Hamzah Zainudin
| Yang Berhormat Datuk Hamzah Zainuddin |
|
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 16 Mei 2013 |
|
| Didahului oleh | Anifah Aman |
|---|---|
| Digantikan oleh | penyandang |
|
|
|
| Tempoh berjawat 8 Mac 2008 – 9 April 2009 |
|
| Didahului oleh | Azizah Mohd. Dun |
| Digantikan oleh | Lajim Ukin |
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN) |
| Majoriti | 1,911 |
|
Pengerusi Felcra
|
|
| Tempoh berjawat 1 Oktober 2000 – 31 September 2006 |
|
|
|
|
| Parti politik | |
| Pasangan | Norani Abdul Rashid (cerai) |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen, Kontraktor |
| Agama | Islam |
Datuk Hamzah Zainuddin merupakan Ahli Parlimen Larut, Negeri Perak dari Barisan Nasional - UMNO yang juga Timbalan Menteri Perusahaan , Perdagangan dan Komuniti di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.
Isi kandungan |
Isu dan kontroversi [sunting]
Saman Fitnah Harakah kerana balasan lantikan semula bekas ketua eksekutif Felcra [sunting]
Pada 19 Januari 2004, beliau menyaman Ketua Pengarang Harakah dan tiga defendan lain berhubung dakwaan fitnah yang dibuat terhadapnya dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 Januari 2004. Hamzah dalam pernyataan tuntutannya lagi mendakwa, laporan berita itu telah memfitnah dirinya menerima wang sebanyak RM85,000 sebagai balasan kerana melantik semula bekas Ketua Eksekutif Felcra selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Disember 2002.[1]
Disaman Anwar kerana tuduhan mengacau isterinya [sunting]
Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap beliau, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife”.
Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.[2]
Keputusan pilihan raya [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dariPAS, Dr. Mohd. Dhari Othman dengan majoriti sebanyak 1,911 undi. Beliau memperolehi 15,878 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,967 undi.
| Tahun | Barisan Nasional | Undi | Pts | Lawan | Undi | Pts | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Hamzah Zainuddin | 15,878 | 52% | Mohd Dhari Othman (PAS) | 13,967 | 46% |
Rujukan [sunting]
- ↑ [ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm "Pengerusi Felcra saman Harakah", Utusan Online. 20 Januari 2004.]
- ↑ "Perbicaraan kes Anwar saman Timbalan Menteri Sept.". Utusan Online. 24 Februari 2008.
- ↑ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). http://thestar.com.my/election/. Capaian 2 January 2010.
