) 1
Minggu 5 "Bukan Cinta Biasa" (Afgan) 4
Minggu 6 "Karma" (Faizal Tahir) 4
Minggu 7 "Ombak Rindu"
(Hafiz & Adira)
4
Minggu 8 "Legenda" / "Sinaran" (Sheila Majid) 2
Minggu 9 "Kaulah Segalanya" (Hazrul Nizam) 2
"My Baby You" (Marc Anthony)
Minggu 10 "Beribu Sesalan" (Shila, Ning & Jaclyn) Juara
"I Believe I Can Fly"
(R. Kelly)

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Peringkat Akhir AJL

Tahun Edisi Karya tercalon Gubahan Lirik Keputusan
2009 Ke-24 "Masih Jelas" Aidit Alfian Ad Samad Finalis
2010 Ke-25 "Noktah Cinta" Ajai Ad Samad Tempat Ketiga
Vokal Terbaik
2011 Ke-26 "Awan Nano" Dato' M. Nasir Buddhi Hekayat Juara Lagu
Vokal Terbaik
2012 Ke-27 "Ku Akui" Ajai Tempat Ketiga
Vokal Terbaik
2013 Ke-28

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  1. Masih Jelas (2009)
  2. Hafiz (2012)
  3. Luahan Hati Anak Seni (2013)

Single[sunting | sunting sumber]

Solo

Tahun Judul Album
2009 "Masih Jelas" Masih Jelas
2010 "Nokhtah Cinta"
"Lebih Dewasa" OST Kau & Aku 2
"Memori & Memori"
2011 "Awan Nano" Masih Jelas
"Untuk Kamu" OST Ombak Rindu
2012 "Watak" Hafiz
"Kita Satu" Single
"Ku Akui" Hafiz
2013 "Bahagiamu Deritaku"
"Patah Hati" Luahan Hati Anak Seni
2014 "Kesimpulan"
"Matahari"
2016 "Andai" Single
2017 "Kejar"
"Lepaskan Ku Pergi" OST Pinjamkan Hatiku
2018 "Hari Ini Dalam Sejarah" Single
2019 "Kisah Cinta Kita" OST Dia Menantu Rahsia
2020 "Sinar Cinta" OST Seindah Tujuh Warna Pelangi
2021 "Takluk Cinta" OST Saat Kau Takluk Cinta Ini
2023 "Terus Bersinar" OST Surat Dari Tuhan

Duet/Kolaborasi

Tahun Judul Bersama Album
2009 "Sehati Berdansa" Farhan Azizan Lagu tema Sehati Berdansa
"Juara" Akim, Aril, Black & Chou Hou Ren Lagu tema Iklan Brands Generasi Hebat
2010 "Mari Menari" Adira Lagu tema Mari Menari
"Apizz Soeppp Aku Selalu Tersenyum" Anak Salim Single
2011 "Ombak Rindu" Adira OST Ombak Rindu
2012 "Sandarkan Pada Kenangan" Mimi Sham OST Azura 2012
"Muara Hati" Dato' Sri Siti Nurhaliza OST Adam & Hawa
2013 "Salahkah" Dato' Sri Rossa OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2015 "Untuk Cinta" Adira OST Pilot Cafe
"Inspirasi" Faizal Tahir Single
2016 "Terimaku Seadanya" Misha Omar OST Uda & Dara
2017 "Aku Negaraku" Jaclyn Victor Single
2020 "Takdir Tercipta" Adira OST Lelakimu Yang Dulu
2021 "Berakhirlah Pencarianku" Ernie Zakri OST Kisah Cinta Kita

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010–2011 Kau & Aku 2 Hafiz Astro Ria Drama pertama
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Jamal Astro Oasis Episod: "Fitnah"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2010 (AIM17) Lagu Pop Terbaik Masih Jelas Masih Jelas Tercalon Yuna - Dan Sebenarnya
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Tercalon Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor - Cinta Ada
2012/2013 (AIM20) Album Terbaik Luahan Hati Anak Seni Menang
Rakaman Album Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Bahagiamu Deritaku Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Mungkinkah (Penggubah: AG Coco) Tercalon Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - Bila Resah
2013/2014 (AIM21) Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara Salahkah (duet bersama Rossa) Menang

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2009 (AJL24) Masih Jelas Masih Jelas Aidit Alfian Ad Samad Terbuka Tercalon
2010 (AJL25) Noktah Cinta Ajai Sheikh Qalam Terbuka Menang
Tempat Ketiga
Vokal Terbaik Menang
2011 (AJL26) Awan Nano M. Nasir Budi Hekayat Terbuka Menang
Juara Lagu
Vokal Terbaik Menang
2012 (AJL27) Ku Akui Ajai Ajai Terbuka Menang
Tempat Ketiga
Vokal Terbaik Menang
2013 (AJL28) Bahagiamu Deritaku Luahan Hati Anak Seni LY Baiduri Terbuka Menang
Juara dan persembahan terbaik
2014 (AJL29) Matahari Ajai Transformers Melayu Terbuka Tercalon
2016 Terimaku Seadanya Tempat Kedua Menang
2020 (AJL34) Kisah Cinta Kita Kisah Cinta Kita Ikhwan Fatanna & Ayden Ali Dato' A. Aida Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik Menang

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2011 Artis Lelaki Terbaik Masih Jelas Tercalon Faizal Tahir - Adrenalin
Lagu Terbaik Malaysia Nokhtah Cinta Tercalon Hafiz - Awan Nano
Awan Nano Menang
Lagu Terbaik Menang
2013 Artis Lelaki Terbaik Bahagiamu Deritaku Luahan Hati Anak Seni Tercalon Judika - Aku Yang Tersakiti
Lagu Terbaik Malaysia Tercalon Shila Amzah - Masih Aku Cinta
Muara Hati (bersama Dato' Siti Nurhaliza) Tercalon
Duo / Kolaborasi Terbaik Menang
Lagu Serantau Paling Popular Menang
Artis Serantau Paling Popular Menang
Ikon Media Sosial Tercalon Sleeq
2014 Kolaborasi Terbaik (Artis) Salahkah (duet bersama Dato' Rossa) Tercalon Altimet ft. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya
Duo / Kumpulan Terbaik Menang
Artis Terbaik (Lelaki) Matahari Luahan Hati Anak Seni Tercalon Judika - Mama Papa Larang
Artis Paling Popular APM Tercalon NOAH
Ikon Media Sosial Tercalon Taufik Batisah

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2009 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2011 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2012 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2013 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2014 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2018 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2019 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Adira) Tercalon
Lagu Paling Boom Popular (Kisah Cinta Kita) Tercalon
Lagu Paling Boom Popular (Takdir Tercipta) Tercalon
2023 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

SHOUT! Awards[sunting | sunting sumber]

Shout! Awards
Tahun Kategori Keputusan
2013 Popstar Award Menang
Power Vocal Award Menang

Kerajaan Negeri Sarawak[sunting | sunting sumber]

  •  Sarawak
    • Johan Bintang Kenyalang (JBK)
    • Ahli Bintang Kenyalang (ABK)[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bintang AF7: Hafiz, Astro. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  2. ^ Li Ee Kee (17 Mei 2009). "Hafiz Juara AF7!". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-13. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  3. ^ Syaliza Shapiansuri (16 Julai 2009). "Hafiz Kongsi Album". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  4. ^ a b Razif Rosdi (13 September 2009). "Hafiz AF7 Jayakan Animasi Ben 10". Murai.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  5. ^ Li Ee Kee (16 Disember 2009). "Debaran AJL24 Kini Bermula". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  6. ^ Miss Ayu (18 November 2009). "Giliran Hafiz Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-04. Dicapai pada 2018-01-04.
  8. ^ Zee Avi, Hafiz, Jerry Kamit terima Pingat Kebesaran Negeri Sarawak


Pautan luar[sunting | sunting sumber]