Haifa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haifa (Bahasa Ibrani: חֵיפָה Ḥefa; Bahasa Arab: حَيْفَا Ḥayfā (bantuan·maklumat)[1]) merupakan bandar yang terbesar di Utara Israel dan bandar yang ketiga terbesar di negara ini, selepas Baitulmaqdis dan Tel Aviv, dengan bilangan penduduk seramai kira-kira 267,800 orang.[2][3] Bandar ini merupakan sebuah pelabuhan laut yang terletak di gairsan pantai Mediterranean Israel di Teluk Haifa, kira-kira 90 km di utara Tel Aviv, dan merupakan salah satu daripada pusat industri utama di negara ini.
Haifa dibina di lereng - lereng Gunung Carmel yang bersejarah. Ia terkenal sebagai pusat pembuatan pencelup dalam kurun ke - 3 Masihi. Majoriti penduduk Haifa hari ini adalah dari masyarakat Yahudi dan Arab. Bandar ini menempatkan Pusat Bahá'í Sedunia dan dua institusi akademik bertaraf dunia, Universiti Haifa dan Technion - Institut Teknologi Israel. Banyak syarikat teknologi tinggi seperti Intel, IBM, Microsoft, Motorola, dan Google telah membuka kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Haifa beberapa tahun kebelakangan ini.
[sunting] Bacaan lanjut
- Carmel, Alex (2002). The History of Haifa Under Turkish Rule, edisi 4th Edition, Haifa: Pardes. ISBN 965-7171-05-9. (in Hebrew)
- Shiller, Eli & Ben-Artzi, Yossi (1985). Haifa and its sites, Jerusalem: Ariel. (in Hebrew)
- Benny Morris, Birth of the Palestinian Refugee Problem
- Seth J. Frantzman The Strength of Weakness: The Arab Christians in Mandatory Palestine, unpublished M.A thesis, Hebrew University of Jerusalem.
[sunting] Bandar and universiti
[sunting] Perlancongan
32°49′U 34°59′T / 32.817°U 34.983°T / 32.817; 34.983