Halim Saad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dato Seri Wira Halim Saad dikenali sebagai ahli perniagaan terkemuka yang memimpin Renong / UEM Group dari tahun 1985 hingga 2001. Kumpulan Renong / UEM adalah syarikat korporat terbesar di Malaysia pada masa itu, dengan pelaburan di hampir setiap sektor utama di Malaysia; dari konsesi Lebuhraya, konsesi Jambatan, Hotel, Hospital, Produk Farmasi, Telekomunikasi, Transit Aliran Ringan, Bas, Pembangun Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Kompleks Sukan Negara Malaysia, Rangkaian Televisyen & Media dan juga Media Cetak. Setelah meninggalkan Renong / UEM Group pada tahun 2001, Tan Sri Halim Saad mengasaskan Markmore Group yang mempunyai pelaburan di dalam dan luar negara. Portfolionya termasuk; Petroliam & Gas - Eksplorasi dan Pengeluaran, Konsesi Perlombongan, Tenaga, Pembinaan dan Pembangunan Hartanah, Pusat Membeli-Belah REIT, Infrastruktur Telekomunikasi, Pendidikan, Pengurusan Hartanah, Perkhidmatan Pengurusan Aset.


My Story by Tan Sri Halim Saad

https://www.youtube.com/watch?v=1uNFerUXKec

2015 World Class New Zealand Awards - Halim Saad

https://www.youtube.com/watch?v=kmXzeYvqiXQ

UTeM’s new pro-chancellor

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/09/halim-saad-appoitned-utems-new-pro-chancellor/1948483

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Halim berkahwin dengan Noraini Zolkifli pada tahun 1979. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Nor Syahadah, M. Taqiuddin, dan Nor Sabrina. Pada bulan Oktober 1995, mereka ke mahkamah untuk mengesahkan perceraian namun telah ditarik permohonan. Pada tahun 1997, Puan Sri Norani Zolkifli mengemukakan permohonan perceraian kepada Tan Sri Halim Saad, yang melibatkan tuntutan perceraian sebanyak RM500 juta, iaitu anggaran 10% daripada aset Tan Sri Halim Saad pada masa itu.

https://www.wsj.com/articles/SB838669790143359500

https://www.klik.com.my/item/story/2727629/renong-chief-s-divorce-hearing-on-july-31

Rangkaian[sunting | sunting sumber]

Halim Saad sering dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Pada masa pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, beliau berfungsi sebagai ahli perniagaan bumiputra yang membiayai operasi UMNO. UMNO ketika itu merupakan parti politik paling dominan di Malaysia. Beliau juga didapati menyalurkan dana untuk pembelian tanah Bangunan UMNO/PWTC yg ketika itu dimiliki Tengku Razaleigh Hamzah. Selain itu, syarikat-syarikat milik UMNO yang mengalami kerugian berbillion ringgit sering dijual kepada Halim Saad.

Anugerah & Pingat[sunting | sunting sumber]

Malaysia: Komandan (P.S.M.) Membawa gelaran 'Tan Sri'

Malaysia: Lain-lain - (P.S.M), (S.S.A.P), (S.P.M.P), (D.C.S.M), (S.I.M.P), (D.P.M.P), (D.S.A.P)

New Zealand: Anugerah New Zealand Bertaraf Dunia - Rakan New Zealand

Benin: Konsulat Kehormat Benin

UEM

Pada tahun 1984, United Engineers Malaysia (UEM) adalah sebuah syarikat yang merosot/kerugian. Ketika itu, Halim Saad telah bertindak membeli majoriti saham syarikat tersebut. Halim Saad menggunakan syarikat berikut sebagai platfom untuk membida projek terbesar di Malaysia pada masa itu, iaitu projek Lebuhraya Utara Selatan sejauh 800km. UEM memenangi tawaran tersebut dan dianugerahkan konsesi pada tahun 1986. UEM kemudian, menubuhkan syarikat baru bernama PLUS untuk melaksanakan projek konsesi tersebut. Skala risiko dan size kontrak seperti itu tidak pernah dijalankan oleh mana-mana syarikat di Malaysia pada masa itu. Gambarannya, PLUS bertanggungjawab membina jalan raya dari Thailand ke Singapura dalam masa 7 tahun termasuk mengoperasikan dan menyelenggarakannya. Tugas itu merangkumi pembiayaan dan pembinaan 300 Jambatan, 70 persimpangan jalan, 40 tempat awam dan 18 kawasan rehat dan perkhidmatan. Terdapat kira-kira 100 kontrak utama dan 400 kontrak kecil yang dimeterai oleh PLUS dengan kontraktor tempatan. Walaupun terdapat risiko bahawa kontraktor tempatan tidak berpengalaman, gambaran yang lebih besar adalah bahawa ia memberi peluang kepada kontraktor Melayu/BumiPutera serta bukan bumiputera untuk mencuba 'Cabaran Baru' dan mengembangkan kepakaran mereka. Projek ini telah disiapkan pada bulan September 1994, iaitu 1 tahun lebih awal dari jadualnya. Ini secara langsung mengubah lanskap Semenanjung Malaysia dengan sistem infrastruktur baru dan menjadi dorongan utama pembangunan dan pertumbuhan ekonomi seluruh negara. Ini memperlihatkan perhubungan antara negeri dan bandar bandar berlaku pada tahap yang baru.


UEM / Renong

Antara tahun 1988 hingga 1993, UEM telah membeli dan membina sebanyak 29 syarikat lain bagi memastikan bekalan dan perkhidmatan penting bagi pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya PLUS tersedia pada harga dan kualiti yang paling baik. Strategi ini dilaksanakan bagi menjalankan operasi disamping mencapai keuntungan yang optimum. Pada tahun 1990, Renong dilihat mememeteraikan perkongsian dengan UEM, iaitu PLUS termasuk semua syarikat lain yang berkaitan dengan struktur asas organisasi disatukan dibawah satu organisasi. Renong terus berkembang pesat, menjadi wajah Korporat Malaysia. Menjelang tahun 2001, Renong didapati memegang saham utama dalam 14 syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia. Antaranya, Cement Industries of Malaysia dan HoHup Construction, Mudajaya Construction dan Time DotCom. Time merupakan syarikat pertama yg membawa Fiber Optic ke Malaysia.


Opus International

Pada 1996, pembelian penting Halim Saad adalah Opus International Consultants Ltd dari New Zealand. OPUS pada awalnya merupakan entiti di bawah Kerajaan New Zealand, Kementerian Kerja Raya dan Pembangunan. Ia diswastakan Halim Saad melalui Syarikat Kinta Kellas. OPUS ketika itu, menjalankan lebih daripada 100 projek di 20 buah negara. Pada tahun 2002 dan 2006, OPUS diiktirafkan sebagai 'Pengekspot Perkhidmatan Perdagangan & Perusahaan New Zealand ke Pasaran Antarabangsa'. Secara langsung, OPUS juga dinobatkan sebagai Pengeksport Tertinggi Perdagangan New Zealand.


Projek Nasional Lain Lain

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Kompleks Sukan Negara

Jambatan Kedua Malaysia Singapura

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ - Malaysia Singapura)

Kabel Fiber dan Kabel Kapal Selam 3600Km - Time Dot Com

Transit Aliran Ringan Kuala Lumpur - PUTRA

Prolink (Kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia) - 24000 ekar

Kemaman Bitumen Company

Cement Industries Malaysia

Kualiti Alam

New Straits Times

Phamarniaga


Kumpulan KYS

Kebanggaannya dalam bidang/institusi pendidikan adalah Kolej Yayasan Saad (Saad Foundation College) dan Kolej Matrikulasi Yayasan Saad (Kini dikenali sebagai Kolej Yayasan UEM). Ia dibina untuk mengenang jasa arwah ayahnya . Kedua-dua institusi ini terkenal dengan keputusan terbaik dalam peperiksaan mahupun sijil perakuan. Selain itu, sekolah/kolej KYS terkenal dengan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti ragbi, bola jaring, coding(programming) dan juga orkestra. Pasukan KYS Orchestra dikehendaki Tan Sri Halim Saad agar membuat persembahan di seluruh Malaysia termasuk menyertai jemputan jemputan luar negara.

Antara Program Latihan dan Biasiswa Halim Saad lain, yang mencerminkan visi dan pengalamannya; RMTS dan RGSTF.

https://en.wikipedia.org/wiki/Kolej_Yayasan_Saad


Kumpulan Markmore

Kumpulan Markmore adalah syarikat swasta milik Halim Saad selepas era Renong / UEM.

Antara sektor yang terlibat:

1. Pendidikan

2. Pembinaan

3. Pembangunan Hartanah

4. Mineral, Petroliam & Gas

5. Tenaga Boleh Diperbaharui

6. Infra Telekomunikasi

7. REIT - Pusat Membeli-Belah

8. Perkhidmatan Pengurusan Hartanah

9. Kewangan - Perkhidmatan Pengurusan Aset

10. Pertanian & Akuakultur

Rujukan[sunting | sunting sumber]