Hanis Zalikha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanis Zalikha
Hanis ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 14 Julai 2015.
Kelahiran
Hanis Zalikha binti Zainal Rashid

(1990-10-09) 9 Oktober 1990 (umur 33)
Nama lainKeknis
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA, Segamat
PekerjaanModel, pelakon, pengacara
Tahun aktif2008–kini
PasanganHairul Azreen (k. 2014)
Anak-anak2 (termasuk Yusuf Iskandar)
Ibu bapa
  • Zainal Rashid
  • Nani Rostam
Laman web rasmiinibelogsaya.blogspot.com

Hanis Zalikha Zainal Rashid (lahir 9 Oktober 1990)[1] merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.[2] Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kedua[4] daripada tujuh orang adik-beradik.[2] Ibunya, Nani Rostam merupakan bekas model sekitar tahun 1980-an.[5] Beliau mula menceburi bidang peragaan bermula daripada penyertaannya dalam pertandingan televisyen realiti secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008.[6][5] Beliau menjadi peserta[6] kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut. Pada tahun 2010, beliau menduduki tempat keenam[5] dalam carta Top 10 Fastest Rising People in Google Malaysia Top Searches 2010[7] serta mengatasi kedudukan Siti Nurhaliza.[2][5] Selain itu, beliau pernah disenaraikan sebagai carian sepuluh teratas dalam pencarian Google Zeitgeist 2011.[3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor (1997), Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002). Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).[8] Pada tahun 2012, beliau berjaya mendapat lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor[5][9][4] pada majlis Konvokesyen ke-76 di universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.9.[10] Beliau juga bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda selain daripada membuka perniagaan produk kecantikan sendiri selepas menamatkan pengajiannya.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Momok The Movie Mawar Puteri Bunian Filem pertama
2013 Gangster Celop Suzana
2015 Romeo Kota Inspektor Elina
2022 The Assistant Yasmine Azri Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Memberku Hawa[9] Hanis TV9 Drama pertama
2014 Jodoh 2[11] Zara Astro Ria
Suamiku Encik Sotong Dhia Adirra Astro Maya HD
2015 Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Alisa Astro Mustika HD

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Mariam Kampung Putat Mariam TV3
2013 Aku Benci Mama Liana
Mama-Mama Mia Keisya Astro Ceria
2015 Aku, Dia dan C70 Elisya TVi

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran
2013 Pertama Kali Lara Sofea Tonton Extra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Malaysian Dreamgirl Dirinya sendiri Malaysian Dreamgirl TV Beliau telah menjadi peserta[6][5] kedua yang menjadi naib juara bagi musim pertama program ini, mengalahkan 12 peserta lain. Rancangan ini disiarkan secara dalam talian.
2012 Primadona Astro Prima / Astro Mustika HD Beliau telah dijemput untuk menyatakan pandangannya tentang fesyen.[12]
Mad Markets (Musim 1) Dirinya sendiri TV9 Pada musim yang pertama, beliau banyak mengembara secara berseorangan sebelum berjumpa dengan rakan di destinasi yang dituju. Berbeza dengan musim kedua, beliau bersama Akhmal Nazri disatukan untuk membeli-belah di pasar lambak sekitar Asia termasuklah Taiwan, Bali, Korea Selatan dan Makau.[13][6][5][14]
2013 Mad Markets (Musim 2)
Muzik Xtra TVi Beliau menjadi pengacara yang membincangkan perkembangan muzik.[6][5]
Tutor TV SPM Bahasa Melayu Astro TVIQ Beliau menjadi guru bahasa Melayu peringkat SPM.[8]
MeleTOP Astro Ria / Astro Maya HD Beliau diundang untuk ditemu ramah oleh Nabil dan Neelofa.[15]
AF Buzz Beliau bersama Zizan Razak menjadi pengacara program ini serta membincangkan prestasi peserta-peserta AF 2013[16] bersama tetamu jemputan.[17]
Terus Gempak....Inilah AF 2013 (TGIAF)
Raikan Cinta (Musim 2) Astro Ria Beliau menjadi pengacara bagi program yang mengetengahkan proses majlis perkahwinan pihak pengantin.[6][5]
Ceria Superstar Musim 2 Astro Ceria Beliau menjadi juri jemputan bagi program ini.
Anugerah Blockbuster 2 Astro Ria / Astro Mustika HD Beliau menjadi pengacara pada majlis karpet merah[6][5] bersama-sama Tasha Shilla, Hefny Sahad dan Hafizul Kamal.[18]
2014 Wanita Hari Ini Dirinya sendiri TV3 Beliau telah dijemput untuk membincangkan tips-tips menjaga kesihatan.
Anugerah MeleTOP Era 2014 Astro Ria / Astro Maya HD Beliau bergandingan bersama Aril sebagai pengacara karpet merah bagi majlis ini.[19]
2017 Romantika (Musim 7) Pasangan Pilihan Astro Ria bersama suami (Hairul Azreen) dan anak beliau

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Nota Hasil
2011 Most Influential Blog Award Anugerah ini dicalonkan menerusi penganjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011[3] di Singapura.[4] Tercalon
2014 Artis Baru Wanita Popular Beliau telah tersenarai sebagai calon lima teratas untuk ABPBH 2013.[20] Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mama dan Daddy sudah lama doa - Hanis Zalikha
  2. ^ a b c Sarina Mohd. Sidek (15 November 2012). "Hanis Zalikha: "Saya menari untuk keluarkan peluh"" (200). Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.: 10–11. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ a b c Siti Zarinah Sahib (2 Januari 2012). "Cuba zahirkan budaya baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  4. ^ a b c d Aqmar Alladad (30 Disember 2009). "3,000 pengunjung setiap hari". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-09. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  5. ^ a b c d e f g h i j "Transformasi Glam : Hanis menari untuk langsing". Harian Metro. 11 Ogos 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-04. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  6. ^ a b c d e f g Hellinie Sina (22 Jun 2013). "Bakat hos Hanis". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-24. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  7. ^ Zura Ahmad (September 2013). "Hologram Hanis Zalikha" (33). HPB Press Holding Sdn. Bhd.: 14. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ a b Hanis Zalikha - Terima Kasih Cikgu!. Astro Tutor TV. 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  9. ^ a b Megat Ramli Megat Raof (7 Februari 2013). "Tak kesal jadi selebriti". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  10. ^ a b Megat Ramli Megat Raof (20 Mei 2012). "Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  11. ^ Jodoh 2 lebih cabaran hebat - Hiburan. Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mac 2015.
  12. ^ Primadona - Hanis Zalikha - "Gang dengan Kaki Shopping". Astro Gempak. 2012. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  13. ^ "Akhmal Nazri pasangan baru Hanis Zalikha?". Harian Metro. 18 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  14. ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Januari 2013). "Hanis takut gosip". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  15. ^ MeleTOP - Chit Chat Ekslusif bersama Hanis Zalikha (11.06.2013). Astro MeleTop. 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  16. ^ Akademi Fantasia 2013 : AF BUZZ - Minggu Pertama. Astro Gempak. 9 September 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  17. ^ Akademi Fantasia 2013 : TGI AF2013 - Minggu Pertama. Astro Gempak. 13 September 2013. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  18. ^ Kamaruddin Razal (7 Jun 2013). "Hanis Zalikha Fokus Bidang Pengacaraan". Gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-10. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  19. ^ Aril, Hanis Zalikha, hos karpet merah Anugerah MeleTOP. Astro Awani. 16 Januari 2014. Dicapai pada 22 Januari 2014.
  20. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (30 Januari 2014). "Bagai tak percaya dipilih peminat". Berita Harian. Dicapai pada 30 Januari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]