Hamam (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hamam
Pengarah Ferzan Özpetek
Pengarang Ferzan Özpetek
Muzik Aldo De Scalzi
Pivio
Sinematografi Pasquale Mari
Penyuntingan Mauro Bonanni
Pengedar Pengeluaran Strand
Mula ditayang 1997
Tempoh ditayang 94 min
Negara Itali, Turki, Sepanyol
Bahasa Itali, Turki
Rujukan IMDb

Hamam (Il Bagno Turco, juga dikenali sebagai Steam: The Turkish Bath)[1] adalah sebuah wayang Itali/Turki/Sepanyol 1997 diarah oleh Ferzan Özpetek mengenai perubahan seseorang yang dapat disebabkan oleh sesetengah tempat.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Francesco (Alessandro Gassman) dan Marta (Francesca d'Aloja) adalah sepasang suami isteri Rom yang gemuruh yang menjalankan sebuah firma reka bentuk kecil. Perkahwinan mereka, pada suatu nasa merupakan yang terpenting pada mereka, menjadi semakin kurang penting, dengan Francesco hilang minat pada Marta, membiarkan Marta untuk memulakan suatu hubungan dengan teman perniagaan mereka.

Kemudian mak cik Francesco, Anita, kambing hitam keluarganya, meninggal dunia di Istanbul, menyebabkannya mengembara ke sana untuk cuba cepat-cepat untuk menjual harta milik yang diwarisinya.

Keluarga itu telah mengurusi harta itu di bawah penyeliaan mak ciknya dan arahan menerimanya dengan ramah tetapi bimbangkan akan masa hadapan mereka. Anak lelaki mereka Mehmet (Mehmet Günsur) khususnya sangat berminat untuk menunjuk jalan kepada tetamu tampan mereka.

Apabila Francesco mengetahui bahawa harta miliknya itu termasuk sebuah hamam, sebuah Mandian Turki, dia tidak lagi mahu menjualnya dan sebaliknya membuat keputusan untuk membaiki hamam itu dan membukanya semula kepada orang ramai. Sewaktu kerja pengembalian ini dia memulakan hubungan kehomoseksualan dengan Mehmet

Semenrara itu, Marta telah tiba di Istanbul untuk cepat-cepat mendapatkan cerai dari Franceso tetapi menyedari betapa banyak Francesco telah berubah dari diri Romnya: Hamam dan kesayangan tidak bersyarat Mehmet adalah apa yang dia perlukan, memberikannya balik Franceso suatu tujuan dalam hidup.

Marta jatuh cinta dengan Franceso kembali, dengan Rom dan perceraian mereka hilang kepentingan baginya.

Ketidaksanggupan Francesco untuk menjual harta milik itu telah menyebabkannya mendapat musuh, hingga akhirnya dia dibunuh pada suatu hari.

Marta berkeputusan untuk tinggal di Istanbul dan menjalankan hamam tersebut, babak terakhir mencadangkan dia telah menjadi Anita kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. IMDB: Ferzan Özpetek
  2. A love affair with a city rather than with one another by Dennis Schwartz

Pautan luar[sunting | sunting sumber]