Hamparan elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hamparan elektronik[1], hamparan kerja atau helaian rebak[2] merupakan perisian komputer yang meniru helaian kerja kertas. Ia memaparkan banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel mengandungi sama ada teks angka abjad atau nilai nombor. Sel helaian kerja juga boleh mengandungi formula yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira dari kandungan sel lain (atau gabungan sel-sel lain) setiap kali sel tersebut dikemas kini. Hamparan kerja sering kali digunakan bagi maklumat kewangan kerana keupayaannya bagi mengira semula keseluruhan hamparan secara automatik setiap kali perubahan dilakukan pada satu sel.

Pada tahun 1971, Rene K. Pardo dan Remy Landau menghantar paten bagi algoritma berkait hamparan kerja. Visicalc biasanya dianggap sebagai hamparan kerja elektronik pertama (sungguhpun kini ia dicabar), dan ia telah membantu menukar komputer keluarga Apple II menjadi berjaya dan banyak membantu penggunaannya secara meluas. Lotus 1-2-3 merupakan pemimpin helaian kerja era DOS. Excel kini dianggap secara umum sebagai memiliki pegangan pasaran terbesar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hamparan kerja kertas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan'. Edisi Keempat.
  2. Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sejarah hamparan kerja[sunting | sunting sumber]

Maklumat umum[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan penyelidikan[sunting | sunting sumber]