Hai-o

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hai-O Enterprise Sdn Bhd adalah sebuah syarikat besar dalam dunia perniagaan di Malaysia. Hai-O induk kepada 28 anak syarikat lain. Antaranya yang terkenal ialah Hai-O Marketing yang melaksanakan perniagaan berbilang tingkat (MLM). Hai-O Enterprise telah beroperasi di Malaysia sejak 1976 dalam bidang perubatan tradisional Cina, wain ubat dan barangan kesihatan.

Pada 1996, syarikat ini berjaya tersenarai di Papan Kedua Indeks Bursa Saham Kuala Lumpur dan pada 2007 masuk pula ke Papan Indeks Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.

Sehingga Oktober 2008, Hai-O berjaya melahirkan hampir 200 orang usahawan jutawan dalam MLM menerusi Hai-O Marketing. Memasarkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan SuperBrand dan ISO 9001.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]