Hamzah Mohd Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hamzah Mohd Taib atau Kid merupakan pemain gitar utama bagi kumpulan Search.[1] Beliau mula dikenali melalui kumpulan Gersang. Setelah Hillary Ang meninggalkan Search, Kid telah menggantikan beliau sebagai lead gitaris kumpulan Search.[2]

Hamzah Mohd Taib ('Kid') mula bermain gitar sewaktu dia berusia belasan tahun. Pemain gitar ini mula serius bermain gitar bersama kumpulan Gersang sejak awal tahun 1980-an. Selepas kumpulan itu tidak aktif, Hamzah Mohd. Taib kemudiannya menyertai Search sehingga kini.

Selain bergelar pemain gitar, Kid juga sebenarnya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Anak kelahiran Selangor dan dibesarkan di Johor Bahru ini aktif menjalankan perniagaan rangkaian restoran Kopitiam Bangi sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan serta di Indonesia.

Beliau juga merupakan bapa kepada Fazlinda, dan Aaqil Naquidean, masih aktif sebagai gitaris Search. Di samping sibuk menguruskan Bangi Kopitiam dan memberi komitmen sebagai gitaris Search, Kid juga sempat meluangkan masa bagi berkongsi pengalamannya itu dengan generasi muda yangberkongsi pengalamannya bersama 12 peserta rancangan Misi 12 terbitan Astro Ria. Menerusi rancangan yang disiarkan setiap Selasa pukul 9 malam mulai 7 Februari lalu itu, Kid mencurahkan pengalamannya dalam bidang perniagaan dan muzik kepada para peserta rancangan tersebut sepanjang tujuh minggu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nasir imbas penubuhan Search
  2. ^ "Kid jadi mentor kejayaan Kopitiam, Search". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
  3. ^ "Kid jadi mentor kejayaan Kopitiam, Search". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]