Handy Black

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Handy Black
Kulit album Handy Black, Tangan Hitam.
Latar belakang
Berasal dariJohor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock
Tahun aktif1986—2009
Laman sesawang
www.muzikrock.com/handy_black
Bekas ahliIsa Rahman - Vokal
Mahmud - Vokal
Zul - Vokal
Amar - Vokal
Lee - Gitar
Bad - Bass
Ari - Bass
Zam - Bass
Amy - Dram
Elly - Dram

Handy Black merupakan sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu Melayu.[1] Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1986.[2]

Antara lagu mereka yang dikenali ialah "Natrah" yang berdasarkan kejadian Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950-an. Lagu dari album kedua Handy Black ini telah diharamkan untuk penyiaran pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bakat mereka dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. Lagu yang dirakamkan untuk kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, Line-up mereka masa tu adalah Mahmud (vokalis) Rosli Jantan (gitaris) Badd (bass) dan Amy XPDC (dram),

Album sulung Handy Black bertajuk "Gempak" diterbitkan pada tahun 1988 menampilkan lagu hit mereka "Jenazah Cinta", dengan Isa Rahman bertindak sebagai vokalis.

Pada tahun 1989 album ke-2 Handy Black yang bertajuk "Tangan Hitam" berjaya diedarkan. Masih mengekalkan Isa Rahman sebagai vokalis, kali ini mereka telah mempertaruhkan lagu slow rock "hanya dalam lagu" sebagai singles terbaik mereka, selain lagu "Natrah".

Tapi sayangnya lagu-lagu Handy Black pada masa itu (di zaman Isa Rahman) tidak sempat untuk dibuat sebarang kompilasi sehinggalah kini. Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujuk lagu-lagu yang semacam ini la, barulah betul irama Rock Kapak.

Sesudah itu Isa Rahman telah meninggalkan Band Handy Black dan beliau telah menubuhkan kumpulan baru iaitu Garuda. Sebelum tertubuhnya kumpulan Garuda, Isa Rahman pernah juga menyertai kumpulan Crossfire, tetapi tidak lama, hanya untuk seketika sahaja, mungkin tiada keserasian.

Sementera itu kumpulan Handy Black telah kembali semula pada era 1990an bersama beberapa line-up baru. Dan hasilnya mereka berjaya menerbitkan album ke-3 Handy Black yang berjudul "Lanun Darat (1998)". Dalam album ini vokalis terawal Handy Black di era Clash Of The Bands, iaitu Mahmud telah dipanggil untuk menyertai semula kumpulan ini, setelah ketiadaan Isa Rahman.Tetapi masalah perpecahan terus menghantui karier kumpulan Handy Black ini. Dan sekali lagi Mahmud telah meninggalkan band ini untuk kali yang keduanya.

Dan dalam tahun 2000 kumpulan ini muncul semula dengan menampilkan seorang lagi penyanyi baru 'Zul'. Sementara anggota lama kumpulan ini yang masih kekal adalah Lee & Elly.

Bersama-sama dengan vokalis Zul, 3 lagi album Handy Black berjaya dirakamkan iaitu :-

album ke-4 (2000 - Sakit Kepala)

album ke-5 (2001 - Lambang Sakti)

album ke-6 (2002 - Realiti)

Zul yang mempunyai suara seakan-akan tone Awie Wings, telah berjaya mempopularkan kembali kumpulan Handy Black ini dengan lagu hitsnya "Kau Yang Bernama Seri".

Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari Handy Black dan tempatnya telah digantikan oleh Amar dari kumpulan Crash yang pernah hit dengan lagu "Mahsuri" 1st album dan Abadikan Salam 2nd album.

Amar telah dilamar oleh kumpulan Handy Black pada hujung tahun 2005 lagi untuk menggantikan tempat Zul. Oleh kerana sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, maka penangguhan penyanyi untuk Handy Black terpaksa ditunda sekali lagi untuk mencari penyanyi lain yang betul-betul berbakat.

Tetapi dengan berkat kesabaran dan kesungguhan tiga anggota asal Handy Black sehingga awal tahun 2007, Amar akhirnya dilamar kembali oleh anggota Handy Black bagi menepati citarasa kumpulan ini. Setelah dipersetujui kesemua anggota Handy Black, Amar dengan sah menganggotai kumpulan Handy Black dan kini barisan anggota Handy Black ialah Amar, Zam, Lee dan Elly.. Tahniah ya Amar.

Album ke-7 Handy Black Kronologi Mutiara Hitam dengan menampilkan vokalis Amar telah menemui para peminat sekitar tahun 2008. Setahun sesudah itu Kumpulan Handy Black telah melancarkan pula singles terbaru mereka yang berjudul "Tangan Putih (2009)". Sesudah itu kumpulan Handy Black seakan menyepi, tidak seaktif seperti dahulu lagi.

Ahli-Ahli[sunting | sunting sumber]

Vokal
  • Isa Rahman (pernah menyertai kumpulan Crossfire & Garuda)
  • Mahmud
  • Zul (Nurzul Suphia'an Sa'ban; lahir 1975)
  • Amar (Penyanyi - Bekas penyanyi kumpulan Crash)
Gitar
  • Lee (Rosli Jantan; telah menyertai kumpulan Sherox & SYJ '90)
Bass
  • Bad (lahir 1966; pernah menyertai kumpulan Scandals, Stranger, Arrow, Jump-P, G.E.T & EYE)
  • Ari
  • Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee; lahir 1970,pernah menyertai kumpulan Arena)
Dram
  • Amy (Mohamad Nasfa Mohamed Nasir; telah menyertai kumpulan XPDC, Viper & Kamikaze)
  • Elly (Mohamad Hamali Hassan; lahir 1973)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

1 Gempak (1988) = Penerbit : M Nasir Vocal  : Isa Rahman Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Bad (Md Badrulhisham Md Noorani) Drum  : Amy (Suhaimi Abu Bakar)

2 Tangan Hitam (1989) = Penerbit : M Nasir Vocal  : Isa Rahman Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Bad (Md Badrulhisham Md Noorani) Drum  : Amy (Suhaimi Abu Bakar)

3 Album Lanun Darat (1998) = Penerbit : Handy Black Vocal  : Mahmud. Gitar  : Lee (Rosli Jantan). Bass  : Ari Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan)

4 Sakit Kepala (2000) = Penerbit : Aiman & Handy Black Vocal  : Zul Black Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Ari Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan)

5 Lambang Sakti (2001)= Penerbit : Aiman & Handy Black Vocal  : Zul Black Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan)

6 Realiti' (2002)= Penerbit : Joe Wings Vocal  : Zul Black. Gitar  : Lee (Rosli Jantan). Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan)

7 Kronologi Mutiara Hitam' (2008)= Penerbit : Handy Black Vocal  : Amar Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan)

8 Tangan Putih' (2009)= Penerbit : Handy Black Vocal  : Amar Gitar  : Lee (Rosli Jantan) Bass  : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum  : Elly (Mohamad Hamali Hassan)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Kau Yang Bernama Seri"
  • "Naga Sakit Kepala"
  • "Lambang Sakti"
  • "Surat Orang Kampung"
  • "Tidurlah Bidadariku"
  • "Manakah Lagi"
  • "Ada Aku Kisah"
  • "Bukan Senang Mahu Senang"
  • "Maafkanlah Diriku"
  • "Naga Sakti"
  • "Gadis Idamanku"
  • "Seri Bewarna pelangi"
  • "Hanya Dalam Lagu"
  • "Tidurlah Wahai Permaisuri"
  • "Tangan Hitam"
  • "Natrah"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amar sertai Handy Black". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-05. Dicapai pada 2018-09-04.
  2. ^ "Handy Black" Diarkibkan 2008-12-26 di Wayback Machine, MuzikRock.com. Diambil pada 19 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Discography Handy Black