Hamparan elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hamparan kerja)
Libreoffice Calc Spreadsheet
Hamparan data LibreOffice Calc.

Hamparan elektronik,[1][2] hamparan kerja atau helaian rebak[3] (bahasa Inggeris: electronic spreadsheet) merupakan perisian komputer berupa aturcara[2] yang menguruskan data secara terkumpul dan tersimpan mirip helaian kertas kerja.[4] Hamparan-hamparam ini terdiri daripada baris dan lajur bersilang membentuk sel-sel[2] dalam suatu jadual yang boleh diisi teks beraksara atau nilai nombor. Sel helaian kerja juga boleh mengandungi rumusan yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira daripada kandungan sel lain (atau gabungan sel-sel lain) setiap kali sel tersebut dikemas kini.

Hamparan kerja sering kali digunakan bagi maklumat kewangan kerana keupayaannya bagi mengira semula keseluruhan hamparan secara automatik setiap kali perubahan dilakukan pada satu sel.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hamparan kerja kertas[sunting | sunting sumber]

Penerapan dalam pengkomputan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1971, Rene K. Pardo dan Remy Landau menghantar paten bagi algoritma berkait hamparan kerja. Visicalc biasanya dianggap sebagai hamparan kerja elektronik pertama (sungguhpun kini ia dicabar), dan ia telah membantu menukar komputer keluarga Apple II menjadi berjaya dan banyak membantu penggunaannya secara meluas. Lotus 1-2-3 merupakan pemimpin helaian kerja era DOS. Excel kini dianggap secara umum sebagai memiliki pegangan pasaran terbesar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "hamparan". Kamus Dewan (ed. ke-4). ewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ a b c G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 20. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka[pautan mati kekal]
  4. ^ "spreadsheet". WhatIs.com. TechTarget. Dicapai pada 23 June 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sejarah hamparan kerja[sunting | sunting sumber]

Maklumat umum[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan penyelidikan[sunting | sunting sumber]