Hafiz Hamidun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hafiz Hamidun
Latar belakang
Nama lahir Hafiz Hamidun
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi,
Kegiatan berkait Kumpulan UNIC

Hafiz Hamidun atau nama penuh Mohammad Hafiz bin Hamidun merupakan seorang penyanyi nasyid Malaysia. Hafiz juga adalah bekas ahli kumpulan nasyid UNIC. Pada tahun 2007, beliau keluar daripada UNIC dan mencipta album solonya.[1] Kini beliau telah merakamkan 2 album solonya.

Isi kandungan

[sunting] Biografi

Beliau adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang lahir pada 21 September 1984. Anak ketiga daripada lima adik beradik ini mendapat pendidikan rendah di SK Changkat Jong, Teluk Intan. Kemudia beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Izuddin Shah, MRSM PDRM, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

[sunting] Penglibatan seni

Penglibatannya di dalam pelbagai kegiatan kesenian mula diperlihatkan semenjak zaman persekolahan lagi. [perlu rujukan]

  • 2002 - Naib Johan Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Nasyid KESEJADAH Sekolah Menengah
  • 2002 - Johan Pidato Pra-Universiti Peringkat Kebangsaan

Setelah tamat SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya dalam jurusan Matrikulasi Sains Kemanusiaan, sebelum berpindah masuk ke Matrikulasi Undang-undang. Di situ bakat beliau dalam bidang nasyid banyak diasah melalui persembahan-persembahan dan undangan di peringkat dalaman dan luaran. Ketika di UIAM beliau disunting oleh Hijjaz Music Entertainment, sewaktu konsert Hijjaz & Inteam di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya.

  • 2003 - Album UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2003 - Album UNIC MTV Karaoke See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2004 - Album UNIC Live In Concert (Hijjaz Records / EMI)
  • 2004 - Telemovie UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2004 - Album UNIC Satu Tekad (Hijjaz Records / EMI)
  • 2005 - Album UNIC MTV Karaoke (Hijjaz Records / EMI)

Setelah tamat kontrak bersama Hijjaz Music Entertainment pada awal tahun 2006, Hafiz Hamidun telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Arteffects Production. Setelah itu beliau tampil dengan album solo sulungnya pada 20 Mac 2007 dengan menampilkan 10 buah lagu dan antara hits utama ialah Kesaktian Cinta dan Melihat Bintang.[perlu rujukan]

Disamping itu juga beliau mengacarakan pelbagai rancangan di televisyen. Antaranya ialah Forum Perdana Ehwal Islam dan U-Remaja. Beliau juga giat menghasilkan lagu-lagu untuk kegunaan televisyen sebagai Jingle dan Montaj, teaser, juga untuk artis lain.[perlu rujukan]

[sunting] Pengurusan

Alamat: Arteffects International,
B3A3, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Malaysia
Telefon : +603-7496 1297 | Faksimili : +6013-30888 79

[sunting] Nota kaki

[sunting] Pautan luar