Hakim Abul Qasim Firdausi Tusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hakim Abul-Qasim Firdawsi Tusi (Parsi: حکیم ابوالقاسم فردوسی توسی), lebih dikenali sebagai Ferdowsi atau Firdausi, (935 - 1020) adalah pensyair Parsi yang terkenal. Beliau adalah pengarang karya Shahnameh, sebuah epik kebangsaan Parsi atau Iran.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ferdowsi dilahirkan di sebuah kampung di Tus (Baj), Khorasan. Karya Shahnameh, ("Epik Raja-Raja"), yang mengambil masa 35 tahun untuk dibukukan, dimulakan dengan kisah-kisah raja Samani di Khorasan. Ketika itu, kerajaan Samani sedang dalam proses menghidupkan semula kebudayaan Parsi. Ketika beliau berusia 23 tahun, beliau terjumpa sebuah "Shahnama" karangan Abu-Mansour Almoammari, tetapi ia tidak dalam bentuk syair. Pada masa yang sama, kerajaan [{Samani]] ditawan oleh kerajaan Ghaznavi.

Selepas 30 tahun, beliau berjaya menyiapkan Shahnama itu dan kemudiannya mempersembahka kepada raja Ghaznavi. Namun begitu, kisah-kisah raja Ghaznavi tidak bannyak diceritakan dalam karangan itu. Menurut sesetengah pendapat sejahrawan, raja Mahmud Ghaznavi menjanjikan Ferdowsi satu dinar untuk setiap dua baris syair dalam Shahnameh (jumlah keseluruhan ialah 60,000 dinar), tetapi menukar janjinya kepada dirham (maka jumlah keseluruhannya 20,000 dirham).

Ferdowsi dikatakan wafat sekitar 1020 di dalam kemiskinan pada umur 90 tahun. Beliau dikebumikan di laman rumanya sendiri. Pada tahun 1925, Shah Reza membina sebuah makam beliau bagi memperingati jasa beliau.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]