Halua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Halua ialah sejenis kuih , makanan yang amat manis . Warnanya agak jernih dan bersih. Halua dibuat daripada buah kundor atau buah betik . Buah itu dibuang kulit, direbus untuk membuang rasa kelat dan pahitnya. Kemudian dihiris-hiris menjadi beberapa bentuk . Contohnya daun dan diukir awalarat. Kepingan tadi direbus dengan air gula atau gula batu. Setelah beberapa hari, manis gula meresap dalam kepingan kundor tadi dan bolehlah dimakan. Namanya ialah halua. Ia sejenis makanan tradisional orang Melayu terutama di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.


Halua telah dikomersialkan oleh usahawan Cina. Mereka membuat halua daripada isi kelapa dan dipotong halus-halus. Ini kerana harga kelapa murah dan bekalan sentiasa ada.