Haliza Misbun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haliza Misbun
Kelahiran (1972-05-15) 15 Mei 1972 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1990–kini
PasanganMatthew John Rodgers (k. 2022)
KeluargaRozana Misbun (adik)
Amanda Misbun (adik)

Haliza Misbun (lahir 15 Mei 1972) merupakan pelakon yang berasal dari Malaysia yang menempa nama pada era 1990an. Beliau merupakan pemenang anugerah pelakon terbaik di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Cinderella (1998), Kiranya Ku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005). Bakat beliau mula dikesan oleh pelakon dan pengarah veteran terkenal Rahim Razali. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular tahun 1998.[1]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Nama Haliza Misbun mula mendapat perhatian setelah muncul dalam pementasan teater arahan Rahim Razali yang berjudul Kelas 2020. Sebagai bakat baru, peluangnya untuk berganding bersama Rahim, Ahmad Tarmimi Siregar dan Erma Fatima tidak disiakan. Seterusnya beliau dilamar untuk menyertai siri TV Naik Tangga Turun Tangga bersama Rubiah Suparman, Hani Mohsin dan Azwan Ali pada tahun 1990 ketika baru berusia 18 tahun. Rahim seterusnya menyunting Haliza untuk membintangi filem arahannya yang berjudul Abang 92. Bakatnya mula disebut-sebut apabila memberi lakonan cemerlang sebagai gadis kampung yang dilacurkan dalam drama Korban pada tahun 1994. Menerusi watak tersebut, beliau dicalonkan untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin.

Puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Setelah drama Korban, nama Haliza Misbun mula diletakkan sebaris dengan pelakon TV wanita popular yang lain. Beliau muncul dalam puluhan drama TV yang mendapat rating yang tinggi. Dua buah drama lakonannya sebagai pelakon penyokong kepada dua primadona filem Melayu iaitu Tumirah (1998) bersama Fauziah Ahmad Daud dan Odisi (1998) bersama Erma Fatima menaikkan lagi nama beliau apabila memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin edisi 1998 dan 1999 secara berturut-turut. Popularitinya mencapai kemuncak apabila muncul dalam drama bersiri Cinderella terbitan Kuasatek Pictures bersama Ahmad Idham pada tahun 1998. Drama tersebut mendapat rating yang cukup tinggi di TV3 dan menjadi antara drama TV paling malar segar dalam sejarah drama TV Melayu. Pada tahun 1998, Haliza berjaya meraih anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Di layar perak pula nama Haliza tidak begitu disebut-sebut, setelah muncul dalam filem Scoop (1996), Haliza lebih berminat untuk fokus di kaca TV sahaja.

Era Eksklusif[sunting | sunting sumber]

Mencecah usia 30 tahun, Haliza lebih memfokuskan kepada bidang penerbitan menerusi produksinya Halle Pictures. Banyak produksi yang diterbitkannya seperti Roy Rohaya, Kembalikan Amanda dan filem Andartu Terlampau.[2][3][4] Dalam pada itu beliau juga melanjutkan pelajaran dalam bidang guaman di Universiti Islam Antarabangsa. Sejak itu kelibatnya di kaca TV menjadi agak eksklusif kerana tidak lagi kerap seperti di era 1990an. Biarpun begitu, sesekali muncul lakonan Haliza tetap mendapat pujian pengkritik. Buktinya, selain drama Korban, beliau mendapat tiga lagi pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Villa Murni (2001), Lebih Bisa Dari Jelatang (2006) dan Kembalikan Amanda (2008). Pada tahun 2005 beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin Angkasa menerusi drama arahan Erma yang berjudul Sumaiyah.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Haliza merupakan kakak ipar kepada pelakon dan rocker terkenal Awie setelah superstar itu mengahwini adiknya Rozana Misbun. Seorang lagi adik Haliza iaitu Amanda Misbun juga bergelar pelakon. Dalam usia meniti 40an, Haliza masih belum bertemu jodoh.[6][7]

Beliau sering digosipkan bersama pelakon lelaki yang berlakon bersamanya. Ketika muncul dalam drama Cinderella, ramai yang memperkatakan hubungan mesranya bersama pasangan lakonnya Ahmad Idham kerana adegan cumburayu yang disifatkan "terlebih". Haliza juga pernah bermain tarik tali dengan media apabila beliau dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Indonesia, Ari Wibowo pada tahun 2003. Setelah Ari menikahi wanita senegara, Haliza dilihat senang berdampingan dengan lelaki asing.[8]

Beliau mengarang novel pertamanya bertajuk Cinta Rimau yang diterbitkan pada September 2013.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Abang 92 Adibah Filem pertama
1996 Scoop Tania Aziz
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Nik Melati Sukma
2017 Pencuri Hati Mr. Cinderella Nurul Penampilan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Selamat Pengantin Baru Dato TV3
1998 Tumirah Tumirah
Airmata Ibu Siti
1999 Antara Dua Darjat
2002 Mangkuk Tingkat
2003 Rohaya Roy Rohaya / Roy
2008 Kembalikan Amanda Erika Astro Ria
2014 Lilinkah Aku
2016 Kembali Kepada Fitrah TV2
2020 Pemuja Rahsia TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993 Korban
1995 Mendepang Arus
1997 Tumirah
1998 Cinderella Nurul TV3
Odisi
2000 Villa Murni
2001 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dirinya sendiri TV3 Episod: "Bakat"
Kiranya Ku Tahu Suraya
2003 Gerak Khas (Musim 3) Inspektor Jeslina TV2
2004 Masih Ada Cinta Farah TV3
2005 Sumayyah
2006 Lebih Bisa Dari Jelatang 
2008 Obsesi Dr. Suriani TV3
2017 Semusim Rindu Datin Nasriah Astro Prima
Meh Sandar Lagi Syarifah Aleya TV3
My Sweet Lavender Kalsom TV9
Selamat Malam Tan Sri Datin Suhaila TV2
2018 Papa Nak Menantu Isteri Pak Saad TV3
Kelip-kelip Di Kota London Datin Maream
2019 Sara Sajeeda Jasmin TV3
2021 Di Sebalik Kasyaf Falqa
2022 Juliet Mina TV1
2023 Pemburu Rahsia Suraya TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1996 Bina Minda TV1
2000 Melodi Pengacara TV3

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haliza Misbun tidak goyang dengan kritikan Astro Awani (23 Julai 2017). Diperoleh pada 29 Januari 2018.
  2. ^ Siti Azira Abdul Aziz (29 April 2010). "Haliza Tiada Niat Seksi Dalam Andartu Terlampau…". mSTAR Online. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  3. ^ "Andartu terlampau membosankan!". Utusan Malaysia. 20 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  4. ^ Haryati Karim (6 Mei 2010). "Tidak sengaja dedah 'aset'". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  5. ^ "Haliza Misbun Dakwa Pelakon Sekarang Tiada Ilmu Lakonan, Hanya Popular". Rotikaya. 24 Julai 2013. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  6. ^ Faten Saphilla Isa (18 Ogos 2013). "Haliza Misbun anggap kahwin bosan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (25 September 2013). "Kekasih Pernah Tinggalkan Haliza Misbun Kerana Status". mSTAR Online. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  8. ^ Hasbullah Awang Chik (13 April 2017). "Haliza Misbun kembali, tidak mahu gandingan pelakon 'kayu'". Projek MMO. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  9. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (29 September 2013). "Cinta Rimau kisah peribadi - Haliza". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  10. ^ Diyanatul Atiqah Zakarya (27 Oktober 2013). "Cinta Rimau hasil ilham hidup Haliza". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-29. Dicapai pada 28 Januari 2016.
  11. ^ Haliza Misbun (29 September 2013). Cinta Rimau. Merpati Jingga. ISBN 9789670584027.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]