Halim Perdana Kusuma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halim Perdana Kusuma

Halim Perdana Kusuma (18 November 1922 - 14 Disember 1947; namanya juga dieja sebagai Halim Perdanakusuma) merupakan seorang pahlawan dari Sampang,Indonesia.

Semasa perang antara Belanda dengan Indonesia di Sumatera pada tahun 1948, Halim dan Marsma Ismayudi telah diarahkan membeli kelengkapan senjata di Thailand. Kedua-dua mereka memandu sebuah kapal terbang jenis "Enderson". Kapal terbang itu dipenuhkan dengan pelbagai senjata api, termasuk karbin, sten-gan, pistol dan bom tangan.

Dalam perjalanan pulang, kapal terbang mereka terhempas kerana cuaca buruk. Bangkai kapal terbang ditemui di sebuah kawasan hutan berhampiran dengan Lumut, Perak. Pasukan penyelamat hanya menemui jasad Halim sahaja. Sebaliknya Ismayudi tidak dijumpai dan tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang. Begitu juga dengan pelbagai kelengkapan senjata api yang dibeli mereka di Thailand, tidak diketahui ke mana perginya.

Jasad Halim kemudian dikebumikan di Gunung Mesah, tidak jauh dari Gopeng, Perak. Ada ramai orang Sumatra, keturunan Rawa di Gunung Mesah. Beberapa tahun kemudian, kuburnya digali semula oleh orang Indonesia dan dibawa balik ke Indonesia dan dikebumikan di Kalibata, Jakarta.

Bagi merakamkan jasa Halim, sebuah lapangan terbang di Indonesia dinamakan dengan nama beliau, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma. Selain itu, kapal perang KRI Abdul Halim Perdanakusuma turut dinamakan bersempena beliau.

Nasib Ismayudi tidak diketahui. Ketika Perjanjian Haadyai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1989, seorang Indonesia turut muncul dalam gencatan senjata tersebut. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) mengesyaki komunis warga Indonesia tersebut ialah Ismayudi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Ekslusif, 24 Disember 1989.