Hajjaj ibn Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siria, hajjaj bin yusuf, drahm arabo-sasanide, 695.JPG

Al-Hajjaj ibn Yusuf (Bahasa Arab: الحجاج بن يوسف‎) (lahir Jun 661M di Taif dan meninggal dunia pada 714M di Iraq) paling terkenal sebagai seorang panglima perang Kerajaan Islam Ummaiyyah. Beliau merupakan pemuda Arab yang berasal dari suku kaum Thaqafi. Oleh kerana jasanya dalam pentadbiran kerajaan yang besar, Khalifah Abdul Malik b. Marwan telah melantik belau menjadi Gabenor Hijaz, Iraq, Yamamah dan Yaman.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat asalnya Hajjaj merupakan seorang ketua pengawal keselamatan dalam negara yang bertugas di bawah seliaan Abu Zur'ah. Namun, disiplin yang diterapkan oleh Hajjaj terhadap orang bawahannya berjaya menarik perhatian khalifah Bani Ummaiyyah ketika itu iaitu Abdul Malik bin Marwan.

Setelah dilantik oleh khalifah sebagai Panglima Besar tentera kerajaan Bani Ummaiyyah, Hajjaj ditugaskan untuk menghapuskan kerajaan Hijaz pimpinan Abdullah ibn Zubair. Tugas pertama beliau adalah untuk menewaskan tentera Abdullah yang diketuai oleh saudara Abdullah sendiri iaitu Mus'ab ibn Zubair.

Setelah tentera Mus'ab tewas, beliau meneruskan strateginya untuk menamatkan riwayat kerajaan Abdullah ibn Zubair yang ketika itu berpusat di Makkah.

Apabila berjaya menewaskan kerajaan Hijaz, Hajjaj meneruskan usaha menyebarkan agama Islam dengan melancarkan beberapa ekspedisi ketenteraan.

Hajjaj ibn Yusuf berkhidmat di bawah dua orang khalifah iaitu Abdul Malik bin Marwan dan Al-Walid bin Abdul Malik.

Selepas berjaya menewaskan pemberontakan yang diketuai oleh ulama terkenal iaitu Said ibn Jubair, Hajjaj meninggal dunia akibat penyakit kecacingan.

Jasa dan perjuangannya[sunting | sunting sumber]

Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-