Hairul Azreen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hairul Azreen
Hairul di studio MeleTOP pada Januari 2015.
Kelahiran
Hairul Azreen bin Idris

(1988-04-23) 23 April 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon, pelagak ngeri, model, pengarah, penerbit
Tahun aktif2008–2023
Ketinggian1.78 m (5 ka 10 in)
PasanganHanis Zalikha (k. 2015)
Anak-anak2 (termasuk Yusuf Iskandar)

Hairul Azreen Idris (lahir 23 April 1988) merupakan seorang pelakon, pelagak ngeri, model dan pengarah lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelagak ngeri sebelum bergiat aktif sebagai pelakon, beliau merupakan Juara Fear Factor Malaysia (Musim 1) bersama Dazrin Kamarudin.

Beliau telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Bio-Nik (2009), Ponti Anak Remaja (2010), Setia Hujung Nyawa (2013) dan Misiku Kuza (2013–2014). Antara filem lakonan beliau ialah Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Pak Pong (2017) dan PASKAL (2018).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hairul Azreen dilahirkan pada 23 April 1988 di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya Idris Ali dan Habsah Desa. Beliau mempunyai adik-beradik seramai empat orang, beliau ialah anak kedua. Hairul berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau mempelajari seni mempertahankan diri Taekwondo, sekaligus menerima tali pinggang hitam serta pernah menjadi atlet Sukan Malaysia 2004 untuk kontinjen Selangor.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pada tahun 2007 Hairul bekerja sebagai tukang cat jalan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dengan bayaran RM50 sehari. Beliau pernah berdepan risiko dilanggar kenderaan yang dipandu laju ketika melakukan tugas mengecat. Beliau kemudian bertukar kerja sebagai penarik kereta bagi mereka yang tidak melangsaikan bayaran bank.[1] Selepas itu, beliau bekerja sebentar sebagai jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hairul memulakan kerjaya awalnya sebagai pelagak ngeri untuk beberapa filem tempatan.[4] Drama pertama lakonannya ialah menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin, Rona Roni Makaroni yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Sharifah Sofia, Wan Sharmila, Bront Palarae dan Azma Aizal Yusoof. Ia diikuti oleh peranan pembantu dalam siri drama cereka sains Bio-Nik lakonan Kamal Adli pada 2009.

Hairul kemudiannya bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi drama seram misteri Ponti Anak Remaja lakonan Liyana Jasmay.[5] Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem Senario The Movie Ops Pocot arahan Ismail Bob Hashim lakonan kumpulan Senario. Hairul kemudian menjayakan peranan pembantu sebagai Akim dalam filem Hantu Kapcai arahan Ghaz lakonan Zizan Razak dan Remy Ishak.[6] Hairul juga muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian Najwa Latif.

Pada tahun 2013, beliau bersama pelakon Dazrin Kamarudin menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Aaron Aziz dan dinobatkan sebagai juara.[7][8][9][10] Selain itu, beliau berlakon di samping Ako Mustapha, Zed Zaidi, Zul Yahya, dan Zarina Zainuddin dalam siri 5 Bujang arahan sulung Eizlan Yusof bersiaran di Slot Cindai TV1. Ia mengisahkan tentang lima sahabat, Tarmizi, Benn, Otai, Johari dan Borhan, yang menyewa sebuah rumah tidak mempunyai pendidikan tinggi, namun mengambil berat antara satu sama lain.[11]

Hairul mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai Airiel dalam drama perubatan, Misiku Kuza yang dibintangi oleh Erin Malek dan Arja Lee. Teman wanitanya ketika itu, pelakon Faralyna Idris turut berlakon.[12] Selain itu, Hairul bersama Faralyna menjayakan peranan utama dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan lakonan Faizal Hussein. Beliau memegang watak Afiq yang berasal dari keluarga kaya dan minat perlumbaan motosikal serta gemar menari.[13] Filem ini turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally.

Beliau bersama isteri Hanis Zalikha muncul dalam rancangan Hairul & Hanis Junior yang bersiaran di Astro Ria, kemudian diikuti oleh My Little Heroes: Yusuf & Bujibu yang menampilkan anaknya, Yusuf Iskandar sebagai tunjang utama.[14][15] Hairul membintangi filem bomba pertama Malaysia, Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib.[16][17][18]

Pada 27 September 2018, Hairul merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin; beliau memegang watak sebagai Arman.[19][20] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan menerima ulasan positif daripada media.[21][22] Kembali bekerja dengan Adrian, Hairul memegang watak sebagai Hassan dalam filem WIRA yang ditayangkan pada 21 November 2019.[23]

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Adrian Teh menerusi filem Pasal Kau! yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan pengarang cerita asal. Dikeluarkan pada 1 Oktober 2020 di Netflix, ia turut dibintangi oleh Janna Nick, Amerul Affendi, Henley Hii dan Sophia Albarakbah.[24][25]

Hairul menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertama arahannya, Ada Hantu yang ditayangkan pada 13 Ogos 2021 di Disney+ Hotstar.[26][27]

Hairul mengumumkan dalam satu temubual dalam rancangan 3 Pagi Era di stesen radio Era pada 21 Ogos 2023 bahawa beliau akan bersara daripada kerjaya lakonannya selepas tepat 15 tahun. Filem Malbatt: Misi Bakara yang ditayangkan pada 24 Ogos 2023 akan menjadi filem terakhir lakonannya.[28] Beliau mengatakan tumpuan kepada keluarga dan perniagaannya menjadi sebab untuk bersara dari bidang lakonan.[29][30]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Faralyna Idris sekitar 2011 dan berhasrat untuk berkahwin dengannya.[31] Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013.[32] Beliau berkahwin dengan pelakon, pengacara dan penulis blog Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015.[33][34] Bersama Hanis, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016.

Pada 26 Januari 2018, beliau telah dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan di Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah berhubungan penyebaran rakaman video berdurasi 49 saat yang menunjukkan Hairul melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah jenis SK500, dimiliki bapa saudaranya berusia 70 tahun, yang turut kelihatan dalam video berkenaan di Kampung Parit Jerman, Sitiawan dan mendakwa aksi menembak itu dirakam dua tahun lalu dan tidak menyangka video itu tersebar luas.[35][36][37]

Beliau sekali lagi menjadi bualan hangat apabila video ‘aksi terbang’ miliknya menjadi tular di media sosial pada Februari 2018. Aksi Hairul yang menaiki eskalator dengan gaya meniarap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah mendapat kecaman daripada netizen.[38]

Hairul dilaporkan mengalami kecederaan semasa melakukan aksi terjun untuk filem Wira pada 1 Mei 2019, yang menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.[39][40] Pada 24 Mei 2019, Hairul dan isteri, Hanis Zalikha dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah; beliau turut memaklumkan yang kedua-dua anak beliau dilahirkan pada hari Jumaat.[41][42][43][44]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Senario The Movie Ops Pocot Maman Filem pertama
2012 Keramat Nasti
Hantu Kapcai Akim
2013 Gila-Gila Remaja 2 Afiq
2017 Pak Pong Muda
Pencuri Hati Mr. Cinderella Boy
2018 Qhaliq Qhaliq
PASKAL Arman Rahmat / Jerung
Operasi X Pablo
Polis EVO 2 Zul
2019 Wira Hassan
2020 Pasal Kau! Aiman Juga sebagai penerbit eksekutif dan cerita asal
2021 Ada Hantu Talha Juga sebagai pengarah dan penerbit eksekutif
2022 The Assistant Feroz
Abang Long Fadil 3 Pegawai Penjara
Ada Hantu 2 Talha Sebagai pengarah dan penerbit eksekutif
2023 Malbatt: Misi Bakara Leftenan Ismail
2024 The Original Gangster Que Pos-produksi dan Filem terakhir sebagai pelakon

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Rona Roni Makaroni Boy Astro Ria Drama pertama
2009 Bio-Nik Hairul TV3
Senandung Si Dayang
Merah Putih Beego
2010 Mahabbah De Laila Wa'ad TV9
Ponti Anak Remaja Farid Astro Ria
2011 Kali Kedua Azmi TV9
Dingin Lavenda Tajul TV3
Ahmad Albob Yang Punya Rejab
Asmara 2 Fikri
2012 Sirrun Khalid TV9
Indera Joned Aiman TV3
Setia Hujung Nyawa Ikram
2013 Anak Bertuah Lokman TV2
5 Bujang Tarmizi TV1
Misiku Kuza (Musim 1) Airiel Astro Ria
2014 Misiku Kuza (Musim 2)
Baby Ana Milik Siapa? Reza TV3
2015 Salam Dari Seoul Aiman TVi
Merah Mawar Di Kundasang Ashraf
2016 Dia Semanis Honey Adam Hazrul Astro Ria
2018 Pelangi Cinta Rahman TV3 Drama terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Siti Tivi Astro Ria
2010 Fotokopi TV2
2012 Korban Kasih Imran TV AlHijrah
2013 7 Dulang Asam Pedas TV1
Untuk Terakhir Kali Shah Astro Ria
Banglo Seksyen 2 Helmi
Syawal Buat Abang Rustam TVi
Awang Senandung Awang TV9
Aku Bukan Buaya Farell Redza TV3
2014 Penunggu Bayang Ariff Astro Mustika HD
Sayang Saranghae Remy TVi
Diari Dewi Adrian TV9
Ku Akui Wafi TV1
Bermulanya Di Sini Amir TV AlHijrah
Bibik Aku Nak Kahwin Astro Ria
2015 Ibu Mummy Mama Faiz TV2
Dalam Pelukan Ramadhan Shah Eizlan Astro Ria
2016 Jangan Ambil Botol Itu Jamal TV9
Lara Cinta Qaseh TV2
2021 Kain Kafan Berbisik Muaz

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Malaysia (Musim 1) Peserta Astro Ria berpasangan bersama Dazrin Kamarudin
Betul ke Bohong? (Musim 4) Artis jemputan Astro Warna
2014 Betul ke Bohong? (Musim 5)
2016 Hairul & Hanis Junior Dirinya sendiri Astro Ria
2017 Running Man Challenge Hydrated by 100PLUS
2018 My Little Heroes: Yusuf & Bujibu
2019 Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2018 Juri Astro Warna
2020 The Masked Singer Malaysia (musim 1) Peserta sebagai Ayam Jantan

Siniar[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2023 Studio Sembang Artis Jemputan bersama Amelia Henderson

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2011 "Cinta Muka Buku" Najwa Latif

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2014 "Semerah Mawar Merah"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Pencarian Kacak Bergaya 2008 Tempat ke-3 Menang
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Juara (bersama Dazrin Kamarudin) Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Couple MeleTOP Hanis Zalikha & Hairul Azreen Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). Kerja biasa-biasa sebelum popular Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  2. ^ "Layanan buruk artis lelaki tersemat dalam hati, Hairul Azreen ditolak gara-gara minta bergambar - "Sekarang dia datang tegur saya"". mStar Online. 2 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  3. ^ Nur Asyikin Mayudin (3 September 2023). "Artis Lelaki Pernah Hancurkan Hati Hairul Azreen". Astro Gempak. Dicapai pada 21 September 2023.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (22 Mei 2017). "'Saya Budak Rempit, Orang Susah' - Hairul Azreen". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2018.
  5. ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (20 Oktober 2010). "Ponti Anak Remaja iras Twilight". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 21 Mac 2015.
  6. ^ "Hantu Kapcai cerita selepas mati". Kosmo!. 7 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 5 Mac 2013.
  7. ^ Ana Ghoib (2 April 2013). Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Malaysian Review. Dicapai pada 8 April 2014.
  8. ^ Nor Atieyah Yusof (2 April 2013). Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Sinar Harian. Dicapai pada 8 April 2013.
  9. ^ Muzaffar Mustafa (30 Mac 2013). Hairul & Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Astro Awani. Dicapai pada 8 April 2014.
  10. ^ Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia mStar Online. Dicapai pada 8 April 2013.
  11. ^ Keletah 5 Bujang Sinar Harian (8 Januari 2013). Diperoleh pada 12 April 2018.
  12. ^ Marina Shabudin (9 Mei 2013). Misiku Kuza bukan drama biasa Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  13. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
  14. ^ Zaidi Mohamad (2 Disember 2016). "Hanis, Hairul asuh sendiri Yusuf Iskandar, demi ilmu keibubapaan". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mac 2018.
  15. ^ "Yusuf, Bujibu dalam program realiti My Little Heroes". Kosmo!. 11 Januari 2018. Dicapai pada 5 Mac 2018.
  16. ^ Lokman Hakiem Abd. Samad (3 April 2018). "Kisah anggota bomba 'Qhaliq' temui penonton 5 April". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 14 April 2018.
  17. ^ Dennis Chua (1 Jun 2018). "#Showbiz: Tough Hairul Azreen goes firefighting". New Straits Times. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  18. ^ Shazryn Mohd Faizal (20 Jun 2018). Tiada apa yang hebat tentang ‘Qhaliq’ Diarkibkan 2018-09-23 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  19. ^ Michelle Gun (14 Mac 2018). "Impian Hairul jadi nyata". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2018.
  20. ^ Asraf Aided (19 September 2018). ""Watak Itu Kontra Dengan Diri Saya, Penat Nak Lakonkan" - Hairul Azreen Kongsi Pengalaman Berlakon PASKAL The Movie". Astro Gempak. Dicapai pada 29 September 2018.
  21. ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  22. ^ Haryati Karim (29 Disember 2018). "Fasa cemerlang Hairul Azreen". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-01. Dicapai pada 25 Disember 2018.
  23. ^ Najiy Jefri (8 September 2019). Harap Wira bawa ke Hollywood Harian Metro. Dicapai pada 8 September 2019.
  24. ^ "Based on real life, Janna Nick and Hairul Azreen star in Netflix's first Malaysian original film". Malay Mail. 22 September 2020. Dicapai pada 2020-09-24.
  25. ^ "Malaysian action comedy 'Pasal Kau!' to premiere on Netflix this October". NME. 2020-09-23.
  26. ^ Fatin Farhana Ariffin (5 Jun 2021). "Filem arahan Hairul kena kritik". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
  27. ^ Khairul Zaman Khobin (4 Mei 2021). "Filem pertama arahan Hairul Azreen 'Ada Hantu' tayang eksklusif di Disney+ Hotstar". Suka Filem. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
  28. ^ "Hairul Azreen umum bersara jadi pelakon, Malbatt: Misi Bakara filem terakhir". Astro Awani. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
  29. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (21 Ogos 2023). "Pelakon Hairul Azreen umum berhenti berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2023.
  30. ^ Arif Zikri (22 Ogos 2023). "Actor Hairul Azreen announces retirement from acting to focus on family (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 21 September 2023.
  31. ^ Mohd Ifqdar Abd Rahman (7 September 2011). Hairul, Faralyna bercinta Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 April 2014.
  32. ^ Khairul Amri Hassan (9 Februari 2013). Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 9 April 2014.
  33. ^ Bercinta? kami tak sorok Diarkibkan 2018-06-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia (20 Oktober 2013). Diperoleh pada 9 April 2014.
  34. ^ Zaidi Mohamad (8 Jun 2015). Takdir terindah Hairul Azreen-Hanis Zalikha akhirnya disatukan Berita Harian. Diperoleh pada 9 April 2018.
  35. ^ Farah Suhaidah Othman (26 Januari 2018). "Hairul Azreen akui kesilapan". Berita Harian. Dicapai pada 14 April 2018.
  36. ^ Sayed Hesham Idris (26 Januari 2018). "[VIDEO] Aktor Hairul Azreen diminta tampil beri keterangan kes lepaskan tembakan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 April 2018.
  37. ^ "Actor admits to using firearm without licence". The Sun Daily. 26 Januari 2018. Dicapai pada 14 April 2018.
  38. ^ Wawann Mohd (1 Februari 2018). "Aksi 'Terbang' di eskalator, Hairul Azreen beri penjelasan". Sinar Harian. Dicapai pada 14 April 2018.
  39. ^ Farhana Ab Rahman (3 Mei 2019). "Hairul Azreen cedera lakon babak aksi". Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2019.
  40. ^ Qarami Hashim (3 Mei 2019). "Ligamen kaki Hairul Azreen putus ketika buat 'stunt' terjun dari tingkat 2". mStar Online. Dicapai pada 5 Mei 2019.
  41. ^ Feride Hikmet Atak (24 Mei 2019). "Hairul, Hanis timang anak kedua". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mei 2019.
  42. ^ "Dua anak lahir hari Jumaat: Hairul Azreen". Sinar Harian. 24 Mei 2019. Dicapai pada 25 Mei 2019.
  43. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Mei 2019). "Hairul dan Hanis dapat anak kedua". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2019.
  44. ^ Tan Mei Zi (6 September 2019). Insta-famous Malaysian kids: Actor Hairul Azreen’s baby girl surpasses 500k followers on social media The Malay Mail. Dicapai pada 22 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]