Hamid Karzai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hamid Karzai

Hamid Karzai (bahasa Pashto: حامد کرزی; lahir 24 Disember 1957) ialah presiden Afghanistan terkini dan pertama yang dipilih menerusi sistem demokrasi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hamid Karzai dilahirkan di Kandahar. Sebagai seorang daripada etnik Pashtun dan dari puak Popalzai yang berpengaruh, dia datang daripada keluarga yang merupakan penyokong kuat Raja Zahir Shah.

Dia mengambil kursus pasca-ijazah dalam sains politik di Universiti Himachal di Shimla, Himachal Pradesh, India di antara tahun 1979 hingga 1983, dan kemudian kembali bekerja sebagai pengumpul dana bagi menyokong perjuangan gerakan anti-Soviet di Pakistan semasa pencerobohan Soviet pada tahun 80-an. Selepas tumbangnya kerajaan Najibullah pada tahun 1992, dia bertugas sebagai timbalan menteri luar dalam kerajaan Burhanuddin Rabbani.

Dia berkahwin dengan Zinat Karzai pada tahun 1998 dan tidak mempunyai anak.

Taliban[sunting | sunting sumber]

Apabila pihak Taliban memasuki arena politik pada tahun 90-an, Karzai adalah salah seorang penyokong mereka. Walau bagaimanapun, dia memutuskan hubungan dengan mereka selepas tidak mempercayai hubungan mereka dengan Pakistan. Selepas Taliban menghalau Rabbani keluar dari Kabul pada tahun 1996, Karzai enggan berkhimat sebagai duta PBB mereka. Pada tahun 1997, Karzai menyertai kebanyakan ahli keluarganya di Amerika Syarikat, yang mana dia berusaha untuk mengembalikan takhta Zahir Shah. Ayahnya kemudian mati dibunuh, barang kali oleh ejen Taliban dan Karzai bersumpah hendak memusnahkan mereka.

Pemimpin Afghan[sunting | sunting sumber]

Dalam beberapa bulan selepas Serangan 11 September, Karzai bersama-sama dengan pihak Mujahideen yang setia terhadap Perikatan Utara Afghan berkerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan. Pada bulan Disember, 2001, pemimpin-pemimpin buangan Afghan berkumpul di Bonn, Jerman untuk membincangkan kepimpinan yang baru. Di bawah Perjanjian Bonn, mereka bersetuju melantik Karzaisebagai pengerusi Majlis Pentadbiran Sementara Afghan.

Pilihan Raya Presiden 2004[sunting | sunting sumber]

Hamid Karzai membuang undi semasa pilihan raya 2004.

Karzai adalah seorang calon dalam Pilihan Raya Presiden Afghanistan pada 9 Oktober 2004. Walaupun kekuarangan sokongan ramai dia memenangi 21 daripada 34 wilayah, menewaskan 22 calon yang lain. Hal ini menjadikan beliau sebagai pemimpin pertama yang dilantik menerusi sistem demokrasi.

Kontroversi timbul berikutan kegagalan menangani masalah penipuan undi. Satu siasatan oleh PBB dan berhubung dengan itu pada 3 November, suruhanjaya pilihanraya mengisytiharkan bahawa Karzai adalah pemenang tanpa saingan dengan 55.4% undi.

Karzai secara rasmi dilantik sebagai Presiden Afghanistan pada 7 Disember 2004 di satu upacara rasmi di Kabul.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikisource
Didahului oleh
Burhanuddin Rabbani
Presiden Afghanistan
Disember 2004 – sekarang
Diikuti oleh:
tiada